Jumaat, Mac 27, 2009

Jawah Gagal Semasa Dalam BN Apatah Lagi Sebagai Wakil PKR

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Dato' Sri James Jemut Masing menyifatkan pemilihan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang sebagai calon PKR bagi kerusi N.29 adalah 'berita baik' kepada BN.

Ini kerana menurut beliau, penduduk Lubok Antu telah 'masak' siapa sebenarnya Jawah dan sudah tahu calon yang mereka akan pilih sebagai wakil untuk membawa kemajuan dan pembangunan bagi kawasan berkenaan. Selain itu, ia juga kerana rakyat telah mengetahui sejauh mana kemampuan beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Jawah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu selama lima penggal bagaimanapun, tidak banyak membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan berkenaan. Beliau mendakwa semasa beliau (Jawah) masih dalam Kerajaan dan ada sumber kewangan untuk membantu rakyat, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Apatah lagi sekarang sebagai calon pembangkang. Jadi, rakyat harus pandai memilih siapa sebenarnya yang patut menjadi wakil mereka.

Masing juga mendakwa Jawah mendapat tajaan daripada pihak tertentu untuk menjadi calon pembangkang menentang calon BN, Malcolm Mussen Lamoh.

Sumber: Utusan Sarawak, 25 Mac 2009

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup BN jan bagi pkr rosakkan pemikiran rakyat Borneo

bungaraya berkata...

Lama tak dengar berita. Biasanya ada dua sebab utama. Satu cuti sakit dan dau cuti kahwin. Anyway selamat pengantin baru jika tepat telahan saya. Mengenai prk di Batang AI, penduduk dekat situ diharap jangan tersialp pilih. Di Kuala Penyu satu ketika, rakyatnya tersilap pilih dan terlalu mengikut emosi. Akhirnya menberita tanpa pembangunan selama 5 tahun dibawah calun pembangkang/bebas. Hanya calun kerajaan yang memiliki kemampuan membawa pembangunanan, lebih-lebih lagi di kawasan Sabah dan Sarawak spt kita. Pada ketika ini bukan laungan kebebasan dan kesamarataan yang sepatutnya menjadi laungan rakyat Batang Ai, tetapi ialah laungan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional.
Batang Ai sangat signifikan untuk dijadikan sebuah kawasan pembangunan dan jika itu menjadi kenyataan dan hanya BN yang berkemampuan, maka anda semua akan mengecapi nikmatinya. Kita mahu Dayak dan Iban menjadi bangsa tersohor diatas muka bumi ini. Telah lama anda berada dibawah. Kini masa kita meneroka kealam dunia yang siber dan maya ini, tanpa menoleh lagi kebelakang.

USD berkata...

Salam bos, aku jua ahli BPN tp napa ndada dlm list BPN di blog ko bos? mohon list

Ainuddin berkata...

Assalamu Alaikum Warohmatullah Wabarokatuh.

Nama saya Ainuddin Bin Abdul Khalik Bin Hajji Saidi. Saya berasalal dari Indonesia. Saya bersyukur kepada Allah SWT karena dapat menemukan halaman blog Membakut ini. Sejak lama saya mencari, baru hari ini saya menemukannya secara pasti dengan menggunakan Google.

Pada kesempatan saya ingin mohon bantuan Tuan. Sejak 30 tahun yang lalu, kami sudah berpisah dengan Paman kami (Pakcik) menuju Malaysia. Namanya Hajji Baco Bin Hajji Saidi.

Sudah lama kami menghubungi tapi tidak pernah bisa. Begitupun yang ada di Membakut, selalu juga berusaha menghubungi kami yang ada di Indonesia.

Namun, karena keterbatasan media, kami sampai sekarang belum juga bisa bersua. Kami sangat rindu kembali bertemu sejak 30 tahun berpisah.

Berita yang kami dengar, dia sedang sakit. Semoga segera diberikanb kesembuhan oleh Allah SWT. Amiiin.

Jika ada informasi, silahkan hubungi kami di alamat email:

ainuddin@ainuddin.web.id atau
nun_dotkom@yahoo.com
Handphone: 085214845100

Terima kasih sekali.

Tai berkata...

Semoga dimenangkan oleh tuhan kepada kita.

Tanpa Nama berkata...

Setuju... Jawah tak buat kerja sebab terpaksa mengikut teluk Kerajaan Barisan Nasional. Memang ada peruntukan tetapi perunyukan untuk kroni Taib Mahmud je... hahaha bodoh punya BN

x-pkr berkata...

besa la, dia ni desperado, anwar plak pandai mengayat...ayat2 cinta nwar memukau bagi org yg lalai..

kalo rekod tak bagus, BN pilihan terbaik!!!

x-pkr
http://x-pkr.com

Tanpa Nama berkata...

Kalau sokong BN sebab 'pembangunan',kamurang la yg plng tolol dlm dunia. Membangunkan negara 2 satu tanggungjawab pemerintah. Klu parti pembangkang jd kerajaan pn,terpaksa ga kasi bangun negara. Ada phm?
Kita ni konon ingin d lihat sebagai golongan intelektual,berbudaya dan beragama. Cuba tanya,harta dan pangkat 2 sepa yg bagi? Bg yg skola tinggi 2,bgs buang degree klu mo cr mkn tpaksa bodek orng yg kamu tau lg bahlul dr kamu. Bg yg semayang 2,buat penat ja 5 waktu sujud sm tuhan tapi mengharap d beri pangkat dan kekayaan oleh UMNO.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"