Khamis, Jun 16, 2011

FORMULA PR PLUS SAPP...... CABARAN SAPP!




Satu percaturan politik yang cukup hebat bagi pemimpin terunggul SAPP, Datuk Yong Teck Lee. Demi memastikan BN Sabah kalah pada PRU-13, maka SAPP menolak segala-galanya... baik kecemerlangan yang pernah mengukir sejarah politik Sabah mahupun kemampuan SAPP yang jelas lebih baik terbaik banding parti pembangkang yang ada di Sabah.



Cuma Yong pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi saja-saja mahu uji dan test tahap sokongan penduduk Batu Sapi, Sandakan adakah masih beri sokongan kepada mereka atau sebaliknya. Bila terbukti pilihan rakyat Batu Sapi masih dengan BN maka mudah bagi SAPP untuk meneruskan perjalanan politik dengan tidak akan sesekali meletakkan calonnya di kerusi ini. Tapi kalau PKR pun ditolak apatah lagi PAS mahu tidak mahu PR Plus SAPP akan memohon calon SAPP duduk semula di kerusi Parlimen Batu Sapi kelak.



Yong Teck Lee pernah pegang profail tertinggi Kerajaan Sabah, semasa beliau menjadi Ketua Menteri memang gah... dan segagah yang boleh menyinari Sabah. Malang seribu kali malang sebab undi tidak percaya pada Pak Lah, PM Malaysia duluuuuuuu maka Yong angkat tangan dan keluar dari BN. Tapi sekarang Najib yang perintah (PM Malaysia ke-6) jadi rasanya Yong mustahil undi tak percaya dengan Najid... mereka ni kawan baik sangat-sangat.



Apa pun doa rakyat Sabah sentiasa ada kepada Yong sebab beliau ni berjiwa rakyat sentiasa mendampingi rakyat di mana jua beliau berada tidak kira kaum dan agama pasti beliau akan menghadirkan diri baik dalam keadaan musibah mahupun sebaliknya. Mudah-mudahan SAPP cemerlang dan tidak diperbodohkan oleh DAP sebab parti ini da tunjuk sejarah politik yang lebih cemerlang bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sarawak... Harap-harap Yong akan sentiasa menjaga kebajikan rakyat Sabah dan tidak dijadikan BONEKA hanya kerana inginkan kembali kerusi Ketua Menteri.

3 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

sapp sudah hilang panduan ndak pun lebih kurang hilang pedoman...sayang pemimpinnya buli2 jua lah d bilang hebat perjuangannya haprak...lebih kepada kepentingan individu bukan memikirkan kepentingan mejoriti

sumandak bayu berkata...

Tu yang cukup dibimbangkan.... Tapi bagi SAPP dia cukup kekuatan untuk pastikan formula PR Plus SAPP berjaya

Al Capone berkata...

Harap formula tu tak berjaya...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"