Selasa, Mei 18, 2010

BENARkah UNDI CiNA daH LARI!!!! BENARkah BN telah meMINGGIRkan PenGUndi Cina????

Isu ini telah lama dibincangkan lebih2 lagi selepas PRU ke-12, tsunami politik telah melanda Malaysia turut dikatakan satu keadaan yang mana wujud penolakan kaum cina terhadap Kerajaan BN.. demikian juga dengan adanya Pilihan Raya Kecil selepas PRU 12. Hampir 11 PRK dan hampir ke semua PRK ini telah dapat membuktikan tahap sokongan kaum Cina kepada BN memang merosot seperti yang berlaku pada PRK Bukit Gantang di DUN Kuala Sepetang dan PRK Hulu Selangor di DUN Kuala Kubu Baharu. Dan terkini PRK SIBU tidak ketinggalan turut mencatat sejarah pengundi Cina seolah-olah menolak kepimpinan BN. Hingga ada beberapa tajuk artikel Tsunami KINI MELANDA NEGERI SARAWAK.

3 minggu lepas Sumandak terbaca artikel Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Dr.Muhd Ridhuan Tee, kedua-dua tokoh ini berbangsa Cina… darah cina namun mereka tak pernah membelakangi Sejarah MALAYSIA yang memartabatkan orang Melayu yang sememangnya mempunyai hak istimewa di negara ini. Manakala agama Islam adalah agama rasmi di negara ini.

Semasa wawancara wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain dan Hafizahril Hamid di Univerisiti Malaya bersama Tan Sri Koo Kay Kim pada Jumaat yang lepas (2 Mei 2010 UM) Tan Sri telah menyatakan bahawa ada masyarakat Cina yang tidak begitu faham dengan senario politik dan apabila terdapat hak-hak istimewa orang Melayu dikemukakan mereka mulai tidak puas hati. Jika keadaan ini benar dan nyata apakah yang harus dilakukan oleh para pemimpin Cina khususnya parti dominan yang mewakili etnik ini iaitu MCA mahupun GERAKAN?

Tan Sri turut menyentuh, kemuakkan dan jemu dengan krisis kepimpinan MCA turut menjadi faktor penolakan kaum Cina untuk terus memberi sokongan kepada BN. Adakah perkara ini juga releven dan apa tindakan yang wajar dilakukan oleh MCA untuk menangani isu ini?
Sumandak akui jika kita memahami serta menghayati sejarah kita tidak mudah termakan dengan HASUTAN pihak tertentu yang sememangnya mempunyai kepentingan dan membelakangi keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi lebih setengah abad kita MERDEKA daripada PENJAJAH.. Tidak keterlaluan Sumandak katakan bahawa minda kita SUKA SANGAT DIJAJAH…. Buktinya sahaja ada segelintir daripada KITA tidak kira etnik suka MENDENGAR HASUTAN yang jelas membawa PADAH pada diri sendiri.. Kita tolak pembangunan kerana marah kononnya kerajaan bakal mencemari alam sekitar… kita tolak penggunaan BAHASA MALAYSIA sebab bahasa ini membuatkan diri kita TAK MODEN… kita tolak Pendidikan SEJARAH sebab kita nak utamakan Matematik dan Sains demi mengejar pendidikan setaraf dunia… apa pun tindakan kita sedikit sebanyak beri kesan kepada anak cucu cicit kita akan datang.

Demikian juga penolakan sokongan kepada Kerajaan BN disebabkan berbeza fahaman politik… kita tolak pemimpin yang jelas beri kita kemakmuran dan perpaduan negara. Kita bergaduh semasa bangsa dan agama sebab nak jaga survival politik yang jelas bersifat SEMENTARA (selagi ada kepentingan hubungan TERPAKSA dibuat). Kita fitnah dan hasut GENERASI MUDA untuk terus membenci KERAJAAN BN sedangkan sejak kita lahir hampir separuh kehidupan kita diTANGGUNG KERAJAAN dengan pelbagai subsidi… subsidi perubatan hospital, beras, minyak, buku teks, yuran sekolah dan banyak lagi…

Kesimpulan yang jelas dan berfakta, KITA kurang memahami peranan sepenuhnya KERAJAAN MALAYSIA…. Tidak memahami senario politik negara, Tidak memahami betapa pentingnya untuk KITA terus mempertahankan PERPADUAN DAN KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA.

Sumandak tabik dengan generasi Y yang sentiasa mendapat info terus daripada DUNIA TANPA SEMPADAN tapi sayang sekali kepakaran mereka pula tidak diguna sebaik yang boleh… mengapa tidak generasi ini menghayati sepenuhnya sejarah negara terlebih dulu dan bandingkan dengan keadaan yang melanda negara KITA pada hari ini… buat perpandingan secara berfakta usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan kerajaan Pakatan. Nilai dengan akal fikiran yang LEBIH WARAS.. insya allah ANDA akan mendapat jawapannya.

Seperti dalam penulisan artikel Dr. Ridhuan (kembalikan Kekuatan 2 Mei 2010 UM0) bahawa beliau sanggup berdepan dengan cemuhan bangsa sendiri kerana lantang mengemukakan persepsi yang bersifat fakta mengenai tahap sokongan kaum Cina di negara ini demikian juga pemimpin yang mewakili kaum ini. Dan ada satu perenggan yang benar2 menyentuh emosi Sumandak;-

“Saya sayangkan bukan Melayu seperti mana saya sayangkan diri sendiri kerana
mereka adalah juga ahli keluarga dan saudara mara saya. Lagipun mereka juga
makhluk Allah SWT. Menghina mereka bermakna menghina makhluk kejadian Allah.
Rasullah SAW sendiri begitu lunak dengan bukan Islam sehingga dakwah terbesar
luas, tetapi bertegas dalam mempertahankan Islam daripada dihina atau percubaan
untuk merosakkannya”…

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"