Yong ni memang mesra rakyat.. senyuman dia sampai ke telinga (perumpamaan).. bila orang pandang pasti 'sejuk mata memandang'.. bila ada musibah pasti dia menghadirkan diri lebih-lebih lagi Bumiputera Islam. Atas keprihatinan Yong dia terpilih menjadi Ketua Menteri tapi kebetulan jugaklah kouta SAPP untuk jadi Ketua Menteri Sabah.
Yong tubuhkan SAPP selepas perang mulut dengan Pairin-PBS untuk dia mencari peluang jadi KETUA, sedangkan pada masa itu Yong pegang jawatan Timbalan Presiden PBS... Yong tahu untuk jadi Ketua Menteri dia kena buat satu parti baru di Sabah. Yong 'terpaksa' jadi pengkhinat kepada PBS dan tertubuhlah SAPP pada tahun 1994 yang ketika itu masih lagi jadi parti di bawah komponen Barisan Nasional.
Bila dia terasa ati dengan Pak Lah yang ketika itu Perdana Menteri, Yong buat undi tidak percaya terhadap PM. Dan tercatatlah sejarah 17 September 2008, Yong bawa SAPP keluar dari BN. Selepas peristiwa itu Pak Lah buat kenyataan yang jelas kepada media massa, "Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)". Antara tuntutan besar yang YONG kemukakan kepada PM ialah jawatan SENATOR..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan