Selasa, Mei 26, 2009

KOMUNIS MULA DIAGUNGKAN

Logo Komunis di Rusia, China dan Korea Utara

Selama 14 hari pada tahun 1945, Tanah Melayu pernah diperintah oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keanggotaan PKM lebih ramai dari orang Cina kerana perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada ketika itu.


Perjuangan awal PKM di Tanah Melayu lebih kepada perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu dari jajahan Jepun. Malah PKM turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada British. Hubungan kerjasama ini dapat dibuktikan apabila British membebaskan tahanan politik yang berhaluan kiri dan pembukaan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Walau bagaimanapun, setelah berjaya mengalahkan serta mengusir Jepun dari Tanah Melayu wujud konflik di antara dua pihak apabila polisi sebenar tentera British ialah anti-komunis.


Menyingkap semula sejarah wujudnya ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme, Leninisme dan cetusan fikiran Mao Tse Tung. Semua pengikut fahaman ini perlu bersumpah setia kepada ideologi komunisme buat selama-lamanya dan kepercayaan tunggal adalah kepada ideologi komunis. Dengan perkataan mudah kita fahaman apa-apa pun kehidupan pengikut fahaman ini akan menjurus kepada ideologi komunis.


3 konsep yang dipegang oleh pengikut ideologi komunis iaitu (1) penyembahan Tuhan, (2)memfitnah semua Tuhan; dan (3) memfokuskan diri sebagai Tuhan. Kesimpulannya idelogi ini tidak percaya dan mengakui bahawa wujudnya Tuhan. Tapi bila mana kita teliti sikap pengikut komunis mereka tetap akan mengatakan bahawa mereka ada Tuhan tapi siapakah pula Tuhan yang mereka maksudkan? Kebanyakan pemimpin-pemimpin besar komunis pernah dituhankan oleh pengikutnya seperti Stalin di Uni Soviet (Rusia), Mao Ze Dong (Mao Tse Tung) di RRC, Kim II Sung di Korea Utara.


Penubuhan PKM di Tanah Melayu secara rasmi adalah pada tahun 1930. Penubuhan parti ini banyak melibatkan sejarah China dan ekoran daripada permusuhan antara China-Jepun. Mou Tse Tung adalah tokoh yang membawa hubungan kerjasama antara parti Komunis China dengan Parti Komunis Malaya. Walau bagaimanapun, gerakan PKM di Tanah Melayu dan Singapura amat dipengaruhi oleh Komunis Antarabangsa yang diselenggarakan oleh komunis Rusia. Inilah susur galur penubuhan PKM yang pastinya ideologi komunis yang tersusun untuk menakluki dunia.


Kembali semula ke Tanah Melayu, 14 hari Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) @ Bintang Tiga merupakan pertubuhan PKM telah memerintah Tanah Melayu; ramai orang Melayu dibunuh. Ini disebabkan pada waktu pemerintahan Jepun, majoriti yang menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidamadalah orang Melayu . Dendam ahli Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan daripada pembunuhan orang Cina di Nanjing. Untuk melepaskan amarah yang terbuku dihati setiap pengikut Bintang Tiga maka dilempiaskan kepada bekas anggota Jookidam di Tanah Melayu.


Modus operandi Bintang Tiga kepada anggota Jookidam ialah dengan mengumpulkan mereka ditepi hutan dan diarah mengali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang telah siap digali. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Ape pun seksaan yang dilakukan oleh Bintang Tiga kepada Jookidam lebih kepada dendam ke atas Jepun. Namun seksaan amat dirasai oleh penduduk asal Tanah Melayu.


Kemuncak keganasan Bintang Tiga berlaku dengan pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput pada tahun 1948. Ekoran tragedi tersebut, kerajaan istihar DARURAT di seluruh Tanah Melayu dan selang sebulan kemudian PKM telah diharamkan. Pengharaman ini dibuat oleh British kerana menganggap PKM adalah parti politik yang radikal. Maka tercetuslah ketidakpuasan hati ahli PKM dan rasa British telah melupakan jasa mereka semasa menentang dan mengusir Jepun dari Tanah Melayu.


Keganasan yang dilakukan oleh Bintang Tiga tidak berakhir begitu sahaja walaupun wujud sekatan daripada British. Buktinya satu lagi keganasan yang cukup menyentuh hati rakyat Tanah Melayu iaitu serangan Komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950. Serangan ini telah mengorbankan 17 orang anggota polis yang berusaha mempertahankan balai polis Bukit Kepong. 200 orang anggota komunis telah mengepong balai polis tersebut. Serangan ini diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang pada awalnya hanya mendapat arahan bahawa serangan ini hanya sebagai amaran, namun ia bertukar menjadi tragedi buruk bila arahan dimanipulasikan oleh komunis Cina.


Kematian 17 anggota polis Bukit Kepong turut diikuti dengan kematian ahli keluarga mereka iaitu 3 orang isteri kepada konstabel dan seorang anak lelaki konstabel. Selama 5 jam pertempuran berlaku di Bukit Kepong. Pada detik akhir pertempuran, komunis telah membakar berek penginapan dan balai polis. Anggota polis yang terkorban dan yang cedera telah pula dicampak ke dalam api dan seorang anak lelaki Konstebal Abu Bakar dicampak hidu-hidup ke dalam api sebelum mereka mengundurkan diri ke dalam hutan.


