Isnin, Disember 28, 2009

KEKALKAN ACUAN KITA SENDIRI - KONTRAK SOSIAL

Teori sosial yang menjadi satu teori utama menghurai kewujudan negara yang perlu difahami ialah asas dan semangat kontrak sosial itulah yang menjadi landasan kewujudan kontrak sosial kita. Justeru, tidak timbul soal pemimpin memutarbelitkan makna kontrak sosial daripada pencipta asalnya.


Perlu difahami, tiada satu pun teori dunia ini dapat diikuti sepenuhnya. Latar belakang sejarah dan budaya sesebuah negara merti diambil kira. malah, negara Barat sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya erti kontrak sosial yang diteorikan oleh pencipta asalnya.


Teori kontrak sosial menjelaskan negara dibentuk atas kehendak dan kesediaan anggota masyarakat mengadakan kontrak bagi menjaga kepentingan dan keselamatan umum. Dalam teori ciptaan tuhan (negara teokrasi) menyatakan tuhan memebri mandat kepada raja untuk memerintah rakyat dan tuhan jugalah yang mencabut balik mandat kekuasaan apabila raja dianggap tidak memerintah dengan adil.


Sebaliknya, teori kontrak sosial yang ideanya muncul pada era pencerahan di eropah memartabatkan 'rasionalisme', 'humanisme' dan 'realisme' sebagai alur pemikiran utama. Ia meletakkan manusia sebagai pusat gerak dan segala peristiwa dunia, bukannya tuhan. sebagai umat Islam kita tidaklah berpendirian demikian.


Kita akur bahawa Sahifah Madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian kontrak sosial di antara orang Islam dan orang bukan Islam (Yahudi) meletakkan kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai landasan utama pembentukan perlembagaan terbabit.


Dalam membincangkan teori kontrak sosial, pemikiran Thomas Hobbes, John Locke, dan Jean Jacques Rousseau perlu dirujuk kerana mereka dianggap pencetus idea kontrak sosial. Hobbes (1588-1679) menyatakan tindakan manusia secara kudratnya digerakkan oleh hasrat nafsu (appetite) dan keengganan (aversion).


Appetite manusia adalah hasrat terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pegetahuan. Aversion manusia pula adalah keengganan untuk hidup sengasara dan mati. Hasrat manusia tidak terbatas tetapi pada masa sama ia tidak mahu hidup sengsara.


Kuasa antara sesama amnusia menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman. Penyelesaiannya ialah manusia mencipta 'kondisi buatan' (lawan kepada kondisi alamiah), iaitu apa yang dinamakan keperluan sivil.


Ini bermakna anggota masyarakat bersedia untuk bersetuju dan bersepakat untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada badan atau lembaga (organisasi) yang diberi kuasa tertentu bagi maksud menjaga kesepakatan itu supaya keselamatan rakyat terpelihara.


Locke (1632-1704) pula menyatakan, walaupun kudrat manusia adalah sama antara satu sama lain, manusia tidak ingin memenuhi hasrat dengan kuasa tanpa mempedulikan manusia lain. Menurut Locke, pada prinsipnya akal manusia mengajar bahawa ia tidak perlu melanggar dan merosak kemerdekaan dan kehidupan orang lain.


Locke melihat bahawa dalam kondisi alamiah sudah wujud pola pengaturan adn hukum alamiah yang teratur dan manusia mempunyai akal yang dapat menentukan apa yang benar, apa yang salah.


Menurutnya, huru-hara, kekacauan dan kemusnahan muncul kerana wujud beberapa golongan yang akalnya dipandu oleh dorongan an kepentingan peribadi. Masalah tidak akan lahir sekiranya setiap orang dipandu akal murninya tetapi Locke sedar bahwa disebabkan agenda peribadi oleh mereka yang mengejar dan memiliki kuasa menyebabkan berlakunya onar di dalam masyarakat. Untuk itu kontrak sosial diperlukan. melalui kontrak sosial ini anggota masyarakat bersedia menyerahkan sebahagian haknya.

Dalam tulisannya An essay Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Social Contract (Oxford University Press, 1960) beliau menjelaskan pemerintah dan masyarakat tidak hanya diikat dalam hubungan kontrak, malah hubungan saling mempercayai (fiduciary trust).

Wujud tiga pihak dalam hubungan saling mempercayai iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan (the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu (the beneficiary).

Perjanjian (kontrak) berlaku antara 'trustor' dan 'trustee' sedangkan antara 'trustee' dan 'beneficiary' tidak terjadi kontrak sama sekali. Namun, menurut Locke, masyarakatlah yang dapat bertindak sebagai 'trustor' sekali gus 'beneficiary'. Apa yang jelas ialah kewajipan dan kepatuhan masyarakat kepada pemerintah akan bertahan selama pemerintah masih dipercayai.

Apabila hubungan kepercayaan (fiduciary trust) terhakis dan musnah, maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan apa yang dimahukannya. Rousseau (1712-1778) pula menegaskan pada dasarnya manusia itu sama tetapi persekitaran serta faktor moral menciptakan ketidaksamaan.

Hasilnya, timbul hak-hak istimewa yang dimiliki golongan tertentu. Situasi inilah yang akhirnya membentuk organisasi sosial dalam masyarakat. Malangnya sering berlaku organisasi sosial dieprkudakan oleh mereka yang berkuasa untuk menindas yang lain. Untuk menghindari keadaan ini, maka masyarakat melaksanakan kontrak sosial berasaskan kehendak asas daripada semua semata-mata bagi mewujudkan keadilan untuk semua.

