Isnin, Disember 28, 2009

KEKALKAN ACUAN KITA SENDIRI - KONTRAK SOSIAL

Teori sosial yang menjadi satu teori utama menghurai kewujudan negara yang perlu difahami ialah asas dan semangat kontrak sosial itulah yang menjadi landasan kewujudan kontrak sosial kita. Justeru, tidak timbul soal pemimpin memutarbelitkan makna kontrak sosial daripada pencipta asalnya.


Perlu difahami, tiada satu pun teori dunia ini dapat diikuti sepenuhnya. Latar belakang sejarah dan budaya sesebuah negara merti diambil kira. malah, negara Barat sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya erti kontrak sosial yang diteorikan oleh pencipta asalnya.


Teori kontrak sosial menjelaskan negara dibentuk atas kehendak dan kesediaan anggota masyarakat mengadakan kontrak bagi menjaga kepentingan dan keselamatan umum. Dalam teori ciptaan tuhan (negara teokrasi) menyatakan tuhan memebri mandat kepada raja untuk memerintah rakyat dan tuhan jugalah yang mencabut balik mandat kekuasaan apabila raja dianggap tidak memerintah dengan adil.


Sebaliknya, teori kontrak sosial yang ideanya muncul pada era pencerahan di eropah memartabatkan 'rasionalisme', 'humanisme' dan 'realisme' sebagai alur pemikiran utama. Ia meletakkan manusia sebagai pusat gerak dan segala peristiwa dunia, bukannya tuhan. sebagai umat Islam kita tidaklah berpendirian demikian.


Kita akur bahawa Sahifah Madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian kontrak sosial di antara orang Islam dan orang bukan Islam (Yahudi) meletakkan kebesaran dan kekuasaan Allah sebagai landasan utama pembentukan perlembagaan terbabit.


Dalam membincangkan teori kontrak sosial, pemikiran Thomas Hobbes, John Locke, dan Jean Jacques Rousseau perlu dirujuk kerana mereka dianggap pencetus idea kontrak sosial. Hobbes (1588-1679) menyatakan tindakan manusia secara kudratnya digerakkan oleh hasrat nafsu (appetite) dan keengganan (aversion).


Appetite manusia adalah hasrat terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pegetahuan. Aversion manusia pula adalah keengganan untuk hidup sengasara dan mati. Hasrat manusia tidak terbatas tetapi pada masa sama ia tidak mahu hidup sengsara.


Kuasa antara sesama amnusia menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman. Penyelesaiannya ialah manusia mencipta 'kondisi buatan' (lawan kepada kondisi alamiah), iaitu apa yang dinamakan keperluan sivil.


Ini bermakna anggota masyarakat bersedia untuk bersetuju dan bersepakat untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada badan atau lembaga (organisasi) yang diberi kuasa tertentu bagi maksud menjaga kesepakatan itu supaya keselamatan rakyat terpelihara.


Locke (1632-1704) pula menyatakan, walaupun kudrat manusia adalah sama antara satu sama lain, manusia tidak ingin memenuhi hasrat dengan kuasa tanpa mempedulikan manusia lain. Menurut Locke, pada prinsipnya akal manusia mengajar bahawa ia tidak perlu melanggar dan merosak kemerdekaan dan kehidupan orang lain.


Locke melihat bahawa dalam kondisi alamiah sudah wujud pola pengaturan adn hukum alamiah yang teratur dan manusia mempunyai akal yang dapat menentukan apa yang benar, apa yang salah.


Menurutnya, huru-hara, kekacauan dan kemusnahan muncul kerana wujud beberapa golongan yang akalnya dipandu oleh dorongan an kepentingan peribadi. Masalah tidak akan lahir sekiranya setiap orang dipandu akal murninya tetapi Locke sedar bahwa disebabkan agenda peribadi oleh mereka yang mengejar dan memiliki kuasa menyebabkan berlakunya onar di dalam masyarakat. Untuk itu kontrak sosial diperlukan. melalui kontrak sosial ini anggota masyarakat bersedia menyerahkan sebahagian haknya.

Dalam tulisannya An essay Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Social Contract (Oxford University Press, 1960) beliau menjelaskan pemerintah dan masyarakat tidak hanya diikat dalam hubungan kontrak, malah hubungan saling mempercayai (fiduciary trust).

Wujud tiga pihak dalam hubungan saling mempercayai iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan (the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu (the beneficiary).

Perjanjian (kontrak) berlaku antara 'trustor' dan 'trustee' sedangkan antara 'trustee' dan 'beneficiary' tidak terjadi kontrak sama sekali. Namun, menurut Locke, masyarakatlah yang dapat bertindak sebagai 'trustor' sekali gus 'beneficiary'. Apa yang jelas ialah kewajipan dan kepatuhan masyarakat kepada pemerintah akan bertahan selama pemerintah masih dipercayai.

