Bila kita lihat jumlah subsidi Kerajaan Malaysia kepada rakyat memang cukup banyak jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang paling hampir dengan kita. Dan perbandingan 3 kali ganda dari Filipina dan 55 kali ganda dari Switzerland adalah satu keadaan yang cukup mewajarkan rakyat Malaysia harus bersyukur kepada Kerajaan Pemerintah pada hari ini kerana sanggup pula menanggung defisit yang tinggi demi memastikan rakyat khususnya golongan yang mempunyai pendapatan rendah dibantu.
Jadual sebelah kiri ini dengan jelas menunjukkan defisit yang kerajaan tanggung dan hasil daripada kajian Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri menjelang 9 tahun akan datang kerajaan bakal menangung defisit sebanyak RM1,158 bilion. Ada tak mana-mana pemerintah negara yang sedang membangun sanggup mengambil risiko ini sedangkan jelas ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya berpendapatan rendah.
Rajah di atas adalah komponen yang terkandung di dalam subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. RM42.8 bilion bukan satu jumlah yang kecil dan memadai jika rakyat mengetahui bahawa kerajaan BN telah berusaha untuk membantu malah membela nasib rakyat. Inilah cadangan yang diberikan oleh Idris Jala untuk pihak Kerajaan Malaysia mempertimbangkan PEMANSUHAN SUBSIDI secara berperingkat demi mengurangkan tanggungan defisit kerajaan menjelang 2019.
Pemansuhan subsidi secara berperingkat dilihat wajar apabila subsidi yang diberikan oleh Kerajaan BN turut dinikmati kepada golongan yang lebih berkemampuan baik melalui subsidi bahan api (petrol, gas & elektrik), bayaran tol, bekalan makanan (gula, tepung dan minyak masak). Dan jika ia dilaksanakan Sumandak pasti dan yakin Kerajaan BN akan mengenal pasti terlebih dahulu kumpulan sasar yang AMAT MEMERLUKAN SUBSIDI...dan tidak sesekali membiarkan rakyat menderita ekoran menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi. Malaysia juga telah belajar melalui tindakan dan kesan yang diterima oleh Greece yang kini terpaksa menggunakan sumber negara 100% demi membayar defisit.
Sumber : Jami' ah Shukri, "Pemansuhan pelbagai subsidi tidak deritakan rakyat": Berita Harian (31 Mei 2010).
2 ulasan:
Subsidi kena dimansuhkan terlebih dahulu di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Pasti pemimpin mereka akan jadi ketua kongsi gelap seludup barang kawalan ke negeri masing-masing.
Salam Apai...
Subsidi dah terlalu memanjakan rakyat kita.. dan yang kita rasa tak sesuai bila mana golongan berkemampuan turut menerima subsidi dan paling kita tak nak lagi bila rakyat asing menikmati juga subsidi kita terutamanya bahan api dan gula/minyak masak...
Catat Ulasan