Rousseau menegaskan lembaga legislatif harus mengutamakan kehendak umum daripada kehendak semua. Kehendak bebas harus tercipta daripada kualiti kehendaknya, bukannya daripada kuantiti orang yang berkehendak (Social Contract, Oxford University Press, 1960).

Apa yang dipaparkan di atas di kira memadai untuk memahami betapa pentingnya kewujudan kontrak sosial dalam kehidupan bernegara. Apalah salahnya kita melaksanakan versi kontrak sosial kita yang sudah wujud sejak merdeka ia terbukti memberi manfaat kepada semua serta dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

Jangan terlalu ideal dengan kontrak sosial pencipta asalnya. 'Lain padang lain belalangnya'. Selama ini kontrak sosial negara sudah cukup adil kepada semua. Jangan seperti 'tikus membaiki labu', nanti 'yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran' dan negara menjadi kucar kacir.

SUARA POLITIK

TAMINSARI (http://belantan.blogspot.com)

Komen Sumandak:-

Hargailah sendiri KONTRAK SOSIAL yang telah kita bentuk sejak MERDEKA; janganlah sekali-kali terhinggin nak campurkan acuan BARAT demi dikatakan LEBIH BERTAMADUN, RASIONAL,RELEVEN dan seumpamanya sedangkan yang jelas BAKAL MENGORBANKAN HAK KEISTIMEWAAN SENDIRI... sedarlah ada pihak yang nak lihat kita HANCUR.. belajar dari KEJATUHAN MELAKA atas kecuaian rakyat sendiri mengundang anasir atau kuasa luar untuk MENJAJAH MASA DEPAN KITA...



DEMI SURVIVAL POLITIK.. KELIARAN ANWAR SEMAKIN MENYERLAH

Orang Melayu tidak pernah membanggakan diri apatah lagi hendak memijak hak kaum lain. Tapi bila mana hak orang Melayu mula dipertikaikan sedangkan dengan jelas di bawah Akta Perlembagaan Malaysia di bawah perkara 152 dan 153; HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan AGAMA ISLAM dah tak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana kaum di negara ini. (jadi kenalah terima hakikat)

Dan masa itu Anwar sendiri melaungkan jangan sekali-kali mempertikaikan PERJANJIAN KERAMAT yang telah termeterai semasa Malaysia mula MERDEKA..(Klik di sini untuk layari youtube ANWAR & BTN)

Tahun silih berganti demikian juga fahaman politik beralih arah iaitu sejak 1993 ke tahun 2009 (16 tahun). Anwar dengan kenyataan KERAMATnya mohon rakyat bersama-sama beliau untuk keluar daripada KEPOMPONG PERKAUMAN yang turut diklasfikasikan sebagai orang yang berfikiran kecil dan sempit yang hanya mahu mempertahankan kuasa berdasarkan keturunan dan warna kulit mereka (prinsip moral)..
Sebenarnya siapa yang mula mempertikaikan hak kaum tertentu? Kehidupan Orang Melayu cukup sederhana seperti juga kaum lain dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan demi meningkatkan lagi taraf hidup

Rabu, Disember 16, 2009

Ape Nak Jadi Kat BN ni????


Pagi ni Sumandak terkejut sangat bila terdengar dari siaran pagi TV3 (ulasan akhbar semasa) setiap hari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi... BERITA untuk meluluskan BAJET 2010... 66/63 beza undi 3 sahaja ape nak jadi ngan PEMIMPIN BN ni???


Geram gak bila jadi macam ni dan terasa nak marah je ngan PEMIMPIN BN tapi bila meneliti semula keadaan sebenar nyata ada UDANG SEBALIK MEE kejadian semalam.

Sumber :Berita Harian 161209



Kronologi Peristiwa Meluluskan Bajet 2010:-


1. M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membuat usul undian belah sebelah untuk Bacaan Kali Ketiga Bajet 2010.

2. Usul dibuat semasa melihat tidak ramai ahli Dewan Rakyat baik sebelah BN mahupun pembangkang pada masa itu.

3. Masa yang sama PM bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis Makan Malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa.

4. TPM pun menghadapi keadaan yang sama.

5.Nazri Aziz telah 'TERHIDU' pergerakan SULIT yang bakal menggugat BN lantas cuba menghubungi semua ahli dewan Rakyat BN untuk terus berada di Parlimen.

6. Semua OTAI Pakatan Rakyat 'TEGUH dan TERPACAK' setia berada di Parlimen sehingga saat genting hish tak pernah mereka tunggu sehingga malam.


Kesimpulan :-

Bijak sungguh perancangan PAKATAN RAKYAT dia da tau bila gagal je dapat LULUSKAN BAJET 2010 maka kerajaan sedia ada akan diguling Pilihan Raya Umum bakal diadakan semula.. hish2 bijak-bijak sungguh..


Bagi Pemimpin BN daripada 137 yang dapat hadir di Parlimen 66 orang.. mana yang lain? Kalo yang ade portfolio tu faham jugak la sebab akhir-akhir tahun ni memang banyak program tapi ke mana pula ahli Dewan Rakyat yang lain?... Diharap kes ini sebagai pengajaran yang perlu dipelajari dan difahami kerana teknik Pakatan Rakyat semakin TERDESAK hingga sanggup berSIKAP seperti GENGSTER dalam Parlimen...


Sumandak ingin mengutip ucapan Setiausa Agung BN, datuk Seri Adnan Tengku Mansor, beliau menyifatkan pembangkang yang mengetuai Anwar mengamalkan politik samseng dengan mempergunakan Bajet 2010 untuk menguling kerajaan BN...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"