Khamis, Ogos 28, 2008

ErTI MerDEka



Suria Pagi amat kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia, banyak blog yang dilayari ternampak bendera Malaysia yang kita Cintai diterbalikkan.

Kenapa hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, negara kita sanggup digadaikan. Bendera umpama nyawa kita. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga walaupun negara kita kini dipenuhi dengan dunia politik 'ganas', namun tak bermakna kita perlu mencemuh bendera kita yang selama ini amat kita banggakan.

Bangga hati kecil ini apabila rakyat Malaysia bangkit mempertahankan maruah negara hanya disebabkan 'Jalur Gemilang' dibakar. Dimanakah tertanamnya semangat itu !!!!!!! AdaKAH hanya inginkan negara yang lebih 'liberal' walaupun tetap mengagungkan sistem demokrasi berperlembagaan kita sanggup menghina bendera yang hampir 51 tahun bersama kita dan sekali gus mencerminkan kehidupan kita di mata dunia.

Sedarlah kemerdekaan yang kita kecapi ini tidak akan bererti jika rakyat negara ini sendiri memperlekehkan 'Jalur Gemilang'. Sememangnya generasi muda tidak merasai keperitan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada tangan penjajah. Namun sedarkah anda kita sekarang telah dijajah dari segi psikologi oleh pihak bertopengkan manusia. FIKIRKAN semula erti kemerdekaan negara kita.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"