Pagi ni Sumandak terkejut sangat bila terdengar dari siaran pagi TV3 (ulasan akhbar semasa) setiap hari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi... BERITA untuk meluluskan BAJET 2010... 66/63 beza undi 3 sahaja ape nak jadi ngan PEMIMPIN BN ni???
Geram gak bila jadi macam ni dan terasa nak marah je ngan PEMIMPIN BN tapi bila meneliti semula keadaan sebenar nyata ada UDANG SEBALIK MEE kejadian semalam.
Sumber :Berita Harian 161209
Kronologi Peristiwa Meluluskan Bajet 2010:-
1. M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membuat usul undian belah sebelah untuk Bacaan Kali Ketiga Bajet 2010.
2. Usul dibuat semasa melihat tidak ramai ahli Dewan Rakyat baik sebelah BN mahupun pembangkang pada masa itu.
3. Masa yang sama PM bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis Makan Malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa.
4. TPM pun menghadapi keadaan yang sama.
5.Nazri Aziz telah 'TERHIDU' pergerakan SULIT yang bakal menggugat BN lantas cuba menghubungi semua ahli dewan Rakyat BN untuk terus berada di Parlimen.
6. Semua OTAI Pakatan Rakyat 'TEGUH dan TERPACAK' setia berada di Parlimen sehingga saat genting hish tak pernah mereka tunggu sehingga malam.
Kesimpulan :-
Bijak sungguh perancangan PAKATAN RAKYAT dia da tau bila gagal je dapat LULUSKAN BAJET 2010 maka kerajaan sedia ada akan diguling Pilihan Raya Umum bakal diadakan semula.. hish2 bijak-bijak sungguh..
Bagi Pemimpin BN daripada 137 yang dapat hadir di Parlimen 66 orang.. mana yang lain? Kalo yang ade portfolio tu faham jugak la sebab akhir-akhir tahun ni memang banyak program tapi ke mana pula ahli Dewan Rakyat yang lain?... Diharap kes ini sebagai pengajaran yang perlu dipelajari dan difahami kerana teknik Pakatan Rakyat semakin TERDESAK hingga sanggup berSIKAP seperti GENGSTER dalam Parlimen...
Sumandak ingin mengutip ucapan Setiausa Agung BN, datuk Seri Adnan Tengku Mansor, beliau menyifatkan pembangkang yang mengetuai Anwar mengamalkan politik samseng dengan mempergunakan Bajet 2010 untuk menguling kerajaan BN...
2 ulasan:
turunkan gred KPI kepada yg tak ada dalam dewan tanpa sebab menasabah
Tadi pagi da Najib tegaskan kedatangan mereka akan dijadikan KPI sama ada layak ke layak jadi calon pada Pilihan Raya Umum akan datang...
Catat Ulasan