SAPP President Datuk Yong Teck Lee on the landslide victory of PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Permatang Pauh by-election 26 August 2008.
Jumaat, Ogos 29, 2008
GEraKAn SAPP TerKINI
SAPP President Datuk Yong Teck Lee on the landslide victory of PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Permatang Pauh by-election 26 August 2008.
Khamis, Ogos 28, 2008
RM50 JUTA UNTUK PATI
KUALA LUMPUR: Peruntukan khas untuk operasi besar-besaran bagi menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini adalah sebanyak RM50 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata kos penghantaran dan penguatkuasaan pendatang asing pada tahun lepas meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.
“Mengikut angka yang kita ada pada tahun 2006 kos penghantaran pendatang asing adalah sebanyak RM2.47 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM1.9 juta manakala kos penghantaran pada tahun lepas adalah sebanyak RM11.9 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM7 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada persidangan Dewan Rak-yat di sini kelmarin.
Mengenai jumlah tenaga kerja asing yang memasuki negara lebih daripada sekali sejak operasi besar-besaran pada tahun 1998 hingga 1999, Syed Hamid berkata Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat membekalkan statistik kerana pada ketika itu proses pengusiran pulang pendatang ke negara asal dibuat secara manual.
“Pada ketika itu sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen berada di peringkat pembangunan sistem, oleh yang demikian cap jari warganegara asing yang diambil secara manual sebelum diusir ke negara asal dihantar ke Jabatan Polis Diraja Malaysia,” katanya.
Beliau berkata mulai tahun 2005, semua pendatang tanpa izin yang diusir ke negara asal akan diambil biometrik mereka yang akan disimpan dalam sistem komputer dan boleh digunakan untuk membuat semakan jika seseorang rakyat asing itu pernah diusir dari negara ini kerana melakukan kesalahan.
Syed Hamid berkata bagi memantapkan lagi pengurusan pekerja dan pelajar asing di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan i-kad untuk semua pekerja, pelajar dan warganegara asing yang menyertai program khas seperti Malaysia Rumah Kedua Ku.
“Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Imig-resen sehingga 22 Ogos lepas, sebanyak 437,891 i-kad sudah dikeluarkan kepada warganegara asing yang bekerja atau belajar di negara ini.
“Seramai 36,112 pelajar dan seramai 401,779 pekerja asing telah diserahkan i-kad,” katanya.
DNA Dipetikaikan Oleh DSAI
Suria Pagi nak berbicara nape DSAI nak pertikaikan rang undang-undang DNA oleh kerajaan. Kita tau kalo ada 'benda' ni hang pa tak perlu lagi lah menyalak nak pertikaikan kes liwat ke, kes rogol ke atau sewaktu dengannya. Tapi depa setuju kalo rang undang-undang DNA dikemaskinikan ubah apa yang patut itu saja tapi nak mansuhkan terus aik macam ada udang sebalik mi, Macam menu yang terkenal di Penang 'Mee Udang' di Sungai Dua. Udang dia besar pulak tu jadi agenda Anwar mungkin besar gak kan.
ErTI MerDEka

Suria Pagi amat kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia, banyak blog yang dilayari ternampak bendera Malaysia yang kita Cintai diterbalikkan.
Kenapa hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, negara kita sanggup digadaikan. Bendera umpama nyawa kita. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga walaupun negara kita kini dipenuhi dengan dunia politik 'ganas', namun tak bermakna kita perlu mencemuh bendera kita yang selama ini amat kita banggakan.
Bangga hati kecil ini apabila rakyat Malaysia bangkit mempertahankan maruah negara hanya disebabkan 'Jalur Gemilang' dibakar. Dimanakah tertanamnya semangat itu !!!!!!! AdaKAH hanya inginkan negara yang lebih 'liberal' walaupun tetap mengagungkan sistem demokrasi berperlembagaan kita sanggup menghina bendera yang hampir 51 tahun bersama kita dan sekali gus mencerminkan kehidupan kita di mata dunia.
Sedarlah kemerdekaan yang kita kecapi ini tidak akan bererti jika rakyat negara ini sendiri memperlekehkan 'Jalur Gemilang'. Sememangnya generasi muda tidak merasai keperitan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada tangan penjajah. Namun sedarkah anda kita sekarang telah dijajah dari segi psikologi oleh pihak bertopengkan manusia. FIKIRKAN semula erti kemerdekaan negara kita.
Selasa, Ogos 26, 2008
JoM P SaBAh
Balung Eco ResortBanyak tempat yang boleh tuan/puan tujui kat Sabah. Tengok aje peta kat atas ni. Gua jamin korang takkan nyesal bila datang kat Sabah. Balung Eco resort terletak di Bahagian Tawau, kat sana bukan setakat dapat berkhemah, malah boleh buat aktiviti hari Keluarga, jenis penginapan ada yang pakej untuk family, ada gak macam asrama HEBAT. JOm P SaBAH
Isnin, Ogos 25, 2008
TungKU AZiz NaIB PenGERusi DAP
Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota parti dan Naib Pengerusi dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada Kongres Kebangsaan ke-15 parti itu di sini selama dua hari, yang berakhir petang ini.
Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi parti mengejutkan banyak pihak yang menghadiri kongres itu dan disambut dengan sedikit tepukan oleh anggota DAP yang hadir.
Bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Tunku Abdul Aziz berkata, sungguhpun hanya menjadi anggota DAP bermula semalam, namun beliau telah memberi tumpuan dan memantau perkembangan parti, 'tanpa pengetahuan mereka', sejak 20 tahun lepas.
"Saya seorang anggota yang sangat baru. Keputusan untuk menyertai parti ini dibuat lama dahulu, tetapi hanya semalam saya menandatangani borang permohonan," katanya.
Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan pandangan dan kritikan yang lantang, memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation selepas menamatkan pengajian tinggi di England dan Australia.
SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa
SiLIk SiLIk do mATo NU
ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"
