Ahad, Ogos 17, 2008

Harga Bahan Api Bakal Turun

Sumber: New Sabah Times (15 Ogos 2008)
“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, (oleh itu) harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Berapa banyak yang akan dikurangkan bergantung kepada pengurangan dalam harga pasaran, saya tidak dapat kata-kan berapa banyak (akan dikurangkan),”
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badari
Sebelum ini kita dah mengalami satu tindakan kerajaan yang tidak populis iaitu kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter, ekoran lonjakan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia.
Beliau turut menambah kenyataannya seperti berikut:-
“Kerajaan sedang menimbang semua kemungkinan, seperti mana yang dikatakan sebelum ini harga bahan api itu akan dikaji semula secara bulanan dan pengumuman sewajarnya akan dibuat pada 1 September ini. Ia akan berdasarkan kepada purata harga petrol di pasaran dunia untuk seluruh bulan Ogos. Harapan untuk pengurangan harga tetap ada."

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik. Kerajaan juga akan mengekalkan subsidi yang diumumkan sebelum ini,” .
KOMEN : Kita doakan harga bahan bakar kat pasaran dunia turun jadi dapatlah juga kita menikmati penurunan harga minyak. Tapi walau bagaimanapun kita akan tetap meneruskan kempen berjimat cermat, perkongsian kereta dan bercucuk tanam di halaman rumah.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"