Rabu, Jun 02, 2010

FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI " FLOTILA GAZA"

1. Serangan komanda Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa awal hari ini meragut nyawa 19 aktivis pro-Palestin dan mencederakan 30 orang lain dan cetus kemarahan global.

2. Serangan melibatkan kappa Mavi Marmara dari Turki yang dihalang memasuki gaza selepas cuba meredah sekatan laut Israel.

3. Mavi Marmara, kapal penumpang berdaftar di Turki itu membawa kira-kira 600 orang, dua kapal kargo dan tiga lagi bot lain.

4. Flotila Gaza ini terdiri daripada Sembilan kalap termauk dua lagi bot Turki, dua dari Greek, sebuah dari amerika syarikat, tiga dari Malaysia termasuk kapal Rachel Corrie seberat 1,200 tan yang sedang dalam perjalanan dari Ireland untuk menyertai flotila.

5. Penganjur adalah pakatan Flotila Pembebasan, terdiri daripada Pergerakan Bebeskan Gaza, Kempen Eropah Menamatkan Kepungan Gaza, Insani Yardim Vakfi (Turki), Ship to Gaza (Greece), Ship to Gaza (Sweden) dan Jawatankuasa Antarabangsa Mansuh Sekatan Gaza.

6. Lebih 700 aktivis terlibat dalam flotila ini, kebanyakan mereka daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktiviti dan individu dari pelbagai negara, agama dan cara hidup.

7. Separuh daripada aktivis itu adalah rakyat Turki sementara baki dari negara-negara lain.

8. Aktivis penting termasuk beberapa anggota parlimen negara Eropah, penulis dan wartawan. Bekas Ketua Biskop Baitulmaqdis dari Greek, Monsignor Hillarion Capucci, pemimpin penduduk Arab di Israel, Sheikh Raed Salah dan koresponden Al-Jazeera , Abbas Nasser yang menelefon dari tempat persembunyian satu daripada kapal sebelum telefonnya mati tiba-tiba.

9. Flotila membawa kira-kira 10,000 tan bantuan kemanusiaan, termasuk perubatan, makanan, pakaian, rumah sedia bina, taman permainan kanak-kanak, alat tulis, batang besi dan simen.

10. Tidak ada sebarang senjata dibawa sama ada pisau cukur, pisau atau pisau lipat.

11. Misi Flotila adalah untuk menyampaikan bantuan kepada 1.5 juta penduduk gaza yang terkepung, dengan anggaran 80% daripada mereka bergantung kepada bantuan luar.

12. Gaza dikepung Israel sejak pergerakan Hamas merampas kuasa pada 2007.

13. Sebelum ini aktivis pro-Palestin melanggar embargo rejim Zionis sebanyak lima kali, dengan 3 lagi cubaan gagal sejak pelayaran pertama pada Ogos 2008.

14. Flotila ini bertujuan meningkatkan kesedaran antarabangsa ke atas kesengsaraan Gaza.
Sumber : Utusan Malaysia 1 Jun 2010

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"