Rabu, Jun 16, 2010

AnWar KeKAL Kedudukan TemPat No.1 KeraJaan Pakatan Rakyat

Bila ada yang iktiraf Anwar untuk kekal ditempat no.1 dalam Kerajaan Pakatan Rakyat rasanya ape pula reaksi pemimpin DAP???

Selasa, Jun 15, 2010

PAS daH Mula Tunjuk KeTAKUTAN PRU-13

Sumandak hairan sungguh dengan pemikiran pengikut PAS yang asyik fikirkan pilihan raya je... boleh tak fikirkan macam mana nak jaga kebajikan rakyat.. kat Kelantan skang ni masalah air kenapa tak pandai2 selesai kecian kat rakyat banyak bergantung dengan sumber air perigi... Adakah ini jugak faktor ekonomi hingga berlaku penghijrahan orang Kelantan ke negeri yang berhampiran dan tak ketinggalan juga mereka turut berada di Sabah... Tak kisah pun yang penting WELCOME TO SABAH.... kami ni terima tetamu dari mana2 je asal tau adab kami...

Disebabkan kebimbangan PRU ke-13, satu pertuduhan yang cukup tak wajar dilakukan oleh pengikut TEGAR PAS dari Negeri Sarawak dengan artikel yang bertajuk Berita gempar! Sila ambil perhatian dakwaan Pemuda PAS Sarawak tentang sindiket didalangi UMNO.
Diharap artikel blog ini dipantau pihak BERKUASA kerana ia AMAT mencemarkan IMEJ PARTI UMNO yang jelas dikatakan DALANG dalam sindikit ini.... Artikel ini telah dikesan oleh Rajahmas.blogspot.com dan tanggungjawab Sumandak untuk mewar-warkan isu ini kepada UMUM demi IMEJ BERSIH UMNO!!!!

Isnin, Jun 14, 2010

Syurga Bole DITENTUKAN oleh PAS


Relevenkah pemimpin parti boleh menentukan seseorang (umat Islam) masuk syurga!!!

Arak LULUS di KelanTan



Sape-sape nak niaya arak jom g Kelantan sana da mudah dapat lesen... yang JUDI tu lum lagi la tunggu GREEN LIGHT dari TOK GURU

muzik video LAGENDA BUDAK SETAN

OST Lagenda Budak Setan

Lirik Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (Ost Lagenda Budak Setan )

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Komen Simandak: Puitis sunguh lirik ini.........

Jumaat, Jun 11, 2010

Anwar Marah Bila Malaysia Guna Khidmat APCO

Bila Pak Anwar menyalak di Parlimen hubungan APCO-Malaysia telah mencetuskan kekeliruan di kalangan kita di Malaysia apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar:-

FAKTA

APCO WORLDWIDE

TAHUN PENUBUHAN : 1984
BIDANG : Syarikat komunikasi Global
IBU PEJABAT : Washington DC
CAWANGAN : Serata dunia termasuk United Kingdom dan Malaysia
JENIS PERKHIDMATAN : Bidang media seperti penambahbaikan penyampaian maklumat dengan menggunakan medium terbaru dan lebih berfokus kepada maklumat pekerjaan, pelaburan asing, pelajaran dan perkhidmatan penghantaran kepada umum (dunia).

Turut beri perkhidmatan dengan memberi latihan sperti peningkatan kebolehan komunikasi, mentebarluaskan maklumat-maklumat tentang kegiatan Kementerian kepada pihak media, rakyat, stakeholders dan sekali gus beri perkhidmatan bagaiaman sesebuah kerajaan meningkat serta mengukuhkan komunikasi di peringkat antarabangsa.

Sesuatu yang perlu kita ketahui walaupun 28 sesi latihan dalam bidang-bidang komunikasi dengan penglibatan 140 pegawai awam dari 14 kementerian telah berjaya APCO jalan dengan namun semua ini tidak bertentangan dengan ajaran agama dan memudaratkan rakyat di Malaysia.

Sabda Nabi SAW “Ilmu itu adalah harta mukmin yang hilang, maka perolehilah di mana juag kamu jumpa” Nabi SAWA turut bersabda “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China”.

Sumber: JASA, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Khamis, Jun 10, 2010

Kenapa Israel TAKUT dengan PALESTIN??!!!!

Jika kita melihat kepada gambarajah di atas jelas kedudukan Israel cukup kukuh tapi mengapa sehingga hari ini Israel TAKUT dengan Palestin. Apa yang ada dengan palestin hingga mereka sanggup buat sekatan hampir 4 tahun kepada GAZA.
Dengan populasi penduduk Palestin seramai 4 juta mereka kini hidup seolah-olah dalam penjara terbuka. Walaupun rakyat Palestin nampak langit, laut dan kawasan bukit bukau namun pergerakan mereka cukup terhad hanya melibatkan 6,335 kilometer persegi (termasuk Wilayah Tebing Barat dan Gaza).
Dari segi pendapatan perkaita penduduk Palestin ni da jelas menujukkan kehidupan mereka cukup miskin dan terkini laporan Dr Hafizi Mohd Noor, Pengarah PAVE (Palestine Centre Of Excellence) di bawah artikel beliau "Dunia tidak akan biar penduduk Gaza menderita" menyatakan 80% rakyat Gaza hidup di bawah paras kemiskinan. Lebih 80% kanak-kanak di gaza mengalami pula dengan kukurangan zat makanan. Kadar kematian menjadi 1:1 (satu kematian setiap hari) akan dikatakan akan terus meningkat ekoran sekatan yang dilakukan oleh KEZALIMAN REJIM ZIONIS ISRAEL.
Adakah semua ini hanya disebabkan Gaza ditadbir oleh HAMAS (Karakat-ul Muqawwamah al-Islamiyah). HAMAS tolak semua perjanjian damai yang dipersetujui dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebab HAMAS rasa perjanjian ini penuh dengan penipuan yang bakal dilakukan oleh Israel.
Sampai bila kerakusan Israel ingin melihat rakyat GAZA tumbang satu persatu dibumi Palestin!!!

Rabu, Jun 09, 2010

Wajar Strukturkan Semula SUBSIDI!!!!










Isu cadangan untuk meneliti semula pemberian subsidi oleh kerajaan menjadi isu hangat mulai 27 Mei 2010 setelah tindakan Dato’ Seri Idris Jala memaklumkan kepada umum bahawa Malaysia bakal MUFLIS jika subsidi diteruskan menjelang tahun 2019.

Pelbagai reaksi yang kita lihat malah ada yang menuding bahawa kenyataan Dato’ Seri Idris bertentangan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri hingga beliau menerima pula cemuhan negatif yang mampu menjejaskan reputasi beliau sebagai CEO Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU).







Sumandak sempat menghadiri satu majlis “Taklimat Rasionalisasi Subsidi” yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Seri Idris Jala. Setelah mendengar dan meneliti setiap fakta yang disampaikan oleh beliau barulah Sumandak faham kenapa dan harus subsidi negara kita wajar distrukturkan semula.

FAKTA


“For the last 10 years, we (Malaysia) have been running a fiscal deficit
which has been growing progressively from RM 5 billion in 1998, to a record high of RM 47 bilion in 2009. This was due to the fact that Government expenditure including subsidies has been escalating, whereas Government revenue has not kept pace as our economy/ GDP grew at only 3% per annum.”

“…Malaysia is one of the world’s highest subsidized countries with 4.7%
of GDP compared to Indonesia 2.7%, Philippines 0.2% and OECD countries at 1.5% on average”

“To be clear……IF we continue with the same trends as in the past over
10 years; based on an annual increase of 12%, our debt will reach 100% of GDP in 2019 (astaggering RM1,158 trillion) and we could POTENTIALLY go BANKRUPT
then”……


Bagi mengelak ramalan yang dijangka Dato’ Seri Idris, ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan lagi dan beliau turut menyentuh usaha Kerajaan Persekutuan sememangnya sudah membuktikan dengan peningkatan ekonomi 10.1% bagi suku keempat 2010 dan meletakkan Malaysia ditangga ke-10 di peringkat antarabangsa.


Malah Dato’ Seri Idris turut menekankan,



“Government will conduct 12 laboratories on National Key Economic Areas (NKEAs) to recommend ways for us increase the our economic growth (GNI per capita) from USD 7000 to USD 15,000 by the year 2020. This will help to potentially increase Government revenue in the next 10 years”….


