"Saya adalah harapan terakhir masyarakat Cina di Sabah". Kata-kata ni cukup membuktikan Yong Teck Lee bukan pemimpin yang telus untuk menjaga kebajikan Parlimen Batu Sapi. Kalau ikutkan kata-kata YTL lebih kepada 'racist'.
Cukup orang Bumiputera Islam diupah membawa bendera SAPP semasa penamaan calon kononnya YTL dapat sokongan penuh daripada Bumiputera Islam. Sedih sungguh nasib Bumiputera Islam yang terdiri dari suku kaum Bajau, Suluk dan Bugis. Nasib mereka dibuat seperti barang mainan dibuai dengan mimpi yang tidak akan menjadi realiti.
Bila melihat keadaan ini, kita tak perlu beremosi sebab hanya buang masa saja untukmelayan lakonan YTL yang jelas memperbodohkan Bumiputera Islam. Sedarlah undi yang bakal diberikan kepada YTL bakal memusnahkan masa depan ANDA sebagai pengundi Batu Sapi. Ketahuilah siapa sebenarnya YTL dan perjuangannya hanyalah untuk kepentingan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan