Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi berita daripada Mohd Saiful, sumpah 'Mubahalah' cukup mengerunkan kita sebagai umat Islam.
Saya sangka dia ni sebagai 'boneka politik' semata-mata atau ingin mendapat 'publisiti murahan' dalam negara kita. Tapi kalo dah seseorang sanggup bersumpah laknat macam tu dia sorang yang memang teraniaya dan sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi dengan Allah s.w.t jika sumpahnya tidak betul.
Dato' Anwar kenalah respon isu ni dengan cepat, saya tengok Dato' mudah mendapat kerusi Permatang Pauh tapi sekarang ada isu peribadi yang sedang Dato' hadapi. Satu persoalan yang hendak saya kemukakan ialah mahu ke Pemimpin Pakatan Rakyat memberi kuasa pemimpin kepada seorang 'Gay' (jika betul tuduhan ini).
Lebih-lebih lagi PAS dan rasanya penduduk Permatang Pauh kena lah mengurangkan ketaksuban anda untuk memilih pemimpin ni adalah masa depan anda sendiri. dah lah 10 tahun tak ada juga pembangunan yang anda terima nanti macam kami di Sabah dulu 9 tahun di bawah Pembangkang. FIKIRKAN lah ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan