Rabu, Mei 27, 2009

sUAsaNa MoGOk LaPar - PR

SUASANA MOGOK LAPAR ANJURAN PAKARAN RAKYAT NEGERI PERAK


KATA NAK BUAT RAYUAN TAPI NAPE PULA NAK BUAT MOGOK LAPAR NI DAH TERIKUT KOT SEJARAH INDIA NAK CAPAI MERDEKA GANDHI SANGGUP PUASA


PEMIMPIN PAS AKHIR ZAMAN


PISAU.NET: PKR N12: Ekslusif: Bukti Gambar & Rakaman Cubaan Rasuah oleh Pimpinan PKR kepada Calon Bebas Aminah Abdullah


PISAU.NET: PKR N12: Ekslusif: Bukti Gambar & Rakaman Cubaan Rasuah oleh Pimpinan PKR kepada Calon Bebas Aminah Abdullah

KoMen SuMandAk: Bila hayati audio rakaman KAK AMINAH ni bole tahan gak ye dialog yang di susun atur oleh wakil Pakatan Rakyat ops hari ni berita keluar lagi dorang datang bukan mewakili parti la pula... tapi bila ANDA dengar segala perbualan di atas ANDA pasti dapat mengklasfikasikan butiran percakapn 2 pemimpin ni wakil parti atau individu.

Semasa sidang dewan DUN Perak... bila wakil BN bercakap engkau tunjuk hp nak rakam ha skang ni korang jawab la baik-baik ye jan pula itu ceta pun sudah tabalik cakap... nanti keluar lagi statement ini cakap bukan wakil parti punya tapi saya sendiri mao cari PASAL.

Selasa, Mei 26, 2009

BERANI MEMBUAT PILIHAN...: KEWUJUDAN GOLONGAN YANG MENYOKONG KEMASUKAN SEMULA CHIN PENG

BERANI MEMBUAT PILIHAN...: KEWUJUDAN GOLONGAN YANG MENYOKONG KEMASUKAN SEMULA CHIN PENG

UMNO NaK diSaMakan DeNGAn KOMUNIS


Hari ni bila masuk kat blog Panglima ada pula Blogger BANGSAT yang tak tau sejarah sanggup menyanjung KOMUNIS dan nak samakan pula perjuangan UMNO ngan BINTANG TIGA... ape SENGAL pula manusia yang bernama AMIN ISKANDAR... kalo zaman HANG TUAH ada gak kena KERIS TAMING SARI...

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim amat mengetahui sejarah MALAYSIA dan beliau bukan sahaja arif tentang sejarah tetapi undang-undang yang ada di negara ini... beliau mengemukakan isu KOMUNIS kerana dah ada anasir yang cuba memanipulasikan minda RAKYAT MALAYSIA yang kaya dengan BUDI BAHASA sanggup memaafkan individu yang selama ini telah MELUDAH TANAH AIR SENDIRI....MENYEKSA RAKYAT TANAH MELAYU DEMI KEPENTINGAN PARTI...

Ingatlah sebarang ulasan 'pelayar blog' kini perlu ada rasa tanggungjawab pada negara, bangsa dan agama. Jangan hanya disebabkan kita dah maju ke dunia tanpa sempadan KITA sanggup membelakangi sejarah yang telah membentuk kita menjadi sebuah negara yang aman dan damai...

JASAMU TETAP DIKENANG - KOMUNIS

ANTARA ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN SEMASA TRAGEDI DI BUKIT KEPUNG (1950).

Pada 20 Mei 2009, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Parti GERAKAN) mahu kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia (baca sini). Chin Peng kini berada di Bangkok. Rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 30 April 2009. Ini bukan kali pertama Chin Peng merayu untuk pulang ke Malaysia, pada 1 Disember 1990, Chin Peng bersama dengan 8 orang bekas anggota PKM pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia. Pada 14 April 2009, diwujudkan satu blog (lihat sini) untuk menceritakan kembali kisah komunis. Facebook juga diwujudkan untuk komunis. Mengapa ketika Malaysia dilanda dengan kegawatan politik, fahaman komunis tiba-tiba mahu ditonjolkan kembali?
Sape tak terharu bila dah masuk umur semakin lanjut dimamah usia tua... kita perlu dekat dengan keluarga tersayang di mana kita dilahirkan tapi pernah tak kita fikir penyeksaan serta pembunuhan yang pernah ANDA lakukan telah mengorbankan ramai bapa-bapa yang terpaksa tinggalkan anak bini dengan keadaan yang cukup menyedihkan....kubur enta di mana hanya ANDA sahaja yang mengetahuinya....


