Ahad, Ogos 17, 2008

(SIRI 3) ANWAR vs MEDIA


PERSATUAN WARTAWAN KESAL
Sumber: Malaysiakini Aug 16, 08 10:54pm
Beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan PKR yang didakwa mereka tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak berulang. Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini."PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media(daripada diganggu penyokongnya)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam adalah satu "insiden yang amat memalukan kerana kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik."Norila berkata tindakan penyokong PKR itu "dah melampau, dah banyak kali" mereka bertindak mengkasari petugas media.
Kes terbaru pada 3 Ogos lalu di mana jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya.Berikutan kejadian itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meminta maaf dan berjanji akan memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.
Setiausaha PKR Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim juga pernah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu.Insiden keduaNorila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar.
"Sebagai sebuah parti yang mendakwa mendokong kebebasan bersuara dan bermaklumat, tindakan itu dilihat tidak menepati apa yang mereka perjuangkan. "Kejadian itu amat membimbangkan pihak media yang membuat liputan," katanya sambil berharap pihak keselamatan dapat mempertingkatkan pemantauan bagi menggelakkan berlakunya kejadian tersebut. Beliau mendesak PKR mengotakan janji mereka berhubung keselamatan dan keselesaan petugas media membuat liputan pilihanraya kecil itu.
Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai." Beliau meminta parti-parti politik terutama pembangkang untuk menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak bagi bagi kebebasan media."

4 ulasan:

ORENA berkata...

bukan saja penyokong yang jahat 2 patut di tangkap simpan dalam lokap ISA tapi dengan pemimpin2nya sekali yang meporak perandakan negara ni.

Tanpa Nama berkata...

Insiden itu jelas btentangan dgn prinsip demokrasi yg diperjuangkan oleh parti pembangkang itu selama ini.Sepatutny tindakan undang2 diambil kpd penyokong2 itu kerana telah mendatangkan kcederaan serius kepada wartawan yg terbabit..Salah ba diorg buat bgitu! kalau mau demokrasi, bkempen la ikut peraturan. bukan bertindak ganas.

sumandak bayu berkata...

Aku setuju benar dengan Orena, bukan apa saya tak juga pandai bob politik. Di Sabah, kami pun sikit terpengaruh dengan PKR sebab tengok muka isteri Anwar sorang yang boleh kita kategorikan 'Perempuan Melayu Terakhir'.

Tapi bila jadi macam ni tawar pula hati, rupanya hati ni ditutup dengan sikap luaran pemimpin tu tapi tak melihat dalaman dia. Sedih juga ye dia dapat suami yang boleh guna 2 jenis (lelaki dan perempuan).

KITA DOAKAN SAJA KEBAHAGIAN DATUK SERI WAN AZIZAH DAN KELUARGANYA.

sumandak bayu berkata...

Betul rumandawikgu, akal dorang nijumud sangat sampai terlalu taksud akan pemimpin. Pemimpin dorang buat salah pun jadi betul. Ta tahu apa nak jadi dengan negara kita.

Yang aku tak paham nape nak hantam wartawan kecian dorang ni cari makan, tak ada kepentingan pun dalam politik di Permatang Pauh.

SEDIH AKU NGAN WARTAWAN TU, KALO BOLE DAKWA ORANG YANG BUAT GANAS TU DI MUAKA PENGADILAN.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"