Ahad, Ogos 17, 2008

(SIRI 2) ANWAR vs MEDIA


JURUFOTO DIPUKUL, PUTERI UMNO DIRABA
Sumber: Malaysiakini -Aug 16, 08 7:15pm
Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.Mohd Sairen
memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.
Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya."Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.

2 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

tidak banyak yang ingin diperkatakan lagi soal kejahilan penyokong parti2 pembangkang ni..sedih juga melihat perjuangan penyokong2 parti pembangkang ni mcm org buta dan tulik. bukan saja buta mata tapi buta hati..

kalu takat raba kira kes kecik la dalam parti pembangkang terutama PARTI PKR lah Bab...ketua dia pun ada kes liwat jadi bagi mereka semua tu jadi halal lah...bab ketua dia yang kasi halal semuanya.

mau dijadikan cerita DSAI tak mau angkat sumpah sah banar lah salah. tapi mulut dia pandai putar belit kata2...org yang buat salah tapi tak mau mengaku, menipu rakyat. sah memang ada penyakit. penyakit suka meliwat heheh

sumandak bayu berkata...

Macam tu lah ceta dia yang sedih dia lagi nampak gak gambar PUTERI UMNO masa pigi Permatang Pauh siap baju dia koyak sedih betoi tengok.

Macam mana ye PAS boleh terima atau bekerjasama dengan PKR sebab setahu saya orang PAS ni bab-bab macam ni bukan setakat haram tapi ahli dia tak akan bertindak ganas pasai mereka akan lindungi wanita, anak dan orang tua.

Baik pikirkan lah baik dan buruk dia kalo nak jadi ahli PKR. INSAFLAH......

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"