Takkan indek jenayah yang dilakukan oleh Komunis ni kita nak BANGGAkan... dan lupakan sahaja kekejaman yang mereka dah lakukan.



SIAPA MEREKA SEBENARNYA... PEJUANG BANGSA.. PEJUANG TANAH AIR... ATAU MEREKA HANYA LAH pemimpin KERBAU yang dicucuk hidung untuk menyeksa rakyat Tanah Melayu demi capai kepentingan ideologi Komunis...

Chin Peng jika engkau kembali ke MALAYSIA ape yang bakal engkau katakan pada KAMI... adakah kata-katamu akan sama seperti HINDRAF.... Pejuang PKM dulu semasa keluarkan JEPUN cukup BERANI kerana berjaya bebaskan rakyat Tanah Melayu bersama British dari seksaan JEPUN tetapi malang seribu kali sayang bila engkau turut membunuh rakyat sendiri hanya untuk lepaskan DENDAM.... INGINKAN KUASA dan RIAK bahawa korang adalah PEJUANG SEJATI TANAH MELAYU......


Sumber gambar: Angin Perubahan

KOMUNIS MULA DIAGUNGKAN

Logo Komunis di Rusia, China dan Korea Utara

Selama 14 hari pada tahun 1945, Tanah Melayu pernah diperintah oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keanggotaan PKM lebih ramai dari orang Cina kerana perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada ketika itu.


Perjuangan awal PKM di Tanah Melayu lebih kepada perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu dari jajahan Jepun. Malah PKM turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada British. Hubungan kerjasama ini dapat dibuktikan apabila British membebaskan tahanan politik yang berhaluan kiri dan pembukaan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Walau bagaimanapun, setelah berjaya mengalahkan serta mengusir Jepun dari Tanah Melayu wujud konflik di antara dua pihak apabila polisi sebenar tentera British ialah anti-komunis.


Menyingkap semula sejarah wujudnya ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme, Leninisme dan cetusan fikiran Mao Tse Tung. Semua pengikut fahaman ini perlu bersumpah setia kepada ideologi komunisme buat selama-lamanya dan kepercayaan tunggal adalah kepada ideologi komunis. Dengan perkataan mudah kita fahaman apa-apa pun kehidupan pengikut fahaman ini akan menjurus kepada ideologi komunis.


3 konsep yang dipegang oleh pengikut ideologi komunis iaitu (1) penyembahan Tuhan, (2)memfitnah semua Tuhan; dan (3) memfokuskan diri sebagai Tuhan. Kesimpulannya idelogi ini tidak percaya dan mengakui bahawa wujudnya Tuhan. Tapi bila mana kita teliti sikap pengikut komunis mereka tetap akan mengatakan bahawa mereka ada Tuhan tapi siapakah pula Tuhan yang mereka maksudkan? Kebanyakan pemimpin-pemimpin besar komunis pernah dituhankan oleh pengikutnya seperti Stalin di Uni Soviet (Rusia), Mao Ze Dong (Mao Tse Tung) di RRC, Kim II Sung di Korea Utara.


Penubuhan PKM di Tanah Melayu secara rasmi adalah pada tahun 1930. Penubuhan parti ini banyak melibatkan sejarah China dan ekoran daripada permusuhan antara China-Jepun. Mou Tse Tung adalah tokoh yang membawa hubungan kerjasama antara parti Komunis China dengan Parti Komunis Malaya. Walau bagaimanapun, gerakan PKM di Tanah Melayu dan Singapura amat dipengaruhi oleh Komunis Antarabangsa yang diselenggarakan oleh komunis Rusia. Inilah susur galur penubuhan PKM yang pastinya ideologi komunis yang tersusun untuk menakluki dunia.


Kembali semula ke Tanah Melayu, 14 hari Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) @ Bintang Tiga merupakan pertubuhan PKM telah memerintah Tanah Melayu; ramai orang Melayu dibunuh. Ini disebabkan pada waktu pemerintahan Jepun, majoriti yang menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai Jookidamadalah orang Melayu . Dendam ahli Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan daripada pembunuhan orang Cina di Nanjing. Untuk melepaskan amarah yang terbuku dihati setiap pengikut Bintang Tiga maka dilempiaskan kepada bekas anggota Jookidam di Tanah Melayu.


Modus operandi Bintang Tiga kepada anggota Jookidam ialah dengan mengumpulkan mereka ditepi hutan dan diarah mengali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang telah siap digali. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. Ape pun seksaan yang dilakukan oleh Bintang Tiga kepada Jookidam lebih kepada dendam ke atas Jepun. Namun seksaan amat dirasai oleh penduduk asal Tanah Melayu.


Kemuncak keganasan Bintang Tiga berlaku dengan pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput pada tahun 1948. Ekoran tragedi tersebut, kerajaan istihar DARURAT di seluruh Tanah Melayu dan selang sebulan kemudian PKM telah diharamkan. Pengharaman ini dibuat oleh British kerana menganggap PKM adalah parti politik yang radikal. Maka tercetuslah ketidakpuasan hati ahli PKM dan rasa British telah melupakan jasa mereka semasa menentang dan mengusir Jepun dari Tanah Melayu.


Keganasan yang dilakukan oleh Bintang Tiga tidak berakhir begitu sahaja walaupun wujud sekatan daripada British. Buktinya satu lagi keganasan yang cukup menyentuh hati rakyat Tanah Melayu iaitu serangan Komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950. Serangan ini telah mengorbankan 17 orang anggota polis yang berusaha mempertahankan balai polis Bukit Kepong. 200 orang anggota komunis telah mengepong balai polis tersebut. Serangan ini diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang pada awalnya hanya mendapat arahan bahawa serangan ini hanya sebagai amaran, namun ia bertukar menjadi tragedi buruk bila arahan dimanipulasikan oleh komunis Cina.


Kematian 17 anggota polis Bukit Kepong turut diikuti dengan kematian ahli keluarga mereka iaitu 3 orang isteri kepada konstabel dan seorang anak lelaki konstabel. Selama 5 jam pertempuran berlaku di Bukit Kepong. Pada detik akhir pertempuran, komunis telah membakar berek penginapan dan balai polis. Anggota polis yang terkorban dan yang cedera telah pula dicampak ke dalam api dan seorang anak lelaki Konstebal Abu Bakar dicampak hidu-hidup ke dalam api sebelum mereka mengundurkan diri ke dalam hutan.


Maka sejarah Tanah Melayu satu persatu diukir daripada wujud Undang-undang DARURAT, penubuhan pasukan Kawalan Tempatan (Home Guard), pengenalan kawasan HITAM dan PUTIH, ISA, Kad Pengenalan wajib dibuat bagi yang berumur 12 tahun, Rancangan Briggs dan lahirlah konsep Kampung Baru. Semua ini dikaitkan dengan gerakan PKM.


Walaupun sejarah telah membuktikan bahawa ahli-ahli PKM pada peringkat awalnya adalah anggota 'berjasa' bersama-sama British mengusir Jepun dari Tanah Melayu namun kerakusan, dendam, ideologi komunis yang radikal punca mengapa ahli PKM Tanah Melayu dilabelkan sebagai penganas. Dan kini terdapat bloggers yang mula menghalalkan serta mengagungkan tindakan KOMUNIS dan menyalahkan buku SEJARAH MALAYSIA bahawa sejarah yang diukir serta diajar di sekolah rendah dan menengah adalah sejarah yang direka oleh Pemimpin BARISAN NASIONAL untuk melihat bahawa BN adalah hero.


BODOH dan BANGSAT bagi seseorang individu serta kumpulan yang berfikiran seperti ini kerana realiti pembunuhan yang dibuat oleh PKM ke atas rakyat Tanah Melayu memang tidak dapat dimaafkan. Dalam teori peperangan pun telah nyata dan jelas rakyat yang berusia, wanita serta kanak-kanak perlu dikecualikan daripada peperangan. Demikian juga jika dendam pada seseorang takkan kita hendak melempiaskan kepada individu yang tak bersalah. Marilah kita menyeru kepada semua rakyat MALAYSIA pastikan ideologi KOMUNIS tetap terkubur selama-lamanya di negara yang kita cintai

Sabtu, Mei 23, 2009

WaJaR KaJi SeMula HaRGa BaRang di SaBah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang membuat kajian serta mencari jalan penyelesaian berhubung perbezaan harga barangan antara Semenanjung dan Sabah, melalui perbincangan dengan kementerian lain yang berkaitan. (klik berita penuh)

KoMen suMandAk;

Sudah masanya harga barang di Sabah kena kaji semula... kalo dulu orang kata barang kawalan je yang mempunyai harga yang dikawal agar tak membebankan rakyat khsusnya di kawasan pedalaman Sabah. Ada banyak barang lagi yang perlu dikawal bukan sahaja kepada 5 item yang dah memang keperluan asas rakyat Malaysia.... diharap usaha ini dapat direalisasikan segera kerana dah lama rakyat Sabah mengalami berbezaan harga barang yang cukup ketara jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Khamis, Mei 14, 2009

RomBakaN KeCik DAlam KabiNet SABAH




Sumber: http://sskeruak.blogspot.com

BERIKUTAN pelbagai komen, reaksi dan perdebatan mengenai jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang disandang pemimpin tidak berparti selama kira-kira sembilan bulan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akhirnya melakukan penyusunan semula dalam Kabinet negeri pada Rabu kelmarin.



Rombakan kecil Kabinet itu menyaksikan penyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota masyarakat Cina, Datuk Raymond Tan, yang mengambil keputusan tidak mengikuti parti asalnya, Parti Maju Sabah (SAPP) yang bertindak meninggalkan Barisan Nasional (BN), digantikan oleh pemimpin dari Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Peter Pang En Yin.


Raymond Tan bagaimanapun dikekalkan dalam Kabinet, tetapi bertukar portfolio daripada Menteri Pembangunan Infrastruktur kepada Menteri Pembangunan Perindustrian,


Peter Pang selaku Naib Presiden LDP mengekalkan portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Keputusan yang dibuat oleh Datuk Musa melantik Peter Pang, dilihat sebagai bertepatan kerana sejarah politik dalam BN menunjukkan jawatan itu diberikan kepada pemimpin Cina daripada "Sabah-based party" biarpun Sabah juga mempunyai parti politik berasaskan kaum Cina dari Semenanjung.


Raymond Tan sebelum ini menyandang jawatan TKM itu mewakili SAPP, justeru apabila parti itu bertindak keluar daripada BN dan Raymond Tan tidak mengikutnya, maka sewajarnya ia diserahkan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan dan pelantikan baru.


Sepanjang Raymond Tan menyandang jawatan TKM walaupun tidak lagi mewakili mana-mana parti komponen BN telah mengundang kritikan pelbagai pihak. Dan apabila beliau mengambil keputusan menyertai parti Gerakan, sebuah parti komponen BN berpusat di Semenanjung, terdapat juga suara-suara yang mendesak beliau melepaskan jawatan itu atas alasan ia disandang menggunakan tiket SAPP dahulu.


Justeru, tindakan yang diambil Ketua Menteri merombak Kabinet negeri, dengan memberikan jawatan TKM kepada pemimpin Cina daripada parti tempatan Sabah sambil mengekalkan Raymond Tan dalam Kabinet dilihat sebagai penyelesaian yang boleh meredakan pertikaian politik.


Biarpun Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah lagi parti komponen BN, juga mempunyai pemimpin Cina, namun jawatan itu tidak diberikan kepada mereka kerana presiden parti berkenaan sudah pun menjadi TKM mewakili kuota Bumiputera bukan Islam.


Seperti yang dijelaskan oleh Datuk Musa, pelantikan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada pemimpin-pemimpin parti komponen BN serta persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Dengan barisan Kabinet yang baru ini, agenda kita tetap mengutamakan rakyat dan akan terus menumpukan usaha dengan lebih banyak bekerja dan kurang bercakap," katanya, sambil berharap pelantikan itu tidak lagi dipertikaikan.


Secara peribadi, saya melihat pelantikan Peter Pang ke jawatan itu diyakini diterima oleh rakyat, terutama masyarakat Cina berikutan penampilan yang "simple" dan personalitinya yang "relax" disertai pula dengan kemesraan dan wajah yang sentiasa tersenyum.


Kelihatannya beliau seorang yang lebih banyak bekerja daripada bercakap, iaitu sikap dan ciri-ciri kepemimpinan yang dituntut pada hari ini. Beliau adalah "aset" yang diyakini mampu membawa kekuatan kepada pimpinan kerajaan negeri yang telah menggariskan halatuju pembangunan, serta berkeupayaan menjayakan slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

KiSah SeBeNar - siDang PERAK yang Kecoh


NIZAR NAK BUKTIKAN BAHAWA KEDUDUKAN SULTAN SAMA MACAM PEMIMPIN BIASA DI NEGARA INI..................BETUL2 KURANG AJAR.....


RASANYA MASA SEKOLAH DULU TAK CUKUP KOT NAIK MEJA BILA DIDENDA OLEH CIKGU TU YANG KURANG AJAR

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.

Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

SILA BACA ARTIKEL MENARIK DARIPADA LAWYER KITA DISINI

http://warisan2057.blogspot.com/2009/05/penerangan-polemik-politik-perak.html

nIzAr bUkAN dIpErKEnAN oLEh SULTAN PERAK



Oleh Medan Info Kita

Inilah apa yang diperkatakan oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah kepada dua ekor kerbau balau yang menjadi dalang kepada semua hura hara didalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam……

"Beta tak mahu terlibat didalam semua ini. Beta cuma mahu sampaikan ucapan perasmian Beta, jadi tolong hormati Titah Ucapan Beta…, kamu faham..??


"Sekiranya kamu mahu kerjasama dengan Beta, kamu hendaklah hormati Titah ucapan Beta, FAHAM..??"

"Sekarang pergi sampaikan!" [maksudnya Nizar dan Ngeh kena maklumkan kepada beberapa ekor lagi kerbau balau yang sedang berkumpul berdiri depan pentas diraja untuk mengambil tempat masing masing…]

Demikianlah kata kata Raja Muda Perak yang disampaikan ketelinga dua ekor kerbau balau yang bernama Nizar dan Ngeh……

Petikan akhbar The New Straits Times bertarikh 8 Mei mukasurat 5, boleh dibaca laporan tersebut.

… While Raja Nazrin took care to speak to them away from the microphone, his advice, which sounded more like an admonishment, was audible over the public address system.

The Raja Muda told the duo: " I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech, Understand?

" So, go and tell that [to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats] ".


Jelaslah tingkah laku sumbang wakil rakyat wakil rakyat pembangkang di DUN Perak membuatkan Raja Muda terpaksa menegur ketua mereka.

Lazimnya, jika mahu ditafsirkan sebagai perbalahan dan kedua dua pihak hendak disalahkan, sudah tentulah Raja Nazrin akan memanggil Dr Zambry bersama dengan Nizar untuk mendengar kata kata yang disebutkan tadi…., tetapi dalam insiden ini hanya Nizar dan Ngeh yang ditegur, untuk ditambah sambal kepada ulam cerita ini, cuba perhatikan betul betul bait bait kata Raja Nazrin itu, sebanyak DUA kali beliau agak tegas bertanyakan kepada Nizar "You UNDERSTAND?".

disini rakyat perlulah menilai jenis apakah makhluk bernama Nizar Jamaluddin ini….?

sumber - medan info kita

kOmEN sUmANdAK - Nilah yang berlaku sebenar-benarnya kat Nizar dan ANJING DAP tu.....padan ngan muka la ambik korang 10 biji DURIAN.... melekat kat muka pun ok gak tu... Perjuangan PAS tak pernah membelakangi ALLAH s.w.t. Tawakal la kalo jawatan MB tu hang punya kami sebagai umat Islam cukup bersyukur tapi kalo tak terimalah dengan hati yang terbuka.....




Rabu, Mei 13, 2009

KaKiTaNgaN AwAm TerIkat DeNGan AkTa RahSia 1972

Pagi ni Sumandak terbaca satu blog yang cukup membuatkan hati boleh gak lah terbakar sebab bila kita cubit kaki kiri rasa sakit juga kaki kanan.... ADUH...... entah budak mana pula yang buat luahan hati tak guna saluran yang betul. kalo nak buktikan diri tu teraniaya TAMPIL sebab kita akan TEGAKkan KEADILAN bukan main sondol je macam NIZAR atau man belakang ANwar...

Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah........ (artikel penuh klik kat sini)

Memandangkan dah ada budak yang cukup BERANI paparkan suara hati... Sumandak bagi pula suara hati kakitangan awam yang tak kiralah dia ni kontrak, sementara ataupun tetap.

77. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan. Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenaya, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subvertif.

78. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah menarik perhatian semua penjawat awam kepada peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga perhatian penjawat-penjawat awam yang kemudiannya ditempatkan di Jabatan-jabatan mereka. Ini adalah peraturan asas mencegah yang nyata memberi faedah kepada kepentingan diri seseorang di mana ianya betul-betul sedar tanggungjawabnya terhadap keselamatan di sisi undang-undang; di samping itu peraturan yang sama juga adalah untuk kepentingan awam menentukan bahawa hanya penjawat-penjawat awam yang cukup sedar atas tanggungjawab mereka sahaja diambil berkhidmat dengan Kerajaan.

79. Sebagai satu lagi peraturan mencegah, tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan sementara atau tetap yang memerlukannya mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki menandatangani satu borang akuan seperti di lampiran 'D' sebelum mereka dibenarkan mengetahuinya. Borang yang sama dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagai peringatan. Akuan-akuan yang telah ditandatangani dan disaksikan hendaklah disimpan oleh Ketua-Ketua Jabatan yang bertanggungajwab untuk menentukan semua penjawat awam berbuat demikian. Pada masa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan, penjawat tersebut juga dikehendaki menandatangani satu akuan yang akhir seperti di lampiran 'E'.
(sumber: Arahan Keselamatan, m.s 21)

Inilah yang perlu diingat semula kat individu yang dah meluahkan isi hati bekerja sebagai kakitangan kerajaan di salah sebuah Jabatan kerajaan. Meh kita Renungi bersama.......

Selasa, Mei 12, 2009

MB PERAK - NIZAR

bEndArA bArU MaLaYSia - JIKA?





Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan salah satu bendera tersebut: Tapi ingat nak UBAH bendera bukan mudah... tu sebab bila kat Indonesia buat bantahan, demontrasi, peket dorang siap bakar BENDERA negara tertentu... TANDA PROTES..... Jadi kita Renungi BERSAMA... Sesungguhnya HATI kita yang menentukan BENDERA mana kita nak pilih...... INGATLAH ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN......

Aspirasi Bangsa "Satu Malaysia": Kenapa semua pemimpin PAS membisu?

Aspirasi Bangsa "Satu Malaysia": Kenapa semua pemimpin PAS membisu?

KePUtUsAn MaHKamAH TinGGi PerLU diPerAkuI SeMua PiHak


Sekali lagi Perak menjadi tumpuan rakyat Malaysia..... keputusan Mahkamah Tinggi memberi keputusan yang cukup bermakna kepada Nizar dengan pengesahan beliau sebagai Menteri Besar Perak....

Namun ahli PAKATAN Rakyat kena faham sistem Kehakiman negara kita... selepas keputusan Mahkamah Tinggi ..... ada 2 minggu tempoh rayuan macam juga kes P.182 Pensiangan....

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dah terang lagikan bersuluh memutuskan kerusi P.182 Pensiangan dikosongkan. Namun kita ada tempoh rayuan hingga memakan masa lebih dari 2 bulan (kerana kes ditangguh).... top..top keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan pula Kerusi P.182 Pensiangan masih dikekalkan kepada Tan Sri Joseph Kurup (BN).

Keputusan Mahkamah Tinggi perlu diperakui dan kita kena terima keputusan tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh Nizar negara kita ada Undang-Undang Berperlembagaan dan Demokrasi sejurus beliau keluar dari bilik perbicaraan. Tetapi beliau seolah-olah terlebih tahu tentang undang-undang kerana dengan serta merta buat 3 kenyataan yang bertentangan dengan kedudukan sebenar....

  1. Nizar hanya dapat keputusan bahawa beliau adalah MB Perak yang sah....
  2. Nizar tidak boleh meminta Zambry dan Exco yang lain mengosongkan kerusi kerana tempoh rayuan sedang berjalan daripada tarikh keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan.....
  3. Nizar kena banyak bersabar tunggu keputusan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tak perlu tergesa-gesa memohon titah Sultan untuk bubar sidang DUN.
  4. Jika Nizar seorang pemimpin bijaksana dan islamik tahap kesabaran NIZAR cukup tinggi sebab dah la slogan UNDI PAS masuk SYURGA sering diguna sepanjang tempoh kempen baik semasa PRU mahupun PRK. Jadi buktikan la jan cemarkan ISLAMIK PAS.....

KuAsA RakYaT DaH KeMBaLi







SAPE KITA NAK LAWAN TAKDIR............ NI SEMUA ADA HIKMAHNYA BARU JE TERIMA PENGUMUMAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI DAH BUAT 3 KENYATAAN YANG CUKUP BUKTIKAN KEANGGKUHAN NIZAR. HAKIM DAH CAKAP JANGAN BUAT APE-APE DALAM TEMPOH RAYUAN.......

NAPE NIZAR NAK JUGAK JUMPA SULTAN? DIA DAH TAU KALO BUAT UNDI TAK PERCAYA PASTI DIA TAK MENANG JADI JALAN TERBAIK DAPATKAN TITAH SULTAN UNTUK BUBARKAN SIDANG DUN PERAK......

96 HARI ADALAH TEMPOH YANG PANJANG UNTUK MENYEMERAKKAN LAGI DENDAM KESUMAT HATI NIZAR PADA BN@UMNO......
KASIH DAN SAYANG PADA RUMAH MB DAN CAMRY LAGI MENYENTUH SANUBARI NIZAR.........

TITAH SULTAN TETAL AKAN NIZAR SONDOL WALAUPUN MARUAH ORANG MELAYU AKAN TERCEMAR



Ahad, Mei 10, 2009

SeLaMat HaRI Ibu UnTuk SeMua KaUm Ibu Di duNiA

SeLamat HaRi Ibu....

10 Mei... setiap tahun kita akan mengingatkan tarikh keramat ini sebagai hari KITA menghargai JASA seorang IBU....Adakah JASA ibu hanya boleh kita sambut pada tarikh tersebut... tepuk dada tanyalah hati....

Sembilan bulan dalan kandungan.... jasa ibu no.1
Jaga makan dan minum kita .... jasa ibu no.2
Jaga kesihatan kita .... jasa ibu no.3
Jaga keselamatan kita .... jasa ibu no.4
segala-galanya tetap membawa erti kepada jasa ibu....

Terlalu besar JASA ibu untuk KITA gambarkan mahupun jelaskan.... terlalu besar pengorbanan yang dia beri kepada KITA... ape pula kesnya bila ada ibu yang sanggup lakukan di luar dari kemampuan mereka......

Gugur kandungan...... nak salah ibu mengandung ke?
Tinggalkan anak ....... untuk mencari kehidupan yang lebih baik
Jual anak ....... sebab dah tak mampu menampung kehidupan sendiri

Walau terdetik dihati seorang ibu untuk melakukan sesuatu yang jahat pasti mereka akan melindungi ANAKnya sama ada menyesali akan perbuatan yang pernah dia lakukan sebelum ini.... sebab naluri seorang ibu tidak akan hilang dek zaman tetap utuh dalam mengalirkan kasih sayang kepada anak yang mereka kasihi.....

Ape pun yang terjadi sayangilah IBU ANDA selagi nyawa dikandung badan sebab kasih dan sayang mereka tidak pernah luntur walaupun ada anak yang telah bertindak di luar batas pemikiran seorang manusia........... RENUNGI bersama....





SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"