Masuk masjid bagi bantuan sudah buat....Buat senaman aerobik di perkarangan kawasan Masjid pun sudah dibuat....Kini kami mamaparkan wajah sebenar, bila GEREJA menjadi tumpuan pentas untuk kami berpolitik.
Rasanya dialog di atas ini sesuai atau tidak dengan perlakuan DAP untuk terus mendapat sokongan daripada pengundi khususnya kawasan yang menjadi tumpuan mereka (Selangor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah).
DAP kini ingin dikenali sebagai pemimpin yang taat pada agama... Lihat sahaja beberapa sorotan kenyataan daripada pemimpin DAP seperti Jeff Ooi, ahli Parlimen Jelutong minta Menteri Dalam Negeri ambik tindakan keras terhadap Utusan Malaysia mengenai isu naikkan seorang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Kristian dijadikan salah satu agama rasmi.
Bukan itu sahaja pemimpin-pemimpin DAP di Selangor menggunakan jari-jari halus menekan terus Menteri Besar Selangor untuk memaksa JAIS memohon maaf dengan segera kepada Pastor Kanan Ho...
Dan terkini Lim Guan Eng,Theresa Kok dan Hannah Yeoh adalah pemimpin DAP yang kini dikategorikan sebagai pemimpin taat kepada agama dan memberi sokongan moral yang kuat dalam tangani isu Kristian di Malaysia.
Pasti akan ramai yang terpedaya dengan topeng-topeng manis di kalangan pemimpin DAP... Gereja kini akan dipenuhi dengan ucapan-ucapan berunsur politik dan pada masa yang sama akan ramai penganut Kristian lebih memahami politik semasa daripada bertafakur dengan kata-kata suci dalam buku Injil.
1 ulasan:
Catat Ulasan