Jumaat, Oktober 21, 2011

ADAKAH SABAH AKAN KELUAR DARI MALAYSIA?

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di Residensi beliau pada 6 Julai 1963 bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani penubuhan Malaysia.

Sejak Julai 2011 ada jari-jari ajaib yang cuba mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Bagaimana mereka cuba keluarkan Sabah? Tentunya dengan mempertikaikan Perjanjian Malaysia yang telah dibentuk dan dipersetujui sejak 1963. 6 Julai 1963 adalah tarikh keramat yang menjadi persoalan jari-jari ajaib tersebut untuk mengutarakan cadangan Sabah wajat keluar dari Malaysia kerana Singapura telah menarik diri.

Sepanjang tempoh 3 bulan sebelum ini, Sumandak bertanya sebenarnya adakah benar sebagaimana dakwaan jari-jari ajaib mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 adalah tidak lagi releven dan Perkara 20 tidak dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan. Ramai juga anak-anak muda di kalangan Kadazan, Dusun dan Murut terpengaruh dan wujud pertikaian siapa berhak digelar penduduk asal negeri ini. Bila fikir semula, Sabah bakal berlaku perang saudara jika isu sebegini dilayan terus..

Akhirnya seorang ilmuan menjawab persoalan yang diutarakan oleh jari-jari ajaib tersebut. Dr. D.S Ranjit Singh, Profesor di Kolej Pengajian Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia telah mengulas dengan jelas kedudukan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau menyatakan memang benar Singapura telah menarik diri dari menyertai Malaysia dan secara tidak langusng perjanjian yang telah termeterai akan terbubar dengan sendirinya. Tetapi dari sudut perundangan setelah Singapura menarik diri, Perjanjian Malaysia ini telah meluluskan satu klausa bahawa Sabah tidak akan keluar daripada Malaysia dan dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri ini pula di kalangan pemimpin Sabah bermakna isu Sabah wajar keluar dari Malaysia telah dijawab dengan jelas MANA MUNGKIN SABAH AKAN KELUAR DARI MALAYSIA. Dan lihat sendiri Batu Sumpah Perjanjian Malaysia yang dipacakkan di perkarangan hadapan Pejabat Daerah Keningau jelas rakyat Sabah berumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Sumandak amat berharap generasi muda pada hari ini memahami situasi Perjanjian Malaysia dan janganlah sesekali termakan dengan dakwaan atau persepsi jari-jari ajaib kerana jelas mereka cuba membuat onar agar perpaduan yang telah rakyat Sabah nikmati selama ini akan musnah dalam sekelip mata. Tahukah ANDA jika Sabah tidak menyertai Malaysia.. pasti kita akan sentiasa diburu dengan perasaan tidak aman kerana Indonesia dan Filipina sentiasa mengintai Sabah untuk mereka miliki... hingga mereka sanggup menumpahkan darah mereka demi memastikan mereka dapat memiliki Sabah... bukan Sumandak hendak menakut-nakutkan generasi muda tapi ini adalah realiti yang perlu kita hadapi dan wajar untuk kita berterima kasih kepada pemimpin dulu bahawa kehidupan kita pada hari ini yang aman damai adalah hasil daripada usaha mereka membuat keputusan yang sungguh bijak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pengecut!!kalau ko berfikiran macam ni,sampai kiamat la sabah tidak akan maju.Apa guna kita sudah lama merdeka di bawah malaysia jika sabah tidak ada perubahan terutamanya dari segi pembangunan.hasil bumi kita sendiri di ambil untuk majukan tempat lain. dunia ni ada undang2,dan rakyat sabah pun bukan tidak ada akal untuk biarkan kerajaan sendiri di ambil oleh filipina dan indonesia.dulu filipina juga mengatakan brunei adalah kawasan mereka.tapi tgk la sekarang,mereka telah merdeka.ko ingat kerajaan persekutuan akan struggle membangunkan sabah ka?tidak sama sekali!!kerana mereka lebih penting tempat mereka di semenanjung.kecuali la pendapatan sabah di gunakan 100% oleh kerajaan sabah sendiri.fikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

jika sabah keluar dari malaysia..akan ada WARGA ASING yg berada didalam sabah akan menuntut hak...ini akan membuatkan aku bingung.

Tanpa Nama berkata...

hai sumandak, sy mau ulas sikit ko punya bahas di atas. ko bilang kalau sabah tidak menyertai malaysia dulu, sabah akan dikejar-kejar oleh indonesia dan philipina, memang benar kerana itulah salah satu point yang digunakan oleh malaya untuk menakut-nakutkan sabah supaya akan memasuki persekutuan malaysia. sumandak pernah memahami kah bahawa british pernah berjanji kepada seluruh tanah borneo dahulu. demikian bunyinya " kami akan sentiasa menjadi mentor kepada borneo utara dan sarawak sehinggalah mereka benar2 maju dan dapat berdikari sebagai negara, dan kami akan menjadi pemerhati kepada kepada rancangan pembentukan malaysia ini samaada berjaya atau tidak". maksudnya disini, selagi sabah sarawak tidak maju sperti yang diharapkan oleh british, mereka masih ada hak untuk menolong sabah dan sarawak. jadi disini.bahasa anda yg mengatakan kalau sabah tidak gabung dlm malaysia,akan tetap tidak aman kerana indonesia dan philipine. bagaumana pula, british akan tatap menolong bah..tapi salah disini ialah pemimpin malaya dan sabah awal2 dulu..bermula dari PM malaysia ke-dua dan hingga kini, tunku abdul rahman baik bah,dan kerana kebaikannya lah mahathir memfitnah beliau hingga beliau hilang jawatan..jadilah bijak sikit sumandak.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"