Khamis, Ogos 28, 2008

RM50 JUTA UNTUK PATI

Sumber: New Sabah Times (28/08/08)

KUALA LUMPUR: Peruntukan khas untuk operasi besar-besaran bagi menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini adalah sebanyak RM50 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kos penghantaran dan penguatkuasaan pendatang asing pada tahun lepas meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

“Mengikut angka yang kita ada pada tahun 2006 kos penghantaran pendatang asing adalah sebanyak RM2.47 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM1.9 juta manakala kos penghantaran pada tahun lepas adalah sebanyak RM11.9 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM7 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada persidangan Dewan Rak-yat di sini kelmarin.

Mengenai jumlah tenaga kerja asing yang memasuki negara lebih daripada sekali sejak operasi besar-besaran pada tahun 1998 hingga 1999, Syed Hamid berkata Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat membekalkan statistik kerana pada ketika itu proses pengusiran pulang pendatang ke negara asal dibuat secara manual.

“Pada ketika itu sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen berada di peringkat pembangunan sistem, oleh yang demikian cap jari warganegara asing yang diambil secara manual sebelum diusir ke negara asal dihantar ke Jabatan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mulai tahun 2005, semua pendatang tanpa izin yang diusir ke negara asal akan diambil biometrik mereka yang akan disimpan dalam sistem komputer dan boleh digunakan untuk membuat semakan jika seseorang rakyat asing itu pernah diusir dari negara ini kerana melakukan kesalahan.

Syed Hamid berkata bagi memantapkan lagi pengurusan pekerja dan pelajar asing di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan i-kad untuk semua pekerja, pelajar dan warganegara asing yang menyertai program khas seperti Malaysia Rumah Kedua Ku.

“Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Imig-resen sehingga 22 Ogos lepas, sebanyak 437,891 i-kad sudah dikeluarkan kepada warganegara asing yang bekerja atau belajar di negara ini.

“Seramai 36,112 pelajar dan seramai 401,779 pekerja asing telah diserahkan i-kad,” katanya.
KoMEN: Suria Pagi nak tanya kat SAPP nak 'bising' ape lagi apabila kerajaan dah nyatakan dengan jelas penghantaran PATI di Sabah.

2 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

Hai sumandak... sabah ya... samalah... nanti aku add blog kau ya

sumandak bayu berkata...

Dari ko ja boz tatap dilayan punya jan pula setakat 'add' bagi lah input kat sia ye......

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"