Isnin, Mei 31, 2010

IdRIs JaLa BaKaL DiKenAli deNgAn PeManSuHan SuBSiDi


Bila kita lihat jumlah subsidi Kerajaan Malaysia kepada rakyat memang cukup banyak jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang paling hampir dengan kita. Dan perbandingan 3 kali ganda dari Filipina dan 55 kali ganda dari Switzerland adalah satu keadaan yang cukup mewajarkan rakyat Malaysia harus bersyukur kepada Kerajaan Pemerintah pada hari ini kerana sanggup pula menanggung defisit yang tinggi demi memastikan rakyat khususnya golongan yang mempunyai pendapatan rendah dibantu.

Jadual sebelah kiri ini dengan jelas menunjukkan defisit yang kerajaan tanggung dan hasil daripada kajian Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri menjelang 9 tahun akan datang kerajaan bakal menangung defisit sebanyak RM1,158 bilion. Ada tak mana-mana pemerintah negara yang sedang membangun sanggup mengambil risiko ini sedangkan jelas ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya berpendapatan rendah.

Rajah di atas adalah komponen yang terkandung di dalam subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. RM42.8 bilion bukan satu jumlah yang kecil dan memadai jika rakyat mengetahui bahawa kerajaan BN telah berusaha untuk membantu malah membela nasib rakyat. Inilah cadangan yang diberikan oleh Idris Jala untuk pihak Kerajaan Malaysia mempertimbangkan PEMANSUHAN SUBSIDI secara berperingkat demi mengurangkan tanggungan defisit kerajaan menjelang 2019.

Pemansuhan subsidi secara berperingkat dilihat wajar apabila subsidi yang diberikan oleh Kerajaan BN turut dinikmati kepada golongan yang lebih berkemampuan baik melalui subsidi bahan api (petrol, gas & elektrik), bayaran tol, bekalan makanan (gula, tepung dan minyak masak). Dan jika ia dilaksanakan Sumandak pasti dan yakin Kerajaan BN akan mengenal pasti terlebih dahulu kumpulan sasar yang AMAT MEMERLUKAN SUBSIDI...dan tidak sesekali membiarkan rakyat menderita ekoran menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi. Malaysia juga telah belajar melalui tindakan dan kesan yang diterima oleh Greece yang kini terpaksa menggunakan sumber negara 100% demi membayar defisit.
Sumber : Jami' ah Shukri, "Pemansuhan pelbagai subsidi tidak deritakan rakyat": Berita Harian (31 Mei 2010).

Amalan KIASU perlu KiTa LaKsANakAn DeMi MeMarTaBatkan NegARa

Hari ini persoalan Sumandak dah terjawab bila terbaca artikel di Berita Harian "Semangat Kebangsaan Rakyat Masih Rendah".. memang inilah yang berlaku di kalangan generasi muda kita dan tidak ketinggalan juga yang berusia pertengahan.. Sumandak pernah melawati Singapura memang semangat kebangsaan mereka cukup TINGGI... dan tak pernah nak mengalah kepada bangsa @ negara lain demi memastikan mereka mendapat HAK yang sewajarnya..
Tapi sayang seribu kali sayang... segelintir rakyat kita tidak belajar untuk menyimpan semangat kebangsaan. Ape yang mereka tahu hanya merungut... membidas pelbagai isu dan akhirnya mereka antara penyumbang meruntuhkan imej negara kepada dunia luar... Bila keadaan ini semakin meruncing banyak impak yang kita rasai.. paling teruk adalah ekonomi kerana keyakinan pelabur asing makin berkurangan bila rakyat di negara ini sendiri memberi gambaran yang negatif...
Bagi Sumandak tak ada salah untuk membuat teguran tapi baik berpadah-padah dan guna saluran yang betul... Cuba tanya dengan rakyat Indonesia walaupun mereka ramai berhijrah tetapi nama untuk memburukkan negara mereka amat jauh sekali berbanding kita walaupun negara Indonesia sering dilanda permasalahan di peringkat global... Kita lihat juga dengan rakyat Thailand walaupun pergaduhan hingga ada mengorbankan nyawa tetapi rakyat mereka masih menjaga imej negara mereka... Tanya cucu 7 generasi Mahsuri kenapa tak nak mengubah warganegara Thailand kepada Malaysia... sebab semangat kebangsaan yang diterapkan di peringkat sekolah rendah cukup tinggi hingga tahu berterima kasih kepada NEGARA yang dia duduki...
Sedih bila kita lihat bendera Jalur Gemilang di BAKAR.... di TERBALIK untuk menunjukkan protes kepada pemerintahan kerajaan pada hari ini... ada juga yang KURANG AJAR mereka cipta lagu NEGARAKU dan hanya ucapan MAAF beliau diterima semula dalam kelompok NEGARABANGSA MALAYSIA... bilalah RAKYAT MALAYSIA sedar bahwa kita takkan dapat bertahan lama bila SEMANGAT CINTAKAN NEGARA semakin RAPUH ditelan MASA.... kita renungi bersama

