P59 BUKIT GANTANG
Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%
1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851
Penyandang: Datuk Tan Lian Hoe (BN)(Majoriti: : 6,702 undi)
Penyandang: Datuk Tan Lian Hoe (BN)(Majoriti: : 6,702 undi)
N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%
1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)
Majoriti: 2,362Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)
Sejarah Politik Malaysia diukir lagi apabila PRK bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini. (Klik berita Penuh)
9 ulasan:
Salam,
Wah... sedap muzik tradisional tu. Masa muda-muda dulu sempat jugak belajar sumazau. Tahun lepas saya dan isteri berpeluang ke kaki kinabalu (kundasang). Sampai sekarang isteri saya selalu merengek nak ke sana lagi.
Salam Demang,
bah kalo ada masa bawa2 la isteri tu datang balik ke sini... Ndak rugi ba skang bole lagi shopping macam di KLCC.... kami dah ada ONE BORNEO (macam2 ada)... NDAK rugi datang ke SABAH lagi...
Susahlah baca blog hang pasai ada music. nasib baik firefox ni tak benarkan music tu dimainkan. Ok, nak sambung dengak siri Doraemon.
ya betul kita da 1 borneo di KK, ti pula Sandakan mo maju lg.
tapi bah kalo yg org2 mereka ja kaya Adilkah? Sepatutnya Sabah menjadi negeri mewah dan kaya antara negeri di Malaysia. Rakyat kita leh diberi elaun khas kerana hasil negeri kita byk bah.
byk ketirisan yg kita kena bagitau sama org bukan mo gaduh, pecah belah atau apa2. Tapi sudah lama kita digunakan org disana.
apa2punlagu tu tetap best.Aramai ti
Sejahtera Ssedingn Salju...
Hidup kita perlukan hiburan tapi biar berpatutan... ngan lagu kadang2 bawa erti yang besar kalo kita pandai menghayati... hahaha BAGITU LAGI
Shiturei,
Ndak ba bagitu jugak.... setiap negeri di Malaysia ni memang akan berlaku sedikit ketirisan bukan di tempat kita saja... sebab yang menjadi pemimpinkan manusia biasa.. ndak lari dari buat kesilapan...
Jadi skang ni kita sedang dalam penambahbaikan.. ndak terlambat lagi ba untuk kita tangani masalah ni...
Betul gak negeri Sabah ni banyak khazanah dan kita memang patut hidup mewah... tapi cuba konon imbau kembali sejarah politik di Sabah...
Selang 10 tahun berubah parti yang memerintah... siap dengan perangai masing2... jadi kepimpinan skang ni ada sedikit sebanyak kesan dari sejarah dulu....
Jadi kesimpulan yang Sumandak boleh bagi kita dah nikmati pembangunan di bawah kerajaan sedia ada sedikit demi sedikit... lama2 jadi bukit tu....
Kalo part kita ni dicakap digunakan oleh orang.... Sumandak ndak berani lah cakap sebab kalo mau cakap pun tanya tu penasihat perhubungan Negeri Sabah (PKR) c Anwar apa yang dia sudah buat di Sabah.....
Heheh ni adalah pandangan yang berfakta dan pernah dialami sendiri oleh Sumandak....
yg kita mo pembangunan bergerak dgn sahsiah diri/masyarakat. Pembangunan material dialu-alukan namun kita mesti tekankan pembangunan insan juga.
sebagai cth jika rasuah dibiarkan bermahajaralela dan melibatkan segelintir pemimpin negara/negeri tidak mustahil org bawahan/generasi akan dtg yg tidak peduli dgn integriti lg. Cuba lihat gimana kejatuhan ROM, Melaka bila ada para bangsawan pecah amanah.
memang benar, kita manusia yg tidak lari dr kesilapan namun ia buli di bendung jika benar2 serius menanganinya bah. mana2 pemimpin yg berperangai mcm tu kita mesti kasi ingat. jgn main2 dgn kuasa rakyat terutamanya yg tidak berparti. Ada tuan tgk Astro AWANA hari 4 mengenai masyarakat sivil yg merasakan dipinggirkan. Malah jika menegur para pemimpin atau kerajaan dikatakan pembangkang atau anarki. Lupa jasa kerajaan, tidak tau bersyukur dsb.