Maka sejarah Tanah Melayu satu persatu diukir daripada wujud Undang-undang DARURAT, penubuhan pasukan Kawalan Tempatan (Home Guard), pengenalan kawasan HITAM dan PUTIH, ISA, Kad Pengenalan wajib dibuat bagi yang berumur 12 tahun, Rancangan Briggs dan lahirlah konsep Kampung Baru. Semua ini dikaitkan dengan gerakan PKM.


Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa ahli-ahli PKM pada peringkat awalnya adalah anggota 'berjasa' bersama-sama British mengusir Jepun dari Tanah Melayu namun kerakusan, dendam, ideologi komunis yang radikal punca mengapa ahli PKM Tanah Melayu dilabelkan sebagai penganas. Dan kini terdapat bloggers yang mula menghalalkan serta mengagungkan tindakan KOMUNIS dan menyalahkan buku SEJARAH MALAYSIA bahawa sejarah yang diukir serta diajar di sekolah rendah dan menengah adalah sejarah yang direka oleh Pemimpin BARISAN NASIONAL untuk melihat bahawa BN adalah hero.


BODOH dan BANGSAT bagi seseorang individu serta kumpulan yang berfikiran seperti ini kerana realiti pembunuhan yang dibuat oleh PKM ke atas rakyat Tanah Melayu memang tidak dapat dimaafkan. Dalam teori peperangan pun telah nyata dan jelas rakyat yang berusia, wanita serta kanak-kanak perlu dikecualikan daripada peperangan. Demikian juga jika dendam pada seseorang takkan kita hendak melempiaskan kepada individu yang tak bersalah. Marilah kita menyeru kepada semua rakyat MALAYSIA pastikan ideologi KOMUNIS tetap terkubur selama-lamanya di negara yang kita cintai

5 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam suemandak tamparuli!!!

ni la sue kalau ilmu komunis udah menguasai diri dan peribadi...bagus kami sumbat ja utak d org ni sama kuman kudis baru kali mau insaf dan menghayati betapa sejarah banyak mejadikan rakyat itu berjiwa buka sakit jiwa.

sumandak bayu berkata...

Salam Mawar,

Ilmu komunis ni sebenarnya tak pernah luntur bila kita singkap semula sejarah penubuhan ideologi komunis. Pemusnahan kawasan atau negeri di luar daripada Malaysia ada yang dikaitkan dengan ideologi komunis..

Banyak teori diguna pakai untuk membuktikan bahawa ideologi Komunis masih lagi tertanam di beberapa pemikiran pemimpin yang cukup rakus untuk menguasai dunia.

Namun sejarah turut membuktikan negara mana yang mengamalkan ideologi komunis tak pernah AMAN ape tah lagi mencapai tahap ekonomi yang baik.... Contoh terdekat antara Korea selatan dan Korea Utara... Korea Selatan lebih maju jika dibandingkan dengan Korea Utara yang mengamalkan dasar Komunis....

Kesimpulannya kalo nak bagi penyakit kat dorang ni baik bagi penyakit terbaru H1N1 yang membawa maut tanpa rasa penyeksaan yang pernah mereka lakukan sekitar tahun 1950-an

bungaraya berkata...

Dayang,
Komunis sebenarnya adalah satu fahaman yang sudah lam menjadi sejarah kejam dalam negara ini. Kekejaman Komunis suatu masa lalu telah menyebabkan kita begitu jijik dan membencinya hingga kehari ini dan mungkin juga kepada anak cucu kita dihari muka.
Tidak usah kita berfikir panjang dan membuat kajian secara terperinci lagi dan anggap saja komunis itu seperti syaitan yang sangat dibenci oleh kita yang beragama ini.
Kerana ia adalah satu fahaman yang tidak percaya akan ujudnya tuhan, maka kebanyakan drp kita rakyat Malaysia adalah membencinya dan akan menentangnya habis-habisan.
Ada lagi kah yang berura-ura untuk menerima kembali fahaman tersebut?
Tentunya mereka yang hidupnya tidak merapati Allah SWT, tuhan semesta alam.
Jangan lupa Pan Drive ku.

sumandak bayu berkata...

Salam Bungaraya,

Adakalanya kita perlu ingat mengingati setiap sejarah yang pernah kita lalui. Macam jugak Sumandak usia masih muda zaman Bintang Tiga bermaharajalela masih belum lagi Sumandak lahir, maka keperitan orang yang dulu lahir dari Sumandak cukup memahami kekejaman KOMUNIS...

Sumandak hanya dapat merasai keperitan bila membaca buku sejarah MALAYSIA dan melihat filem BUKIT KEPONG 1950. Sungguh sedih bila mana ada pula individu yang mengagungkan pula TOKOH KOMUNIS...

Memang pada peringkat awal PKM ni berjuang demi rakyat TANAH MELAYU dengan kerjasama BRITISH... tetapi kenapa pula mereka berubah haluan?

Malah membunuh pihak polis yang nyata bertugas demi menjaga keamanan serta keselamatan rakyat Tanah Melayu pada ketika itu...

Jadi bagi Sumandak amat perlu untuk kita membicarakan semula isu KOMUNIS untuk kita renungi dan golongan BELIA tahu dengan siapa yang kini mereka hadapi...GUna akal pemikiran yang ALLAH bagi kerana keamanan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin KITA.

Bukan pejuang yang BACUL dan BANGSAT yang hanya tau mencaci, menghina dan menyemarakkan kebencian kepada Sultan di negara kita

銀行中古購車貸款 berkata...

色情
視訊色妹妹
夜未眠成人網
免費18免費成人影城
辦公室戀情
台灣甜心視訊聊天網
免費美女寫真集
聊天交友網愛
免費正妹自拍

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"