Sabtu, Oktober 29, 2011

BERSYUKUR LAHIR DI MALAYSIA

Seorang lagi kanak-kanak berusia 5 tahun dilanggar lori di Selatan China dan yang paling tragis bila pemandu lori tersebut telah melanggar Xiong Maoke sebanyak 2 kali bagi memastikan kanak-kanak tersebut mati. Tindakan Ao Yong melanggar sehingga mati kanak-kanak tersebut bagi mengelak kos perubatan yang dikatakan lebih tinggi berbanding denda yang hanya perlu dia hadapi selepas kanak-kanak tersebut mati.

Gambar Hiasan : Berbeza di Malaysia setiap kemalangan menjadi tumpuan umum dengan perasaan MUHASABAH DIRI dan SAYU terhadap mangsa kemalangan.

Sungguh kejam dan tragis kerana berita ini telah 2 kali dipaparkan kepada dunia. Sebelum ini Yen Yen, 2 tahun turut dilanggar 2 kenderaan dan sebanyak 18 orang yang lalu di tempat kejadian langsung tidak mempeduli dan membantunya sedangkan darah kanak-kanak tersebut mengalir di permukaan jalan dengan begitu banyak sekali. Kini China mendapat cemuhan serata dunia ekoran paparan visual Yen Yen yang dilanggar tanpa belas kasihan.

Negara China kini adalah sebuah negara yang kian pesat ekoran pelbagai perniagaan yang dapat dilaksanakan baik dalam industry import mahupun eksport. Ekoran pembangunan tersebut sedikit sebanyak telah melunturkan pula nilai-nilai moral yang tidak keterlaluan dikatakan semakin tidak berperikemanusiaan yang hanya lebih menggutamakan kebendaan / meterialistik sehingga masalah sosial tiada nilai seperti apa yang berlaku terhadap Yen Yen dan Xiong Maoke.


Kejam dan tiada prikemanusiaan bila Almarhum Muamar Gaddafi dan anaknya diperlakukan sedemikian rupa sebagai bahan pameran adakah mereka masih ingat JASA almarhum menentang kuasa besar demi mendaulatkan rakyat LIBYA di mata dunia?

Beralih pula kita kepada negara yang dulunya cukup disegani dan dihormati oleh kuasa-kuasa besar dunia iaitu LIBYA. Tidak tahu apa sebenarnya dosa besar almarhum Muamar Gaddafi sehingga kematiannya cukup tragis. Bukan sahaja diperlakukan seperti haiwan (dipukul dan diheret semasa kenderaan konvoi beliau telah ditembak oleh pasukan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). Malah jenazahnya dijadikan bahan pameran di sebuh bilik sejuk beku di Misrata.

Dapat dilihat dengan jelas 3 jenazah yang dijadikan bahan pameran rakyat Libya semakin reput dan tiada seorang pun rasa jenazah perlu dikebumikan dengan segera. Sudahlah jenazah dibiarkan sebegitu rupa malah ada individu yang BANGGA telah membunuh pemimpin LIBYA tersebut dalam satu video yang kini giat dipaparkan dalam Youtube (Sumandak tidak ingin memasukkan Youtube yang menghina almarhum sebab dia perlu pergi dengan aman dan hanya Allah s.w.t sahaja yang sewajarnya menghukum umatnya bukan kita sesame manusia).

Identiti belia yang berusia dalam lingkungan 20-30 tahun telah menyatakan dengan bangga kejadian menyayat hati penyokong kuat pemimpin Libya tersebut.

“KAMI MEMEGANGNYA (GADDAFI) DAN SAYA MEMUKULNYA DI MUKA DAN KETIKA DIA SEDANG DI BAWA PERGI, SAYA MENEMBAKNYA DUA KALI IAITU DI MUKA DAN DI DADANYA”

Inilah yang berlaku di luar negara kita, tapi apa pula yang berlaku di negara kita sebab mana juga boleh untuk kita terus melihat permasalahan dunjia luar sedangkan negara kita sendiri tidak kita jadikan pengajaran dan panduan sewajarnya mengikut adat dan budaya kita.

Sumandak ingin mengimbau kembali kes Nurin, seluruh rakyat Malaysia mencemuh tindakan individu yang memperlakukan kezaliman terhadap kanak-kanak malang tersebut. Sehingga ke hari ini kes arwah Nurin masih diperbualkan – Al FATIHAH. Sekali lagi (3 minggu lepas) rakyat Malaysia dikejutkan dengan cubaan menculik kanak-kanak berusia 8 tahun sekitar Lembah Klang dengan cara yang sama digunakan terhadap arwah Nurin iaitu umpan gula-gula dan kenderaan van putih).

Dan alhamdulillah kanak-kanak tersebut Berjaya melepaskan diri bila pintu van tersebut terbuka dan sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut melarikan diri. Rakyat Malaysia memberi reaksi yang cukup besar terhadap isu ini dan kini pihak POLIS dan RUKUN TETANGGA di setiap perumahan sekitar Lembah Klang dan seluruh kawasan Kuala Lumpur giat memastikan keselamatan kanak-kanak yang bermain di kawasan padang permainan dan perkarangan sekolah selamat dari terus diancam bahaya oleh syaitan bertopengkan manusia tersebut.

1 ulasan:

waritarakyat berkata...

Begitulah senario di negara luar. maka dengan itu, kita perlu sokong pemimpin & kerajaan kita (BN) kerana sehingga kini, kita hidup aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"