Dan inilah juga hasil kajian pendapat awam yang turut diperolehi PEMANDU sehingga tercetusnya pengumuman cadangan untuk memansuhkan SUBSIDI;-


FAKTA


Kajian ini telah diadakan sehari sebelum majlis Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi;-

Melalui perkhidmatan MAXIS (mesej pesanan ringkas – SMS)

(Jumlah Responden: 190,152)
115,246 (61%) bersetuju Subsidi distrukturkan semula
123,557 orang (67.5%) setuju subsidi dikurangkan Kerajaan dalam had masa 3 -5 tahun


Pada Hari Terbuka Makmal Rasional Subsidi dilakukan sendiri oleh PEMANDU
(Jumlah Responden: 1,899 orang)
1,712 orang (90%) setuju subsidi perlu dikurangkan

Satu artikel yang dihasilkan oleh Sulaiman Mahbob [Pakar Ekonomi merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)] boleh dijadikan pengukur kepada keadaan rakyat Malaysia menerima subsidi hingga kini sukar untuk kerajaan beri penerangan dan penjelasan lanjut bila ada cadangan untuk memansuhkan subsidi;-


“Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka”.


“Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil.”


“Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan.”


“…. Kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan.”


Daripada artikel Sulaiman (Penstrukturan semula pemberian subsidi) jelas menunjukkan bahawa jika subsidi bakal distrujkturkan semula Kerajaan Persekutuan ada dasar subsidi yang akan berteraskan kepada 3 perkara utama antaranya;-


1) Apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi?
2) Siapakah golongan sasaran yang layak untuk menerima subsidi manakala yang lain akan membayar mengikut harga pasaran.
3) Perlu ada satu jangka masa dalam setiap subsidi yang distrukturkan oleh kerajaan

Akhirnya barulah Kerajaan Persekutuan berupaya mengkaji impak dan cost benefit yang akan dipastikan ke atas setiap subsidi utama.

Rabu, Jun 02, 2010

KrNoLoGi FloTila PemBebasan GAZA

Sumber; Utusan Malaysia 1 Jun 2010

  • Flotila pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza merupakan satu gerakan bagi mewujudkan kesedaran global terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza, ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis Israel.
  • Wilayah Gaza telah dikepung Israel selama hampir 3 tahun selepas tentera rejim zionis menyerang Gaza dari Disember 2008 hingga Januari 2009.
  • Segala pintu masuk sempadan di Gaza telah disekat oleh Israel termasuk Mesir membina tembok di sempadan Gaza bagi menghalang pergerakan penduduk Gaza keluar masuk.
  • Namun, gerakan membantu penderitaan penduduk Palestin telah bermula sebelum itu lagi pada 2006 apabila Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) menggerakkan penghantaran bantuan kemanusiaan secara kecil-kecilan menggunakan bot-bot kecil di bawah kempen Pembebasan Gaza.
  • Pada 16 Mei,2003 salah seorang ahli ISM, Rachel Aliene Corrie telah terbunuh setelah dirempuh jentolak milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Ketika itu Corrie menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ bagi menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.

    Sempena nama Rachel Corrie, delegasi Malaysia daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza menaiki kapal yang menggunakan nama Rachel Corrie.
  • Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama Rachel Alience Corrie, ahli Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang terbunuh pada 16 Mei 2003 yang menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.
  • Menurut The New York Times, Corrie merupakan seorang pelajar Evergreen State College. Beliau telah mengambil cuti setahun untuk mengembara ke Genting Gaza dan bertindak dengan rakannya sebagai ‘benteng manusia’.
  • Selepas insiden itu, ‘keghairahan’ Pergerakan Pembebasan Gaza bermula pada Ogos 2006 selepas sebahagian kecil ahli kumpulan ini memulakan gerakan tersebut.
  • Ia telah bermula perlahan-lahan sejak Israel menyerang Lebanon pada 2006 dan tewas kepada kumpulan pejuang kecil. Seterusnya melepaskan kemarahan ke atas rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
  • Seorang lelaki dari Australia kemudian mencadangkan pelayaran sebuah bot dari New York ke Gaza sebagai protes kepada sekatan Israel di Gaza dan idea itu kemudian berkembang kepada flotila (konvoi) kapal-kapal yang memulakan pelayaran pada Mei 2009 tetapi gagal memasuki Gaza setelah bot-bot kecil mereka dirempuh oleh kapal-kapal tentera Israel.
  • Sejak itu, masyarakat dunia terus menyalurkan derma kepada flotila ini untuk misi kali ini lebih 700 aktivis pro-Palestin menyertai ‘Flotila Pembebasan’ yang melibatkan Sembilan kapal termasuk tiga dari Malaysia, yang ditaja oleh PGPO.
  • Pada Julai 2009, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad telah melawat Pergerakan Pembebasan Gaza di Cyprus.
  • Melalui PGPO, Tun Mahathir Berjaya mengumpul lebih 300,000 euro (RM1.2 juta) untuk Pergerakan Pembebasan Gaza bagi membeli kapal kargo dan dua kot penumpang yang digunakan dalam pelayaram kali ini.
  • Kini mereka mempunyai empat buah bot iaitu InsaniYardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Greece, Ship to Gaza Sweden dan The International Committee to Lift the Siege on Gaza dan akan bergabung dengan bot daripada European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) dalam pelayaran yang dinamakan sebagai ‘Flotila Pembebasan’.

FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI " FLOTILA GAZA"

1. Serangan komanda Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa awal hari ini meragut nyawa 19 aktivis pro-Palestin dan mencederakan 30 orang lain dan cetus kemarahan global.

2. Serangan melibatkan kappa Mavi Marmara dari Turki yang dihalang memasuki gaza selepas cuba meredah sekatan laut Israel.

3. Mavi Marmara, kapal penumpang berdaftar di Turki itu membawa kira-kira 600 orang, dua kapal kargo dan tiga lagi bot lain.

4. Flotila Gaza ini terdiri daripada Sembilan kalap termauk dua lagi bot Turki, dua dari Greek, sebuah dari amerika syarikat, tiga dari Malaysia termasuk kapal Rachel Corrie seberat 1,200 tan yang sedang dalam perjalanan dari Ireland untuk menyertai flotila.

5. Penganjur adalah pakatan Flotila Pembebasan, terdiri daripada Pergerakan Bebeskan Gaza, Kempen Eropah Menamatkan Kepungan Gaza, Insani Yardim Vakfi (Turki), Ship to Gaza (Greece), Ship to Gaza (Sweden) dan Jawatankuasa Antarabangsa Mansuh Sekatan Gaza.

6. Lebih 700 aktivis terlibat dalam flotila ini, kebanyakan mereka daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktiviti dan individu dari pelbagai negara, agama dan cara hidup.

7. Separuh daripada aktivis itu adalah rakyat Turki sementara baki dari negara-negara lain.

8. Aktivis penting termasuk beberapa anggota parlimen negara Eropah, penulis dan wartawan. Bekas Ketua Biskop Baitulmaqdis dari Greek, Monsignor Hillarion Capucci, pemimpin penduduk Arab di Israel, Sheikh Raed Salah dan koresponden Al-Jazeera , Abbas Nasser yang menelefon dari tempat persembunyian satu daripada kapal sebelum telefonnya mati tiba-tiba.

9. Flotila membawa kira-kira 10,000 tan bantuan kemanusiaan, termasuk perubatan, makanan, pakaian, rumah sedia bina, taman permainan kanak-kanak, alat tulis, batang besi dan simen.

10. Tidak ada sebarang senjata dibawa sama ada pisau cukur, pisau atau pisau lipat.

11. Misi Flotila adalah untuk menyampaikan bantuan kepada 1.5 juta penduduk gaza yang terkepung, dengan anggaran 80% daripada mereka bergantung kepada bantuan luar.

12. Gaza dikepung Israel sejak pergerakan Hamas merampas kuasa pada 2007.

13. Sebelum ini aktivis pro-Palestin melanggar embargo rejim Zionis sebanyak lima kali, dengan 3 lagi cubaan gagal sejak pelayaran pertama pada Ogos 2008.

14. Flotila ini bertujuan meningkatkan kesedaran antarabangsa ke atas kesengsaraan Gaza.
Sumber : Utusan Malaysia 1 Jun 2010

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"