Ahad, Oktober 23, 2011

TIGA KALI TINDAKAN KE ATAS ABDUL AZIZ – UIAM

Gempar sejenak bila mana salah seorang pensyarah undang-undang telah digantung daripada menjalankan tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tindakan terhadap Prof Dr Abdul Aziz adalah merujuk kepada Perkara 15(1) Peraturan-Peraturan Disiplin Universiti tetapi walaupun digantung selama seminggu daripada menjalankan tugas harian sebagai pensyarah, gaji beliau tetap jalan dalam tempoh seminggu juga. Pada masa yang sama Abdul Aziz kena menjawab surat tunjuk sebab dan dihantar kepada Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM.

Apa sebenarnya kes Abdul Aziz sehingga digantung seminggu oleh UIAM? Pada 12 Oktober 2011, Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan di bawah tajuk artikel “ Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-Raja” yang mana beliau telah mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Ilsam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Banyak respon khususnya di kalangan politikus haluan kiri di negara ini yang jelas ada kepentingan antara insiden yang jelas bila pemimpin pembangkang (Nuruk Izzah Anwar dan Tian Chua) menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa dari beberapa university tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang seperti Solidariti Mahasiswa (SMM) agar penggantungan terhadap Abdul Aziz ditarik semula melalui satu memorandum bantahan.

Kenyataan yang perlu diterima oleh penyokong Abdul Aziz melalui kenyataan akhbar Prof Datuk Zaleha Kamaruddin, Rektor Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertin dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM;-

“Ini kali ketiga Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab dan beliau harus menjawabnya sebelum atau pada 25 Oktober ini seperti disyaratkan dalam surat berkenaan”.

Beliau turut menambah di bawah Peraturan 15 telah menjelaskan bahawasanya ahli akademik bebas membyuat sebarang kenyataan umum tetapi hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan university dan mereka turut bebeas memberi kenyataan media atau bercakap kepada awam berasaskan kepada ilmu atau bidang kepakaran.

“Bagaimanapun pengurusan university juga bebas mengambil tindakan disiplin jika mendapat reaksi negatif masyarakat atau pihak berkuasa” katanya.

Turut mengulas tindakan yang dikenakan kepada Abdul Aziz, Prof Datuk Dr Md Tahir Azhar, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan menyatakan dengan jelas bahawa pengantungan Abdul Aziz bukan satu hukuman, ia hanya tindakan yang berbentuk sementara dan ia biasa dikenakan kepada kakitangan UIAM lain yang melanggar tata tertib atau melakukan salah laku.

“Hukuman hanya boleh ditafsirkan sekiranya diputuskan oleh tribunal universiti apabila mendapati jawapan tunjuk sebab Abudl Aziz menjejaskan kepentingan UIAM.

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (sila klik disini artikel penuh)

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkara yg paling baik kita selidik dan kaji ape berita yg kita terima. jangan kita silap menghukum pada berita yg tidak benar . pekara orng bijak berhujah ada baik dan ada teladan.

sumandak bayu berkata...

Sememangnya itu da pasti sebelum kita terima apa-apa kena kita fahami jangan ikut budaya angguk-angguk geling-geling.

Isunya sekarang hanya kita lihat apa yang sudah dilakukan oleh ahli akademik tu mengikut peraturan UIA.

Adakah wajar seorang tokoh yang ilmuan dan amat disegani di peringkat antarabangsa mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang jelas adalah Ketua Agama Islam.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"