Apabila hubungan kepercayaan (fiduciary trust) terhakis dan musnah, maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan apa yang dimahukannya. Rousseau (1712-1778) pula menegaskan pada dasarnya manusia itu sama tetapi persekitaran serta faktor moral menciptakan ketidaksamaan.

Hasilnya, timbul hak-hak istimewa yang dimiliki golongan tertentu. Situasi inilah yang akhirnya membentuk organisasi sosial dalam masyarakat. Malangnya sering berlaku organisasi sosial dieprkudakan oleh mereka yang berkuasa untuk menindas yang lain. Untuk menghindari keadaan ini, maka masyarakat melaksanakan kontrak sosial berasaskan kehendak asas daripada semua semata-mata bagi mewujudkan keadilan untuk semua.

Rousseau menegaskan lembaga legislatif harus mengutamakan kehendak umum daripada kehendak semua. Kehendak bebas harus tercipta daripada kualiti kehendaknya, bukannya daripada kuantiti orang yang berkehendak (Social Contract, Oxford University Press, 1960).

Apa yang dipaparkan di atas di kira memadai untuk memahami betapa pentingnya kewujudan kontrak sosial dalam kehidupan bernegara. Apalah salahnya kita melaksanakan versi kontrak sosial kita yang sudah wujud sejak merdeka ia terbukti memberi manfaat kepada semua serta dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

Jangan terlalu ideal dengan kontrak sosial pencipta asalnya. 'Lain padang lain belalangnya'. Selama ini kontrak sosial negara sudah cukup adil kepada semua. Jangan seperti 'tikus membaiki labu', nanti 'yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran' dan negara menjadi kucar kacir.

SUARA POLITIK

TAMINSARI (http://belantan.blogspot.com)

Komen Sumandak:-

Hargailah sendiri KONTRAK SOSIAL yang telah kita bentuk sejak MERDEKA; janganlah sekali-kali terhinggin nak campurkan acuan BARAT demi dikatakan LEBIH BERTAMADUN, RASIONAL,RELEVEN dan seumpamanya sedangkan yang jelas BAKAL MENGORBANKAN HAK KEISTIMEWAAN SENDIRI... sedarlah ada pihak yang nak lihat kita HANCUR.. belajar dari KEJATUHAN MELAKA atas kecuaian rakyat sendiri mengundang anasir atau kuasa luar untuk MENJAJAH MASA DEPAN KITA...



4 ulasan:

JomoSamaTuaran berkata...

Salam Sumandak bayu,
Lama sudah tidak keladang ni..takkan lah sibuk sangat hingga hilang tak dapat dikesan???

sememangnya..JomoSama sendiri mengakui, Melayu tak dapat dikalahkan oleh bangsa manapun di dunia ini kecuali orang Melayu sendiri yang akan menghancurkannya.

Begitu juga UMNO, letaklah 1000 Anwar, 1000 Tok N.Ajis, 1000 DAP, parti ini tak akan tumbang, kecuali orang-orang UMNO sendiri sahaja yang boleh mengahncurkannya. Lihatlah sekeliling kita, kumpulan-kumpulan penyokong pemimpin-pemimpin tertentu sibuk bertelagah, Mahathir pula dah semakin nyanyuk, nasib Pak Lah tak ikut lagu beliau, percayalah... TIADA SIAPA YANG BOLEH MENJATUHKAN ORANG MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI, BEGITU JUGA DENGAN UMNO..

sumandak bayu berkata...

Salam Jomo

ahaa memang lama da ndak ke ladang sebab memang tak de ladang wakakakak...

selagi kita bernama manusia kita tak akan lari daripada penyakit lupa ataupun nyanyuk... (orang muda skang pun ade gak lupa gila2)...

Setiap ahli dalam parti perlu ade semangat cintakan parti.. bukan orang melayu sahaja yang boleh jaduhkan bangsa sendiri... orang cina, india n semua kaum di dunia semua sama...

Jadi yang paling penting KESEDARAN... nasib kita takkan berubah kalo kita masih tak sedar bahawa KITA tak lagi berada di zon selesa.. (agak2 la).. KITA harus bangkit bersama tolak ke tepi dulu penyakit PHD di kalangan KITA... demi anak cucu cicit kita...

Jan ba cakap Mahathir tu da nyanyuk... hish idola aku tu.. Pak Lah pun idola aku.. sebab tanpa orang2 ni tak terbentuk sejarah MALAYSIA... manusia ni ade kelebihan dan kekurangan jadi kita kena reda ngan ketentuan Illahi....

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

10 BUDAK HITAM berkata...

Salam sejahtera saudara,

Saya dengan ini secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

http://10sibudakhitam.blogspot.com

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"