Selasa, Mei 26, 2009

JASAMU TETAP DIKENANG - KOMUNIS

ANTARA ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN SEMASA TRAGEDI DI BUKIT KEPUNG (1950).

Pada 20 Mei 2009, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Parti GERAKAN) mahu kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia (baca sini). Chin Peng kini berada di Bangkok. Rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 30 April 2009. Ini bukan kali pertama Chin Peng merayu untuk pulang ke Malaysia, pada 1 Disember 1990, Chin Peng bersama dengan 8 orang bekas anggota PKM pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia. Pada 14 April 2009, diwujudkan satu blog (lihat sini) untuk menceritakan kembali kisah komunis. Facebook juga diwujudkan untuk komunis. Mengapa ketika Malaysia dilanda dengan kegawatan politik, fahaman komunis tiba-tiba mahu ditonjolkan kembali?
Sape tak terharu bila dah masuk umur semakin lanjut dimamah usia tua... kita perlu dekat dengan keluarga tersayang di mana kita dilahirkan tapi pernah tak kita fikir penyeksaan serta pembunuhan yang pernah ANDA lakukan telah mengorbankan ramai bapa-bapa yang terpaksa tinggalkan anak bini dengan keadaan yang cukup menyedihkan....kubur enta di mana hanya ANDA sahaja yang mengetahuinya....


Takkan indek jenayah yang dilakukan oleh Komunis ni kita nak BANGGAkan... dan lupakan sahaja kekejaman yang mereka dah lakukan.



SIAPA MEREKA SEBENARNYA... PEJUANG BANGSA.. PEJUANG TANAH AIR... ATAU MEREKA HANYA LAH pemimpin KERBAU yang dicucuk hidung untuk menyeksa rakyat Tanah Melayu demi capai kepentingan ideologi Komunis...

Chin Peng jika engkau kembali ke MALAYSIA ape yang bakal engkau katakan pada KAMI... adakah kata-katamu akan sama seperti HINDRAF.... Pejuang PKM dulu semasa keluarkan JEPUN cukup BERANI kerana berjaya bebaskan rakyat Tanah Melayu bersama British dari seksaan JEPUN tetapi malang seribu kali sayang bila engkau turut membunuh rakyat sendiri hanya untuk lepaskan DENDAM.... INGINKAN KUASA dan RIAK bahawa korang adalah PEJUANG SEJATI TANAH MELAYU......


Sumber gambar: Angin Perubahan

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"