Rabu, Mei 19, 2010

Datuk Bung kEKaL MP


Pagi-pagi lagi bila buka laman sesawang muka Datuk Bung Moktar dah terpapar macam artis dah mentang-mentang beliau mendapat isteri yang terkenal di DUNIA ARTIS MALAYSIA... bangga gak orang Sabah boleh kahwin ngan artis Malaysia (Tahniah Datuk)...

Cuma yang takazut sikit bila Datuk Bung dikenakan hukuman penjara 1 bulan dan Zizie pula didenda Rm1 ribu sebab gagal mengikut peraturan syariah untuk Datuk Bung berkahwin dan jadikan Zizie isteri ke-2 yang sah.


Maka ramailah buat persepsi hingga Datuk Bung kini antara MP yang Hangat di Pasaran... Sembang punya sembang maka keluarlah kenyataan yang menentukan kelayakan Datuk Bung sebagai MP gugur atau sebaliknya jika beliau tetap dikenakan penjara.







Perkara 48. Perlembagaan Persekutuan Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimene) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas...


Terima kasih Sumandak ucapkan kat Azaidi Abdullah, bila da ada fakta macam ni maka siapa2 pun yang terBACA kes Datuk Bung akan sedia maklum...

Selasa, Mei 18, 2010

BENARkah UNDI CiNA daH LARI!!!! BENARkah BN telah meMINGGIRkan PenGUndi Cina????

Isu ini telah lama dibincangkan lebih2 lagi selepas PRU ke-12, tsunami politik telah melanda Malaysia turut dikatakan satu keadaan yang mana wujud penolakan kaum cina terhadap Kerajaan BN.. demikian juga dengan adanya Pilihan Raya Kecil selepas PRU 12. Hampir 11 PRK dan hampir ke semua PRK ini telah dapat membuktikan tahap sokongan kaum Cina kepada BN memang merosot seperti yang berlaku pada PRK Bukit Gantang di DUN Kuala Sepetang dan PRK Hulu Selangor di DUN Kuala Kubu Baharu. Dan terkini PRK SIBU tidak ketinggalan turut mencatat sejarah pengundi Cina seolah-olah menolak kepimpinan BN. Hingga ada beberapa tajuk artikel Tsunami KINI MELANDA NEGERI SARAWAK.

3 minggu lepas Sumandak terbaca artikel Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Dr.Muhd Ridhuan Tee, kedua-dua tokoh ini berbangsa Cina… darah cina namun mereka tak pernah membelakangi Sejarah MALAYSIA yang memartabatkan orang Melayu yang sememangnya mempunyai hak istimewa di negara ini. Manakala agama Islam adalah agama rasmi di negara ini.

Semasa wawancara wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain dan Hafizahril Hamid di Univerisiti Malaya bersama Tan Sri Koo Kay Kim pada Jumaat yang lepas (2 Mei 2010 UM) Tan Sri telah menyatakan bahawa ada masyarakat Cina yang tidak begitu faham dengan senario politik dan apabila terdapat hak-hak istimewa orang Melayu dikemukakan mereka mulai tidak puas hati. Jika keadaan ini benar dan nyata apakah yang harus dilakukan oleh para pemimpin Cina khususnya parti dominan yang mewakili etnik ini iaitu MCA mahupun GERAKAN?

