Sabtu, Ogos 16, 2008

ANWAR BAKAL PM SEPTEMBER 2008

Bukan main lagi berita ni tersebar sampai di pelusuk kampung kat pedalaman Sabah. Saya nak ucap tahniah juga kat Anwar kalo dia dapat jadi PM sebab dah lama dia idamkan jawatan ni sebelum dia dimasukan ke lokap (zaman Tun Mahathir). Orang Sabah cakap takut kempunan susah lagi jatuh nanti dari kapal terbang masa nak pigi Amerika Syarikat jumpa kawan baik dia.
Nak tahu juga apa sumbangan Anwar sampai ramai yang taksub dengan dia khususnya di Permatang Pauh. Lepas tu balik-balik cakap ada pemimpin dari Sabah nak lompat parti untuk membentuk kerajaan baru. Sekarang ni lagi manifesto Anwar di P.44 Permatang Pauh bukan alang-alang 'Permatang Pauh Ke Putrajaya'. Hebat angan-angan Anwar.
Tapi sekarang ni Anwar terima pula tuduhan liwat, kalo cakap pasal ni saya pun tak suka sebab kita bukan nak lihat masalah peribadi dia tapi kita nak tengok kepimpinan dia mengalahi pemimpin dulu atau sekarang ni kan. Tak kira lah dia nak jadi 'Gay' ke 'MakNyah' ke yang penting dia pandai pimpin kita. 'Power' dia bercakap dalam ceramah sampai orang macam kami percaya tapi tak tahu lah betul atau tidak fakta yang dia bawa.
Macam juga karektor isteri dia, rakyat kat Permatang Pauh sanggup tolak pembangunan selama 10 tahun demi memberi undi simpati pada beliau setiap kali Pilihanraya Umum. Jadi mungkin juga pengundi Permatang Pauh nak tolakpembangunan sekali lagi dan beri peluang "Pemimpin Minah" mentadbir negara.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah semudah itu kita fikirkan Anwar akan jadi Perdana Menteri. Bolehkah kita meneliti sedikit ruang peraturan dan undang-undang yang ada? Teori pertama ialah menang PR Kecil Permatang Pauh. Kedua, berjaya mempengaruhi MP BN menyertai PKR. Ketiga bila dijumlahkan masih belum mampu membentuk kerajaan (kalau pun benar 30 orang MP BN masuk PKR), jumlahnya ialah 81+30 =111. Belum tentu MP Pasir Mas masuk PKR bila melihat sikap dan kecenderungan sekarang. Dalam suasana itu, bukankah PM boleh menemui YDPA untuk membubarkan Dewan Rakyat. Jika YDPA memberikan keizinan, bermakna pilihan raya baru akan diadakan seluruh negara. Pastinya keputusan tidak akan berpihak kepada PKR kerana beberapa negeri di bawah pemerintahan kahwin mutaah PKR semakin gelisah. Kelima, dari perbincangan Muktamar PAS ada desakan bahawa yang lebih layak menjadi PM ialah Presiden PAS dan bukannya Anwar. Kelima, jika kedudukan kuasa PM tidak stabil, PM boleh menggunakan peruntukan darurat dan pentadbiran negara berada dalam Mageran sebagaimana berlaku pada tahun 1969. Apakah ini melambangkan keghairahan itu seperti budak-budak kena sawan, jumpa seteru politik terus menerus berteriak bagaikan terkena serangan histeria? Fikirkanlah, tidak semudah yang dijangkakan,banyak liku-liku yang perlu dihadapi meskipun teori pertama dan kedua berjaya. Langkah seterusnya yang kita harus ambil ialah berhadapan dengan kenyataan, dan bukannya sentiasa menjejaki jalan belakang untuk menanjak ke putrajaya.

sumandak bayu berkata...

Hebat gak analisis yang dibuat oleh 'Tanpa Nama' rasanya Anwar tak akan duduk diam kalo dia tak jadi PM. ITU dah PASTI.

mentari berkata...

memang itu perangai dia. Dia tidak akan duduk diam, kerana duduk diam adalah musuhnya yang paling kejam. Permatang Pauh sangat dia perlukan kerana rasanya dia boleh berbohong dengan ramai pengundi yang termakan pujuk rayunya. Mungkin boleh kita tanya kawan-kawan baiknya dulu, kini turun ke Permatang Pauh berkempen dan melondehkan semua kelakuan Anwar semasa mereka bersahabat baik termasuk Ghani yang sesama meringkok dalam penjara, tidak pun ditanyakan khabar oleh Pak Syeikh yang paling kuat madaninya. Tanyalah Hishamudin Rais, dia kata Puyo Ceruk Tok Kun lupakan kawan yang sama-sama berjuang dan meringkuk dalam penjara, tetapi Pak Syeikh buat tak endah sahaja hatta masa naik angin meroket menjadi menteri kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, kini pun bukan nak ajak minum kopi, telefon tanya khabar pun tidak pernah. Inikah orang yang nak membela nasih rakyat Malaysia, yang pasti akan membawa masuk ramai kawan Yahudinya, termasuk bekas gundek Wolowitz yang pernah bertugas di Society of the Future yang mana Anwar pernah jadi kepalanya.....

sumandak bayu berkata...

Hish teruk sangat gak ye Anwar tu bila 'Menteri' ceta pasal tu kalo macam ni tak sesuai betoi lah Anwar nak melobi jadi PM.

Rasanya hancur negara MALAYSIA dia jual. Balik lah kita jadi sejarah Melaka rasanya pengkhianat bangsa masa zaman MELAKA ada kaitan saudara dengan ANWAR tak? Baik kita selidik kaum kerabat Anwar darah dia memang sesuai ngan rakyat Malayasia atau ......... (paham-paham aje lah ye)

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"