Jumaat, Ogos 21, 2015

#AzminLetakJawatanMB Kini Memenuhi 'Lebuhraya Online'

Menjadi BUDAYA ONLINE bila ada saja isu sesuatu pasti akan ada hashtag BERKICAUAN. Kali ni Sumandak dapat kesan satu lagi hashtag yang boleHlah dikategorikan 'PISANG PANAS'..... #AzminLetakJawatanMB.
Tertanya-tanya apasal la dalam tempoh tak sampai sepenggal ada pula desakan hashtag berterbangan di media online... Adakah disebabkan Menteri Besar punya hubungan baik dengan DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)...

TAJUK PANAS UNTUK HARI INI;   


Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP ).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa.        (hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.

Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.

Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.

Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.

Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat.

Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.

Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ? Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?
(PART NI YANG SUMANDAK LAGI HAIRAN SENYAP SERIBU BAHASA DARI YANG SUKA AMBIK TAHU TENTANG DANA RAKYAT)

Apa nak jadi sekarang ni kalo niat nak audit tentang dana rakyat kenapa nak pilih BULUH sekaranglah masanya bukan sikit tu tapi nilai RM300 Bilion kat mana silapnya?.... 




AKAUN DEIG TIDAK PERLU DIAUDIT...

Sumandak masih mencari persoalan-persoalan yang diutarakan tentang DEIG....

Mmmmm..jumpa satu kenyataan dari salah seorang YB Selangor... kalo dia tipu maka tipulah persoalan dan jawapannya ni tentang DEIG...

DEIG di bawah Menteri Besar Selangor terus... memang sangat mengkagumkan..

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994. 
Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri. Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan. 

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI? 

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan. 

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini. 

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI. 

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktivitipelaburan dan perdagangankerana tiadanya pemantauanyang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu. 

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu. Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri. 

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras. Inilah kebimbangan kita yang sebenar. 

YB BUDIMAN MOHD ZOHDI 
ADUN SUNGAI PANJANG 
SETIAUSAHA ADUN BN SELANGOR


MALAYSIAKINI HAMBAR DENGAN DEIG..


Hari ni masih tak nampak lagi artikel Malaysiakini tentang DEIG.... rasanya mereka tengah terjah kot... dan menjadi kebiasaan artikel Malaysiakini kalo pasal dana amatlah 'pisang panas'... tak langsung sesaat pun tertinggal untuk memasukkan yang terkini.

Sumandak harap Malaysiakini tak berat sebelah... jadilah portal news yang ADIL DAN SAKSAMA



KENALI DEIG KESAYANGAN MB SELANGOR... MUNGKIN KOT?

Sumandak mula tertarik dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ni dengan portal yang MANTOP bagi sumandak. Siapa sudi jom berkenalan dengan DEIG

URL : http://www.deig.com.my/contact_en.html

Ini profail syarikat DEIG.... memang mereka "JAGA" kebajikan Selangor

Mantop juga slogan dorang "TOGETHER,BUILDING THE FUTURE"

Banyak bidang mereka ceburi boleh tahan macam sebuah negara perancangan mereka... alhamdulillah

Tidak ketinggalan juga dengan tahap pendidikan rakyat Selangor dan kemudahan-kemudahan lain

Ini menjadi persoalan Sumandak takkan tahun 2015 tak ada EVENTs.... 

Sejak DEIG dibicarakan dalam media sosial... takkan tak ada berita sebelum-sebelum ini tentang DEIG

Alamat yang mudah dikunjungi... Bagus juga kedudukan opis DEIG di Selangor.

Apa pun DEIG ni yang jelas kata AZMIN tak perlu nak bising sangat sebab apa yang dia lakukan sebagaimana yang dibuat oleh Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP... acuan yang sama dalam Pakatan Rakyat memang lah tak mustahil tapi Sumandak tabik spring dengan DEIG ni..... dari RM2 da milik RM30 bilion. Ini baru bisnes untung untuk RAKYAT SELANGOR

DEIG Apa Barang ni?

Seharian ketinggalan tentang isu negara, semalam tertanya dengan kekawan blogger/facebooker apa ba sarita tu DIEG... tu game ka? Bukan main lagi dorang ketawa sakan.... apa boleh buat kekadang kita juga ada isu tersendiri nak selesai...
Cari punya cari baru sumandak paham ini maksudnya DIEG.....
Peh RM2 vs RM30 Bilion?
Hebat syarikat ini.... sangat mengagumkan nilai RM2 tapi Bilion dapat....

Jawapan yang sumandak dapat semalam..

ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO.

“Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin.

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG.

“Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup.

“Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut.

“Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya.

Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumat DEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal).

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016.

Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP.

“Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin.

“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin.

“Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin.

Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan. - SP

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"