Tan Sri turut menyentuh, kemuakkan dan jemu dengan krisis kepimpinan MCA turut menjadi faktor penolakan kaum Cina untuk terus memberi sokongan kepada BN. Adakah perkara ini juga releven dan apa tindakan yang wajar dilakukan oleh MCA untuk menangani isu ini?
Sumandak akui jika kita memahami serta menghayati sejarah kita tidak mudah termakan dengan HASUTAN pihak tertentu yang sememangnya mempunyai kepentingan dan membelakangi keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi lebih setengah abad kita MERDEKA daripada PENJAJAH.. Tidak keterlaluan Sumandak katakan bahawa minda kita SUKA SANGAT DIJAJAH…. Buktinya sahaja ada segelintir daripada KITA tidak kira etnik suka MENDENGAR HASUTAN yang jelas membawa PADAH pada diri sendiri.. Kita tolak pembangunan kerana marah kononnya kerajaan bakal mencemari alam sekitar… kita tolak penggunaan BAHASA MALAYSIA sebab bahasa ini membuatkan diri kita TAK MODEN… kita tolak Pendidikan SEJARAH sebab kita nak utamakan Matematik dan Sains demi mengejar pendidikan setaraf dunia… apa pun tindakan kita sedikit sebanyak beri kesan kepada anak cucu cicit kita akan datang.

Demikian juga penolakan sokongan kepada Kerajaan BN disebabkan berbeza fahaman politik… kita tolak pemimpin yang jelas beri kita kemakmuran dan perpaduan negara. Kita bergaduh semasa bangsa dan agama sebab nak jaga survival politik yang jelas bersifat SEMENTARA (selagi ada kepentingan hubungan TERPAKSA dibuat). Kita fitnah dan hasut GENERASI MUDA untuk terus membenci KERAJAAN BN sedangkan sejak kita lahir hampir separuh kehidupan kita diTANGGUNG KERAJAAN dengan pelbagai subsidi… subsidi perubatan hospital, beras, minyak, buku teks, yuran sekolah dan banyak lagi…

Kesimpulan yang jelas dan berfakta, KITA kurang memahami peranan sepenuhnya KERAJAAN MALAYSIA…. Tidak memahami senario politik negara, Tidak memahami betapa pentingnya untuk KITA terus mempertahankan PERPADUAN DAN KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA.

Sumandak tabik dengan generasi Y yang sentiasa mendapat info terus daripada DUNIA TANPA SEMPADAN tapi sayang sekali kepakaran mereka pula tidak diguna sebaik yang boleh… mengapa tidak generasi ini menghayati sepenuhnya sejarah negara terlebih dulu dan bandingkan dengan keadaan yang melanda negara KITA pada hari ini… buat perpandingan secara berfakta usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan kerajaan Pakatan. Nilai dengan akal fikiran yang LEBIH WARAS.. insya allah ANDA akan mendapat jawapannya.

Seperti dalam penulisan artikel Dr. Ridhuan (kembalikan Kekuatan 2 Mei 2010 UM0) bahawa beliau sanggup berdepan dengan cemuhan bangsa sendiri kerana lantang mengemukakan persepsi yang bersifat fakta mengenai tahap sokongan kaum Cina di negara ini demikian juga pemimpin yang mewakili kaum ini. Dan ada satu perenggan yang benar2 menyentuh emosi Sumandak;-

“Saya sayangkan bukan Melayu seperti mana saya sayangkan diri sendiri kerana
mereka adalah juga ahli keluarga dan saudara mara saya. Lagipun mereka juga
makhluk Allah SWT. Menghina mereka bermakna menghina makhluk kejadian Allah.
Rasullah SAW sendiri begitu lunak dengan bukan Islam sehingga dakwah terbesar
luas, tetapi bertegas dalam mempertahankan Islam daripada dihina atau percubaan
untuk merosakkannya”…

Jumaat, Mei 14, 2010

PRK Sibu Serawak Maju Bersama Barisan Nasional

Nilah pembangunan yang diharapkan kepada semua RAKYAT Malaysia... JOM TENGOK VIDEO ini.