Jadi apabila suara2 ini dikekang atau tidak dipedulikan, maka rakyat akan memilih alternatif lain. Cthnya kisah Hang Nadim.
tuan ahli BPN, tentu tuan dan pihak tuan punya jalan tuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Tp jgn dilupa pemecah kepercayaan itu sendiri duduk di dalam parti. Mo ditetas lain yg kena tebas.
dan cth yg terbaik gandingan rakyat berbilang parti membantah tol PJS 2 dan isnyallah, seluruh tol yg menyusahkan dan membebankan rakyat dihapuskan. (bukan rakyat palui menilai jasa kerajaan bah tapi kalo 1 perjalanan yg dekat saja sampai 3 tol apa cerita bah~ yg ni cth saja)
Sejahtera Shitsurei,
Dalam hidup kita ni memang perlukan kesimbangan.. ape je pembangunan yang kita nak mesti ada keseimbangan..... modal insan pun kita kena gak tekankan...
Kalo tak ada modal insan macam mana kita nak run pembangunan yang canggih manggih ni heheheh ba ndak guna tu kalo pembangunan ada tapi ndak ada orang yang bijak mengurus...
Skang kuasa rakyat memang amat dirasai.. sebenarnya kuasa rakyat ni dah berbalik macam zaman 70-an.. kalo kita pi tanya2 ngan orang lama... perjuangan mereka cukup bermakna.... ndak payah ba ko hulur atau tunjuk dia benda mewah kalo ndak suka tu tatap la ndak dorang pilih...
Tapi skang ni baik ape jenis parti ndak ramai yang jiwa dorang 'orang lama' @ perjuangan yang tulen.... sedih bah bila pikirkan semua ni....
Ada yang jiwa patriotik tapi bila kena provok sikit dah mula mencarut... golongan belia ada yang berminat ngan cara ni.. tapi sampai bila nak mencarut... memaki hamun...sedangkan bro pun cakap kita ni tetap bah satu kerakyatan Malaysia kan liau...
Kita bole berbincang dan terima teguran dengan cara baik... kita kan kaya ngan budaya dan budi bahasa....tinjau ja Chatroll KerajaanPakatan di sana oiyooo bahasa dorang bukan alang-alang... langsung ndak boleh kita berbincang ngan baik....
Untuk makluman liau... BPN ni tak mewakili mana2 parti di sana liau boleh scan ada yang ahli PAS, DAP, PKR, UMNO dan ramai lagi....kami dokong satu matlamat... sila tengok moto BPN...
Tapi ada jugak jadi ahli BPN untuk buat onar jadi kesimpulan yang Man nak cakap macam tu juga dalam parti pasti ada ULAT BUSUK... dan ULAT ni lah kita nak jadikan neutral biar sedar kita punya kerakyataan yang sama... nak ubah parti boleh... nak tegur pemimpin bole... tapi jan lah ba ajar orang kurang ajar... pengaruh rakyat untuk biadap dengan Perlembagaan kita...
Liau rasa ngam ka kita mau CUCI dalam rumah kita.. kena musnahkan semua perabot... oiyooo lebih 52 tahun dah kita merdeka ba liau.....sayang ba tu kalo sekelip mata ja kita musnahkan negara kita....
Kalo ceta pasal tol ni... heheheh sabah lum ada gak tol ko tau gak kalo buat tol bukan alang2 kos dia mau buat lebuh raya disana... jadi rakyat kena pikir gak bila ada tol tu untuk baya semula kemudahan yang disediakan oleh syarikat swasta yang buat.....
Rasanya kalo satu perjalana sampai 3 tol hahaha baik kena pantau baik2 la.... kerajaan akan ambik tindakan tu secepat yang mungkin... jadi kita guna la saluran yang betul... ndak rugi ba kalo kita guna saluran betul... orang ja selalu cakap saluran betul ni menyusahkan .. tapi lum cuba lum tau.....
K liau hapy kongsi ilmu ngan ko...
