Rabu, Mei 13, 2009

KaKiTaNgaN AwAm TerIkat DeNGan AkTa RahSia 1972

Pagi ni Sumandak terbaca satu blog yang cukup membuatkan hati boleh gak lah terbakar sebab bila kita cubit kaki kiri rasa sakit juga kaki kanan.... ADUH...... entah budak mana pula yang buat luahan hati tak guna saluran yang betul. kalo nak buktikan diri tu teraniaya TAMPIL sebab kita akan TEGAKkan KEADILAN bukan main sondol je macam NIZAR atau man belakang ANwar...

Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah........ (artikel penuh klik kat sini)

Memandangkan dah ada budak yang cukup BERANI paparkan suara hati... Sumandak bagi pula suara hati kakitangan awam yang tak kiralah dia ni kontrak, sementara ataupun tetap.

77. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan. Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenaya, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subvertif.

78. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah menarik perhatian semua penjawat awam kepada peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga perhatian penjawat-penjawat awam yang kemudiannya ditempatkan di Jabatan-jabatan mereka. Ini adalah peraturan asas mencegah yang nyata memberi faedah kepada kepentingan diri seseorang di mana ianya betul-betul sedar tanggungjawabnya terhadap keselamatan di sisi undang-undang; di samping itu peraturan yang sama juga adalah untuk kepentingan awam menentukan bahawa hanya penjawat-penjawat awam yang cukup sedar atas tanggungjawab mereka sahaja diambil berkhidmat dengan Kerajaan.

79. Sebagai satu lagi peraturan mencegah, tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan sementara atau tetap yang memerlukannya mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki menandatangani satu borang akuan seperti di lampiran 'D' sebelum mereka dibenarkan mengetahuinya. Borang yang sama dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagai peringatan. Akuan-akuan yang telah ditandatangani dan disaksikan hendaklah disimpan oleh Ketua-Ketua Jabatan yang bertanggungajwab untuk menentukan semua penjawat awam berbuat demikian. Pada masa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan, penjawat tersebut juga dikehendaki menandatangani satu akuan yang akhir seperti di lampiran 'E'.
(sumber: Arahan Keselamatan, m.s 21)

Inilah yang perlu diingat semula kat individu yang dah meluahkan isi hati bekerja sebagai kakitangan kerajaan di salah sebuah Jabatan kerajaan. Meh kita Renungi bersama.......

8 ulasan:

JAIRO berkata...

org tu tak buat homework ka sebelum buat entri hahah dia ingat ni macam cerita & gossip artis ka suka2 mau buat.. tak tau prosedur la.... org pentadbiran tu cemburu kali pasal claim orang tinggi dari dia...

sumandak bayu berkata...

salam Jairo...

hish tak baik labelkan dia ni orang pentadbiran dah ni artikel luahan hati yang enta sape punya.... kita guna je la saluran yang betul.... minta dia tampil jan nak tabur pasir kat periuk orang lain.....

ape pun kita nantikan pembongkaran identiti sebenar indivisu tersebut... sumandak pun sedang cari IP dia bukan nak tangkap tapi nak tau isu ni dengan betul....kalo dia teraniaya kita BANTU... kita tak buat polisi pintu tertutup.. kan kita nak jayakan 1 Malaysia.....Insyallah...

Al-Azim berkata...

peduli bapak la Akta apa sekali pun, kalau dedahkan kebenaran pun dianggap menyalahi undang-undang dunia, apatah lagi dengan undang2 yang diturunkan Allah s.w.t. yang langsung tak dilaksanakan... itu yg sepatutnya kita ikut... tabik pada penulis blog tu...yg benar tetap benar!!! jangan takut nak dedah!!!

sumandak bayu berkata...

Al-Azim

Kami Tak takut dengan pendedahan cuma kita dah diajar ikut kepada saluran yang betul...

Contoh: kita ada sistem kehakiman, tertuduh bukan bererti dia salah dan kita tak boleh jatuhkan kehukuman... kita kena adili dulu kes ini....

Perkara benar tetap benar buat ape takut kalo dah hak tetap hak kita juga... Dalam agama pun dah jelas kalo kita main sondol je dalam satu-satu hal rasanya negara kita tak rasai kemerdekaan lebih 50 tahun...

Terlajak perahu bole undur bro... terlajak kata kena tanggung sendiri... BERTANGGUNGJAWAB dengan ape yang kita dah buat kalo BERANI sangat meh berDEPAN jan nak jadi bunga api... percikan cantik tapi tak lama... hasil pun tarak ada....

Ajin b. Gagah berkata...

Sumandak Bayu,
Sabelum meneruskan komen , saya bagi salam ketenangan lah dulu untuk Sumandak. Kerana topik yang Sumandak ketengahkan kali ini berupakan isu 'beyond politic'.
Sensitif dan boleh membuat mereka yang terlibat secara lansung atau pun tidak, MARAH.

So harap-harap Sumandak boleh bertenang dalam menangani komen-komen pelawat-pelawat ke blog Sumandak. Kerana kalau tidak bernasib baik Sumandak terpaksa berconfront dengan komen-komen yang menyentuh lagi brutal dan berciri peribadi.

Sabelum ini, dan sebagai 'precaution', saya telah terlebih dehulu membaca dengan meneliti penulisan Blogger Gomen yang berjudul “ MOVED OR BEIN REMOVED”.

