Selasa, Oktober 25, 2011

AZIZ BARI DAPAT PEMBELAAN – NAIB PRESIDEN PAS

Kali inilah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berperanan membela nasib ahli akedemik yang kononnya ahli akademik tu diiktiraf di peringkat antarabangsa “ditekan, dimalukan dan dihukum” atas tindakan memberi pandangan dalam subjek kajiannya.

Bila baca kenyataan pihak pembangkang yang cukup prihatindan ilmiah ini memang kejam sungguhlah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bertindak kasar dan di luar jangka kepada Aziz Bari.

Sebenarnya ahli akdemik ini sangat lantang dan cukup berani dalam memberi pandangan atau persepsi dalam subjek kajiannya dan paling berani bila menyentuh peranan Sultan Selangor dalam bab “ Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-Raja” yang mana beliau telah mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Ilsam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (sila klik disini artikel penuh)

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah
tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.


Salahuddin turut menuding tindakan sedemikian terhadap Aziz Bari ia boleh mencemarkan
reputasi Universiti Islam Antarabangsa yang nampak seolah-olah institusi pengajian tinggi itu bertindak atas tekanan politik.

Hebat sungguh Salahuddin membela nasib Aziz Bari. Tapi berbeza dengan tindakan mantan
pemimpin PKR, Datuk Zulkifli Noordin yang mengutuk sekeras-kerasnya akan tindakan ‘bijak’ Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utara.

Ini adalah kenyataan Zulkifli “kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut”.

Beliau turut menambah “dalam undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam
Selangor terletak di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor”..

Sumandak sudah lihat kalo ikut undang-undang kompom perkara ini memang sangkut dengan
perlakuan Aziz Bari... tapi berapa orang yang hendak melihat undang-undang daripada melihat kepada kepentingan individu atau kumpulan yang jelas mahu membuat keadaan lebih cemas dan tegang.. Cubalah bawa bertenang kalau ahli akdemik ini betul baik berdepan dahulu orang kata digantung atau dikuarantin bukan semestinya salah jika tidak salah selepas siasatan bah bukan ndak biasakan SAMAN ja la SAMAN MALU sebab diaibkan.... senangkan cerita...

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"