Jumaat, Mac 27, 2009

Jawah Gagal Semasa Dalam BN Apatah Lagi Sebagai Wakil PKR

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Dato' Sri James Jemut Masing menyifatkan pemilihan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang sebagai calon PKR bagi kerusi N.29 adalah 'berita baik' kepada BN.

Ini kerana menurut beliau, penduduk Lubok Antu telah 'masak' siapa sebenarnya Jawah dan sudah tahu calon yang mereka akan pilih sebagai wakil untuk membawa kemajuan dan pembangunan bagi kawasan berkenaan. Selain itu, ia juga kerana rakyat telah mengetahui sejauh mana kemampuan beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Jawah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu selama lima penggal bagaimanapun, tidak banyak membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan berkenaan. Beliau mendakwa semasa beliau (Jawah) masih dalam Kerajaan dan ada sumber kewangan untuk membantu rakyat, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Apatah lagi sekarang sebagai calon pembangkang. Jadi, rakyat harus pandai memilih siapa sebenarnya yang patut menjadi wakil mereka.

Masing juga mendakwa Jawah mendapat tajaan daripada pihak tertentu untuk menjadi calon pembangkang menentang calon BN, Malcolm Mussen Lamoh.

Sumber: Utusan Sarawak, 25 Mac 2009

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"