Apa yang saya kenal pasti penulisan tersebut dibahagikan kepada dua artikel. Satu dari Anonymous dan satu ulasan Gomen sendiri. Disamping itu terdapat pula komen-komen yang panas dari pelawat-pelawat blog beliau. Saperti biasa, ada yang pro dan ada juga yang anti.Komen ganas pun ada..

Now, ‘pertaining to the main issue’, etika si penulis dan salah laku ( kalau ada) pegawai JASA ini, bagi saya ada lah hal yang teramat rumit untuk digempar gempurkan disini.

Memang tepat, sepatut nya sipenulis lebih berhati-hati untuk menyampaikan cerita kepada kawan nya siGomen yang tidak sabar-sabar untuk menyiarkan hal tersebut melalui media tanpa batas ini. Maksud nya blog dsn. Sehinggakan seluruh Dunia tahu.

However, nasi sudah menjadi bubur, yang berlaku tetap berlaku dan berlalu. Cuma terpulang lah kepada 'credibility' kita untuk merasa impak perkara ini. Sama ada kita ‘tackle’ hal ini dengan penuh emosi atau pun cool, terpulang kepada kita.

Selalu nya saya tidak minat menulis hal-hal saperti ini. Kerana ada hukum karma nya ‘ apa yang kita buat kepada orang akan dibuat juga kepada kita’.

Tak ada maana nya untuk mengaut 'popularity' dengan mengenakan atau menjatuhkan orang lain. Apa lagi mereka-mereka yang di target ini pun bukan nya 'Main Poitical Element'.

Wal hal, banyak lagi artikel-artikel yang lain yang boleh kita guna untuk bahan penulisan.

Selaku mantan pegawai kerajaan, saya tidak nafikan kelemahan yang terjadi dalam organisasi kerajaan termasuk JASA. Ia boleh berlaku dimana-mana.

Kesalahan serupa ini boleh diperbaiki. Saperti yang dicadangkan oleh penulis-penulis yang lain, perkara ini patut di hantar terus kepada pehak yang bertanggung jawab.
Otherwise, ia nya akan bertukar menjadi tuduhan dan hasutan semata-mata.

Benar atau tidaknya lapuran itu, kalau bersabit ia nya akan menjadi kesalahan undang-undang hasutan dan Akta Rashia 72…

Seadanya, tindakan penulis tersebut dan Gomen, boleh mengundangkan prasangka negatif yang tidak berkesudahan selain dari kebencian.

Seelok-eloknya isu ini patut di hentikan disini. Rugi banyak, untung tiada.

Adui Sumandak panjang juga komen saya kali ini..maaf kio

sumandak bayu berkata...

Salam Solymone

yup setuju benar dengan pandangan solymone... sebenarnya Sumandak terkilan dengan cara mereka meluahkan isu ini...

Dorang macam balik kepada zaman BATU... suka sangat guna saluran 'CEPAT KAYA'.... nak nampak kesan cepat kononnya tapi mengundang kepada fitnah...

memang kalo nak layan buang masa tapi fikirkan kakitangan di bawah jabatan ini yang bertungkus lumus untuk kerja.. ndak ke fitnah tu...

Skang ni buat ceta yang bukan-bukan dalam blog dah bole dikesan... KAMI hanya nak KEADILAN saksama...tuduh biar BERDEPAN jan main sondol je... ni melibatkan MARUAH sebuah JABATAN...

Ape pun kita jawab dengan berhemah tu aje....nasib baik ada Gomen yang prihatin kalo tak kakitangan awam sentiasa je difitnah... skang masa kita menjawab.. jawapan kita biar berfakta... btoi tak solyomone...bukan beremosi sebab ni melibatkan masa depan kakitangan awam yang dikatakan kerja tak telus

YANG GAMBI berkata...

Agak keterlaluan, al azim, kalau tidak mahu patuh dengan akta rahsia khidmat awam, buat apa pegang jawatan dalam kerajaan.... blah saja lah, cari tugas-tugas hakiki yang tidak berkaitan dengan undang-undang manusa. ini tak, nak cai duit, sanggup jadi musang berbulu ayam.

Kalau apa yang didedahkan itutepat dan benar tak pe lah, ini satu fitnah untuk memburuk-burukkan jabatan dan pegawai. Kalau benar sekali pun, ada tempat untuk OG buat laporan salah laku, jangan libatkan semua orang........ kalau baru kenal dengan JASA lebih baik jangan buat tuduhan melulu......

Kalau setiap jabatan kerajaan ada orang seperti OG, kawan rasa itulah penyebabnya setiap dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan untuk rakyat akan gagal, kerana inilah petualang yang mengagalkannya dan rakyat akan marah kepada kerajaan.......

jairo berkata...

al - azim.. kalau nak ikut undang2 yang di turunkan oleh ALLAH S.W.T kenapa org yang berkenaan tak mematuhi janjinya... dia telah tandatangan aku janji.... errr... atau undang2 kau lain? kita bukan nak kata org yang ckp tu salah.. cuma di sini adalah masalah saluran dan prosedur... tahukah anda undang2 yang ditetapkan oleh Allah S.W.T lagi smepurna prosedurnya... kita ni manusia bukannya babi yang mau main sondol jer... kita ada sistem...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"