Saya tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendedahkan bahawa adanya 'hasad dengki' dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Masa yang sama Anwar didakwa pula kat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.Kecian gak ye kat Anwar macam 'dah jatuh ditimpa tangga lagi' tapi nak buat macam mana Anwar kena berdepan dengan masalah ni.
Tapi beliau tak ada hal punya akan mendapat sokongan penuh dari luar negara, mana ada pemimpin negara kita yang mendapat sokongan daripada negara luar oiyoooo.. hebat sungguh Anwar. Amerika Syarikat bukan calang-calang nak bagi bantuan kepada individu kalo tak ada habuan. Saya terpikir gak apa habuan yang bakal Amerika dapat ye kalo Anwar jadi PM.
Iraq sampai sekarang tak pandai aman, para pemimpin mereka masing-masing dengan kepala sendiri. Bole katakan setiap hari rakyat Iraq dihidangi dengan peluru. Takkan lah kita di Malaysia nak jadi 'Iraq 2'. Alamak kalo macam ni nak lari pi mana....ini aje negara tumpah tanah airku..... kata Stacy AF6 alamak talabih sudah...
Kebetulan bulan Ogos ni sejarah Kemerdekaan negara kita patut kita imbau kembali.. susah betul nak keluar dari cengkaman jajahan asing. Laungan merdeka tak bererti kalo kita tak menghayati erti kemerdekaan. JADI TOLONG LAH JANGAN GADAIKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA hanya untuk individu yang mempunyai kepentingan diri semata-mata. HIDUP RAKYAT MALAYSIA........MERDEKAx3
1 ulasan:
haha..pikiran lu memang sempit..
lu terlebih baca utusan malaysia, tengok tv3 dan rtm sbb tu keluar entry cmni.
ok aku nk cakap kt ko sikit, ko sokong pemimpin yg rasuah,kuat mabok, kaki ugut dan canang sana sini perjuangan membea melayu padahal kau sendiri tau pemimpin yg kau sanjungi tu dah buat anak beranak kaya raya dan biarkn rakyat maheran miskin kedana?
apa yang ko nk sebok melalak perjuangkn bangsa, kalau xde umno melayu akn ditindas dap.?mcm tu?
itu semua poligimik muruhan umno..kesian kau. otak dah diprogram dengan agenda umno.
ni aku nk tanyer skit...ko sbuk dengan parti perjuangkn bangsa melayu ko tu kan..ko cube btau aku ape mksud UMNO? UNITED MALAY NATIONAL OQGANIZATION..bukankah itu bahasa inggeris? sedarkah kau wujudnya umno hanya menjadi anjing suruhan british selepas memberikan kemerdekaan tanah melayu ni?
pada zaman dulu umno ni cume jadi pak turut british je..ni aku nk suggest kt ko agar ko tau apa itu sejarah dan siapa yg betol2 berjuang untuk memerdekan tanah melayu ni dari british..ko cari video 10 tahun sebelum merdeka arahan fahmi reza..ko selami sebenar kemerdekaan dan dari situ kau akn dapat lihat apa sebenarnya peranan umno dan kau akn tau siapa umno sebenar.
Catat Ulasan