Buku Teks Sains dan Matematik BI tukar ke Bahasa Malaysia

Bole tak kita katakan PPSMI ni gagal??.. ape pun setiap dasar Kerajaan pasti beri impak positif dan negatif kepada rakyatnya.. Yang baiknya cuba tanya budak mur 8 tahun dia da pandai jawab dengan menggunakan Bahasa Inggeris.... tak ke KITA BANGGA gak... tapi ape pun perubahan kita sambut dengan baik sebab setiap dasar dah dikaji jika diubah maknanya adalah yang SANGKUT dan MASIH PERLU DIBAIKI.

Sehingga kini ada 40 JUDUL buku Sains dan Matematik yang telah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk pelajar sekolah rendah dan kini ANDA bole dapat dipasaran.

10.1 PERATUS NAIK - MALAYSIA BOLEH

Hari ni hampir semua surat khabar di Malaysia paparkan keadaan ekonomi yang cukup memberangsangkan. 10.1% kenaikan bagi suku keempat 2010 berbanding suku keempat tahun 2009 hanya mencapai 4.4%... Jauh tu naik dia.. BANGGA Sumandak...

Kenaikan ini disebabkan semua sektor turut berkembang antaranya:-
Pembuatan 16.9%
Pekhidmatan 8.5%
Pembinaan 8.7%
Perlombongan 2.1%
Pertanian 6.8%
pelaburan Domestik 5.4%
Jumlah Eksport 19.3%
Jumlah Import 27.5%

Pengembangan peratus bagi semua sektor ekoran daripada sokongan permintaan domestik dan pemulihan ekonomi dunia. Alhamdulillah kita bakal menikmati keadaan ekonomi yang baik bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

Bila keadan seperti ini dijangka akan berlaku pengurangan difisit yang membawa makna dan keadaan subsidi akan dikaji semula.. Ape pun YAB Perdana Menteri dah katakan jika ada pengurangan subsidi ia akan dikaji dengan lebih teliti kerana ia bersangkut paut pula dengan aspek pemulihan ekonomi negara kita jika berada dilandasan yang betul.

Satu lagi fakta: Jika berlaku pengurangan subsidi akan berlaku pula penggunaan pertumbuhan penjimatan untuk pelaburan yang lebih produktif agar rangsangan ekonomi kita dapat disuntik dengan sebaik yang mungkin...

Inilah usaha kerajaan untuk meningkatkan EKONOMI MALAYSIA... SYABAS dan TERUSKAN BERI PERKHIDMATAN CEMERLANG KEPADA RAKYAT..

Khamis, Mei 13, 2010

PENGHINAAN YANG MELAMPAU PAKATAN RAKYAT KEPADA PENDUDUK BUMIPUTERA SARAWAK

Sumandak cukup terasa sangat bila ada jentera parti pembangkang menggunakan isu kehidupan adat resam BUMIPUTERA SARAWAK sebagai alat pengukur mengapa dan kenapa perlunya mereka mengundi PAKATAN RAKYAT.

Agak2 la bila nak berkempen di negeri SARAWAK dan SABAH... isu ni terlalu sensitif jangan hanya inginkan populariti murahan sampai mulut tu macam tak bagi insuran. Kalo setakat kemenangan BN di Batang Ai tu mampu membuatkan PAKATAN RAKYAT marah kepada penduduk BUMIPUTERA SARAWAK jangan la sentuh corak kehidupan KAMI!!!!...

Sebaik2 manusia itu biarkan kita tidak sekali2 menghina MANUSIA CIPTAAN TUHAN...

Rabu, Mei 12, 2010

Nizar Menghasut ,Fitnah & Membakar Sentimen Perkauman

Dalam subjek PENDIDIKAN di negara Malaysia, Rakyatnya dididik untuk tidak sekali-kali menjadi PENGHASUT BANGSA / KAUM kerana ia adalah satu tindakan BODOH dan TIDAK WAJAR sebagai pemegang warganegara MALAYSIA.

