Jumaat, Ogos 21, 2015

DEIG Apa Barang ni?

Seharian ketinggalan tentang isu negara, semalam tertanya dengan kekawan blogger/facebooker apa ba sarita tu DIEG... tu game ka? Bukan main lagi dorang ketawa sakan.... apa boleh buat kekadang kita juga ada isu tersendiri nak selesai...
Cari punya cari baru sumandak paham ini maksudnya DIEG.....
Peh RM2 vs RM30 Bilion?
Hebat syarikat ini.... sangat mengagumkan nilai RM2 tapi Bilion dapat....

Jawapan yang sumandak dapat semalam..

ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO.

“Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin.

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG.

“Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup.

“Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya.

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut.

“Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin.

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya.

Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumat DEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal).

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016.

Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP.

“Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin.

“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin.

“Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin.

Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan. - SP

Selasa, Mei 05, 2015

HALAMAN DAN CORETAN BAHARU

Sudah lama saya tidak beri coretan dalam laman blog ni sejak tahun 2012. Kira-kira hampir 3 tahun tidak menyentuh keyboard dan melawat-lawat blog2 rakan semaya.
Banyak juga perubahan yang dilihat.... dari satu perjuangan menjadi pecahan kecil... dari kecil sekarang GAH menjadi sebuah TEMBOK BESAR yang mampu gegarkan suara maya.
Namun dewasa ini semakin mengerunkan bila mula PERANG MINDA di dalam MAYA... Infografik dicipta indah untuk menjatuhkan individu atau kumpulan tertentu... pengunjung maya KELIRU di mana hendak mencari kesahihan ceta sebenar..
Peristiwa atau insiden di mana-mana mudah tersebar tanpa tunggu berita PERDANA atau akhbar media tradisional. Semua ini satu perubahan yang cukup membuktikan MALAYSIA MAJU JAYA DALAM LEBUHRAYA MAYA.
Pelbagai isu diketengahkan tetapi yang paling popular di Malaysia adalah isu POLITIK. Politik menjadi makanan setiap waktu kepada rakyat MALAYSIA tanpa mengira umur dan etnik. Akhirnya insiden MH370 juga dipolitikkan dengan pelbagai konspirasi sehingga syarikat penerbangan utama negara nyahmotivasi ekoran rakyat kita sendiri tidak yakin dengan kebolehan pilot dan orang kita dalam menyelesaikan isu ini.
Sekarang isu GST, satu isu yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.. Bermula dengan resit tulisan tangan kemudian isu topup (pra bayar telefon mudah alih). Akhirnya untuk resit KASTAM kata peniaga bole guna resit tulisan tangan yang telah dapat kelulusan mereka diguna sehingga penghujung bulan September 2015. Manakala Topup, Menteri KKMM berjanji akan bawa pilihan ke-3 kepada CEO Telco untuk memastikan kebajikan rakyat terbela... mudah-mudahan usaha ini dapat kurangkan rungutan rakyat. Hasil rungutan ada juga orang buat ceta politik....   mmmm. politik lagi pusingannya.
Tapi kalo di Sabah paling popular dan kini semakin hilang hala tujunya sebuah NGO yang dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia, Doris Jones antara individu WANTED bagi PDRM.. Tinggal di London tapi berjuang nasib orang-orang Sabah. Hairan bin ajaibnya kalo betul dia pejuang untuk rakyat Sabah marilah datang ke Sabah berjuang bersama SAPP yang selama ini kununnya sentiasa bela nasib rakyat sedangkan masa Yong Teck Lee jadi Ketua Menteri Sabah ada isu juga pasal tanah pesisir pantai sekitar Kota Kinabalu tapi alhamdulillah ada sudah tolong cover balik.
Semua ini berlaku dalam tempoh2 saya tidak lagi aktif dalam blog. Tapi sayang juga saya tidak dapat kongsi ceta-ceta Sabah dengan rakan maya. Insya allah saya akan kongsi ceta-ceta panas dan sensasi dari Negeri Di bawah Bayu..
Apa pun bulan ni adalah BULAN KAAMATAN.... kepada rakan-rakan etnik Kadazan Dusun dan Murut... Selamat Menyamnbut Hari Menuai dan semoga kita bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian di Sabah yang semakin mengancam anakbangsa kita untuk terus lahir dengan jati diri yang tinggi.

Isnin, Oktober 29, 2012

Dunia Yang Pelik

Kekadang kita hanya tahu untuk melihat kesalahan orang lain.. Menjadi hakim dunia untuk terus menghukum sifat orang lain. Bila kita sudah lakukan kesalahan amat mudah untuk kita lafazkan maaf sedangkan kita punya akal fikiran untuk berfikir dahulu sebelum bertindak aka menuturkan sesuatu hal agar tidak menguris perasaan orang lain.

Dan terbaik juga bila ada sebarisan manusia yang menganggap diri lebih baik daripada orang yang mereka adili sehingga buat satu persepsi negatif. Adil atau tidak semua ini. Kita fikirkan bersama.

Selasa, Mei 29, 2012

SEPANGGARFM RADIO ONLINE SABAH

Sumandak cukup gembira dapat mengenali DJ-DJ Sepanggarfm. Memang terbailah mereka ini yang membawa banyak cerita-cerita di kawasan Sepanggar. Sememangnya matlamat Sepanggarfm ini untuk warga / anak tempatan sepanggar. Tapi bila dengar dan hayati segala info yang disamapikan oleh DJ-DJ Sepanggarfm bole katakan semua ba cerita di Sabah dorang kasih sampaikan.

Jadi Sumandak pun mencarilah bah siapa dorang ni. Rupanya depan mata saja orangnya semua peramah namapun DJ kan. Dijadikan cerita Sumandak pun minta la ba itu html radio on line apa lagi dapat tarus. Kepada rakan-rakan blog silalah dengar sandiri ini radio online.

Bagilah komen untuk dorang ini buat penambahbaikan... support ba dorang ini walaupun baru tapi sebenarnya pengalaman dorangnya banyak macam mahu tinggi sudah sama Gunung Kinabalu.

Jom santai bersama Sepanggarfm!!!!!!


Link untuk melayarinya sila klik di sini SEPANGGARFM

Sabtu, Mei 26, 2012

Drama Perdana Anwar Al JENIN Bermula

satu negara kini mula menyaksikan pentas drama yang staringnya dr pulau jenin - pelakon utama anwar al jenin.

semalam ceramah mamat ni hanya dapat capai 200 orang di kg ghani othman, johor. memang biasalah ceramah peh power root sampai diwar-warkan kepada rakyat jelata di pulau jening kononnya 2 ribu orang yang hadir. 

sekarang ni sudah menjadi budaya dan adab mamat-mamat jenin ni ceramah ja beribu datang.... beribu datang ja ceramah... tapi realitinya hampas.


Ahad, Mei 06, 2012

Wak Long@Man: Khalid Syiah MEMANG PEMBOHONG KATA IBU PARAH TAPI ...

Wak Long@Man: Khalid Syiah MEMANG PEMBOHONG KATA IBU PARAH TAPI ...: Ahad, 6 Mei 2012 Gempar!!! Khalid Syiah Diiringi Bionic Woman Ke Balai Polis.. Polis memaklumkan bahawa pihaknya telah pu...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"