Rabu, Jun 09, 2010

Wajar Strukturkan Semula SUBSIDI!!!!










Isu cadangan untuk meneliti semula pemberian subsidi oleh kerajaan menjadi isu hangat mulai 27 Mei 2010 setelah tindakan Dato’ Seri Idris Jala memaklumkan kepada umum bahawa Malaysia bakal MUFLIS jika subsidi diteruskan menjelang tahun 2019.

Pelbagai reaksi yang kita lihat malah ada yang menuding bahawa kenyataan Dato’ Seri Idris bertentangan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri hingga beliau menerima pula cemuhan negatif yang mampu menjejaskan reputasi beliau sebagai CEO Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU).







Sumandak sempat menghadiri satu majlis “Taklimat Rasionalisasi Subsidi” yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Seri Idris Jala. Setelah mendengar dan meneliti setiap fakta yang disampaikan oleh beliau barulah Sumandak faham kenapa dan harus subsidi negara kita wajar distrukturkan semula.

FAKTA


“For the last 10 years, we (Malaysia) have been running a fiscal deficit
which has been growing progressively from RM 5 billion in 1998, to a record high of RM 47 bilion in 2009. This was due to the fact that Government expenditure including subsidies has been escalating, whereas Government revenue has not kept pace as our economy/ GDP grew at only 3% per annum.”

“…Malaysia is one of the world’s highest subsidized countries with 4.7%
of GDP compared to Indonesia 2.7%, Philippines 0.2% and OECD countries at 1.5% on average”

“To be clear……IF we continue with the same trends as in the past over
10 years; based on an annual increase of 12%, our debt will reach 100% of GDP in 2019 (astaggering RM1,158 trillion) and we could POTENTIALLY go BANKRUPT
then”……


Bagi mengelak ramalan yang dijangka Dato’ Seri Idris, ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan lagi dan beliau turut menyentuh usaha Kerajaan Persekutuan sememangnya sudah membuktikan dengan peningkatan ekonomi 10.1% bagi suku keempat 2010 dan meletakkan Malaysia ditangga ke-10 di peringkat antarabangsa.


Malah Dato’ Seri Idris turut menekankan,



“Government will conduct 12 laboratories on National Key Economic Areas (NKEAs) to recommend ways for us increase the our economic growth (GNI per capita) from USD 7000 to USD 15,000 by the year 2020. This will help to potentially increase Government revenue in the next 10 years”….


Dan inilah juga hasil kajian pendapat awam yang turut diperolehi PEMANDU sehingga tercetusnya pengumuman cadangan untuk memansuhkan SUBSIDI;-


FAKTA


Kajian ini telah diadakan sehari sebelum majlis Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi;-

Melalui perkhidmatan MAXIS (mesej pesanan ringkas – SMS)

(Jumlah Responden: 190,152)
115,246 (61%) bersetuju Subsidi distrukturkan semula
123,557 orang (67.5%) setuju subsidi dikurangkan Kerajaan dalam had masa 3 -5 tahun


Pada Hari Terbuka Makmal Rasional Subsidi dilakukan sendiri oleh PEMANDU
(Jumlah Responden: 1,899 orang)
1,712 orang (90%) setuju subsidi perlu dikurangkan

Satu artikel yang dihasilkan oleh Sulaiman Mahbob [Pakar Ekonomi merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)] boleh dijadikan pengukur kepada keadaan rakyat Malaysia menerima subsidi hingga kini sukar untuk kerajaan beri penerangan dan penjelasan lanjut bila ada cadangan untuk memansuhkan subsidi;-


“Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka”.


“Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil.”


“Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan.”


“…. Kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan.”


Daripada artikel Sulaiman (Penstrukturan semula pemberian subsidi) jelas menunjukkan bahawa jika subsidi bakal distrujkturkan semula Kerajaan Persekutuan ada dasar subsidi yang akan berteraskan kepada 3 perkara utama antaranya;-


1) Apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi?
2) Siapakah golongan sasaran yang layak untuk menerima subsidi manakala yang lain akan membayar mengikut harga pasaran.
3) Perlu ada satu jangka masa dalam setiap subsidi yang distrukturkan oleh kerajaan

Akhirnya barulah Kerajaan Persekutuan berupaya mengkaji impak dan cost benefit yang akan dipastikan ke atas setiap subsidi utama.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"