Demi kepentingan politik semata-mata NIZAR PENGKHIANAT BANGSA dengan ANGKUH dan BODOH SOMBONG beri ceramah yang tak sepatutnya kepada masyarakat CINA.... sayang seribu kali sayang bila ada anak MELAYU yang sanggup BERKATA seperti ini... Melainkan darah MELAYU dalam badan dah tak TULEN lagi... tapi ingatlah dimana KAKI DIPIJAK..

Selasa, Mei 11, 2010

LOMPAT PARTI DENGAN CARA TERHORMAT

Sumber Gambar : Media Cyber

Sedar tak ANDA semua setiap kali Pilihan Raya tak kira la Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil akan ada individu atau kumpulan yang bakal digelar KATAK... sama ada menjadi KATAK TERHORMAT atau sebaliknya... Sebab utama menjadi KATAK lebih menyentuh kepada KRISIS DALAMAN PARTI...


Tidak terkecuali jugak PRK P.212 SIBU turut menyaksikan Jee Chang Peng, 42 Ketua Pemuda PKR SIBU keluar parti tapi sayang seribu kali sayang dia keluar parti tdak menyatakan pula nak menyertai parti yang mana satu atau pepatah Melayu berbunyi Keluar mulut Buaya masuk mulut Harimau... (satu lagi percaturan politik yang PENING nak diFIKIRkan)


Dengan pengumuman keluar parti, Chang Peng turut mendakwa akan membawa 70 orang (sahabat handai atau kaum keluarga) meninggalkan PKR... Kira banyak jugak tu 70 orang daripada jumlah tersebut disebar luaskan mungkin bole capai 100 lebih orang. Tapi Jumlah tersebut adakah pengundi tegar SIBU atau berada di luar lingkungan kawasan pilihan raya SIBU... (satu lagi isu yang perlu difikirkan)


Apa pun yang nak jadi KATAK TERHORMAT ini perlu memastikan perjuangan mereka bukan untuk kepentingan diri tapi berjuang untuk kesejahteraan RAKYAT kerana baik buruk kepimpinan kita bakal memberi KESAN YANG BESAR kepada ANAK CUCU CICIT KITA akan datang... Berjuang untuk NEGARA.. jangan bila tersepit BUANG NEGARA... ini lagi BAHAYA!!!!!

Isnin, Mei 10, 2010

Fatwa Penyokong PAS di Sibu

SIOT btoi la orang ni... kalo dijumpa bagus lontar BATU sama ni orang tarak ada guna punya.. ape ingat Allah s.w.t tu main turun2 g2 ja nauzubillah.... ada juga bala di bagi ni!!!!

AnWar HiNA SiBU


AnWar ni memang sorang pemimpin yang BIJAK dan PANDAI dalam ucapan... bila dia berucap ja mesti orang terlopong... ketawa.... tepuk tangan... tapi ayat2 dia POWERFULL terasa Sumandak dia cakap jalan Sibu macam tu... sebab di Sabah pun mcam tu jugak... agak2 la kalo da keadaan geografi berbukit bukau... kawasan payah... jalan raya dibina pun ndak sampai ba 2 tahun mesti berlubang sudah.... PALOI betoi!!!!!

TENGOK KEANGKUHAN ANWAR SENTUH JALAN RAYA SIBU :-

TERKINI!!!!! POLITIK PRK SIBU

Meh kita baca artikel ni pasti beri anda info sedikit pasal PRK SIBU...
Sumber : http://free2talk2me.blogspot.com/2010/05/pilihan-raya-kecil-p-212-sibu.html

Pilihan Raya Kecil P. 212 Sibu menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Robert Lau (SUPP), calon Pakatan Rakyat,Wong Ho Leng (DAP ) dan Narawi Haron (Bebas). Jumlah daftar pengundi yang layak mengundi bagi kerusi parlimen Sibu adalah seramai 54,695 pengundi .Mereka terdiri daripada 36,389 ( 66.7%) pengundi Cina, 12,050 (22.1%) pengundi Iban dan 5,740 (10.5%) pengundi Melayu. Peratusan pengundi ini jelas menunjukkan majoriti pengundi di sini adalah pengundi Cina. Faktor ini mungkin menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan seorang calon keturunan Cina sebagai calon untuk menawan kerusi parlimen Sibu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"