Sejahtera Sumandak, ma kasih kembali.
dicuci dan dibersihkan bukan bermakna dibuang liau. mcm barang antik jika tidak dibersihkan maka ia tetap diselaputi debu dan habuk.
org pun tidak mo lihat. sebab itu jgn dibuang tapi kasi 'polish' dan diletakkan ditempat betul.
mcm liau ckap ada juga Ulat dlm PR, kdg yg x paham apa itu istilah reformasi, ketelusan dsb. main langgar ja.
jd pendidikan politik amat diperlukan, negara sekarang punya tenaga kerja profesional malah kdg pemikiran mereka lebih advance dr pak pemimpin.
beginilah bah, jika suara2 rakyat di ambil kira secara telus dan diperhalusi apa yg mereka mo nescaya negara kita maju. Ya, biasalah lain org lain mo nya. tapi seperti kata di bawah:
Imam atau khalifah ialah wasilah bukannya matlamat, iaitu wasilah untuk melaksanakan amar makruf dan anhi munkar dalam bentuknya yang luas. Tugas ini merupakan kewajiban setiap peribadi umat dimana tidak akan dapat ditegakkan dengan sempurna melainkan dengan adanya seorang imam yang mentadbir dan menyusun kearah terlaksananya tugas yang besar ini.
Oleh itu umat bertanggung jawab melantik seseorang bagi mengganti mereka mentadbir urusan ini dan diserahkan kepadanya ketaatan serta sokongan untuk dipimpin kearah mencapai matlamat besar yang menjadi kewajiban setiap muslim secara umumnya.
sikap sombong, bongkak, pikir hanya diri ja punya kuasa mesti dibuang. jika mo bekerja utk rakyat, dari rakyat ,dan apa2tah lg tentang rakyat maka ketelusan amat diperlukan. Tidak kira sapa yg perintah kuasa rakyat juga di cari.
sebenarnya kita ketinggalan dari perubahan arus pemikiran budaya politik, rakyat masih leka lagi dan dilalaikan dgn segala mcm dakyah dan hiburan. Pembangunan dan pembangunan hingga rakyat naik muak. Kerakusan dalam pembangunan hingga lupa pada yg azali menyebabkan kita merana.
ketidakadilan adalah kunci kebangkitan rakyat. dan cara yg paling sesuai adalah pengundian. ya kos dikatakan tinggi kerana byk pembaziran. sperti biasa wang2 yg digunakan utk pilihanraya adalah hasil negara, dari para pelobi dalam negara dan luar negara yg mengambil kesempatan.
seperti sa gitau rakyat skrang pandai menilai, memang semua memerlukan kos yg besar utk pembangunan dan kemudahan rakyat amnya tp jgn ada ketirisan.
jika harga 10juta jgn kata 20juta ti org akan bertanya.
bak kata Anwar din parlimen tidak salah amik komisen atas usaha gigih kita tp jgn berlebih-lebihan udah bah.
sebenarnya pemerintah kena melihat perlanggaran perlembagaan dimulakan oleh sapa? byk perlanggaran yg berlaku oleh yg berkuasa tp didiamkan saja.
maka rakyat marhaen yg tidak berpuashati akan memilih ruang utk mereka bersuara.
sebagai cth kenyataan angkuh Shahidan Kasim, Rosli Wahid dsb mengenai tindakan sultan tdk pilih calon mereka hingga ada yg memboikot upacara sumpah.
Rakyat pendam dan menilai, maka bila berlaku hal di Perak maka dikatakan penderhaka. sa tanya ramai org pa cara yg terbaik~ ramai yg kata kenapa x dibuat pilihanraya semula takyah kempen dan gula2 lg, biar kami buat keputusan.
media hendaklah telus juga, jgn berat sebelah, rakyat sudah muak bah. Muak dgn semua ini dan sa rasa jgn sampai rakyat tiada parti ini memberontak. itu yg sa harap tidak berlaku.
dan yg paling penting adakah rakyat benar2 sedia mengharungi cabaran dunia, geopolitik dan sosio ekonomi lg 50 tahun sebelum kapsul kemerdekaan di buka semula.
sa pun gembira berbincang dan berkongsi ilmu dgn Sumandak.
Catat Ulasan