Khamis, Jun 16, 2011

FORMULA PR PLUS SAPP...... CABARAN SAPP!




Satu percaturan politik yang cukup hebat bagi pemimpin terunggul SAPP, Datuk Yong Teck Lee. Demi memastikan BN Sabah kalah pada PRU-13, maka SAPP menolak segala-galanya... baik kecemerlangan yang pernah mengukir sejarah politik Sabah mahupun kemampuan SAPP yang jelas lebih baik terbaik banding parti pembangkang yang ada di Sabah.



Cuma Yong pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi saja-saja mahu uji dan test tahap sokongan penduduk Batu Sapi, Sandakan adakah masih beri sokongan kepada mereka atau sebaliknya. Bila terbukti pilihan rakyat Batu Sapi masih dengan BN maka mudah bagi SAPP untuk meneruskan perjalanan politik dengan tidak akan sesekali meletakkan calonnya di kerusi ini. Tapi kalau PKR pun ditolak apatah lagi PAS mahu tidak mahu PR Plus SAPP akan memohon calon SAPP duduk semula di kerusi Parlimen Batu Sapi kelak.



Yong Teck Lee pernah pegang profail tertinggi Kerajaan Sabah, semasa beliau menjadi Ketua Menteri memang gah... dan segagah yang boleh menyinari Sabah. Malang seribu kali malang sebab undi tidak percaya pada Pak Lah, PM Malaysia duluuuuuuu maka Yong angkat tangan dan keluar dari BN. Tapi sekarang Najib yang perintah (PM Malaysia ke-6) jadi rasanya Yong mustahil undi tak percaya dengan Najid... mereka ni kawan baik sangat-sangat.



Apa pun doa rakyat Sabah sentiasa ada kepada Yong sebab beliau ni berjiwa rakyat sentiasa mendampingi rakyat di mana jua beliau berada tidak kira kaum dan agama pasti beliau akan menghadirkan diri baik dalam keadaan musibah mahupun sebaliknya. Mudah-mudahan SAPP cemerlang dan tidak diperbodohkan oleh DAP sebab parti ini da tunjuk sejarah politik yang lebih cemerlang bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sarawak... Harap-harap Yong akan sentiasa menjaga kebajikan rakyat Sabah dan tidak dijadikan BONEKA hanya kerana inginkan kembali kerusi Ketua Menteri.

Selasa, Jun 14, 2011

Mutalib guna Dr.Yee & Jamil untuk Serang Rais

Satu artikel yang cukup menampakkan bahawa ada sikit dendam yang cuba dilepaskan oleh editor ‘terkenal’ dengan isu sensasi Sabah.... M.D Mutalib bukan asing lagi bagi penulis yang selalu menggunakan ayat-ayat ‘power’....ayat-ayat yang boleh cetuskan sensitiviti kaum...... ayat-ayat yang cuba mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Tapi Mutalib cukup bijak kali ini bukan dia menulis artikel kontroversi tapi membawa seorang penulis sesawang Shaimon S Jumadi dengan artikel bertajuk Rakyat Sabah Sokong Yee ‘LUDAH’Rais....yang telah dikeluarkan dalam laman sesawang Sabahkini.net pada 14 Jun 2011.

Peh ayat ni memang jijik dengan melihat kata kerja ‘LUDAH’.... betoikah orang Sabah mao buat kerja ni sedangkan jelas orang Sabah ni berbudi bahasa tinggi, ramah dan tidak diajar berkurang ajar. Huguon Siou pun selalu beri pesan kepada anak-anak buah hormati orang tua, sayangi anak-anak dan lindungi orang yang tidak berupaya dan paling penting hormati tetamu jika kita tak suka tegur dengan baik bukan sampai melakukan perbuatan yang hina.


Berbalik kepada artikel Shaimon... Tahniah Shaimon rupanya artikel ini dihasilkan dengan hanya merujuk kepada satu pihak yang kebetulan pula pihak pembangkang (Naik Ketua Cabang Batu Sapi) kenapa tidak tanya kepada penduduk Kampung Air, Batu Sapi Sandakan?


Sekarang ini Sumandak ingin bertanya kepada Shaimon adakah dia peka akan isu tertentu:-



  1. Kalau buat penyelidikan mestilah memberi berapa bilangan responden yang ditemui janganlah main rambang dengan menggunakan perkataan ‘separuh’? Mutalib tak ajar ke teknik kewartawanan yang terbaik terhebat yang pernah dilakukan semasa bertugas di Berita Sabah?


  2. Majoriti yang ‘sokong’ untuk Yee ludah Rais... majoriti kaum mana sebab Sabah ni ada 37 kaum.... jangan sampai ada yang bersuara tiada pun yang sokong Yee buat macam tu.. Dr. Yee seorang YB yang ada pendidikan dan mustahil dia bertindak sedemikian rupa.. ni semua hanya teguran tetapi teguran Dr.Yee dibuat secara terbuka sedangkan ada bah tu saluran yang betul di antara dua pihak. Ini pun kena jadi isu hangat ka?


  3. Rais dikatakan tidak tunai janji oleh aktivis politik... pasti aktivis ni pro pembangkang juga (berat betul artikel ni bukan berat fakta tapi berat sebelah) Kalau lah Rais ni ndak pandai tunai janji ndak ada bah tu ada sumbangan pada program yang dianjurkan oleh sebuah jabatan di Kampung Air.


  4. Rais dikatakan layak jadi ‘Badut Sarkas’ alahai otak entah letak di mana juga dengan ayat-ayat ni......siap kata Rais ditolak di Semenanjung hishhhhhh sadishhhh betoi penghinaan ini kalo betoilah Rais ni adalah pemimpin yang tidak ada karisma macam mana mahu kita jawab bahawa Rais ini telah berkhidmat dengan 5 Perdana Menteri dengan cemerlangnya dan menjadi wakil rakyat Jelebu.


  5. Beri laptop pula dikatakan ‘kencing kepala mereka’ maaf lah kepada simpulan yang mengatakan sedemikian rupa hina sangatkah jika pemimpin membantu meringgan beban rakyat dengan pemberian sebuah laptop agar kita yang tinggal di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dengan arus pembangunan Teknologi Maklumat.


  6. Dari segi penggunaan ini kita kenalah berbalik kepada sikap pengguna.... kalo kita bijak insya allah laptop akan dijadikan medium untuk menambah ilmu tapi kalo kita ‘kurang bijak’ maka laptop akan jadi perhiasan dan mungkin juga digunakan sebagai alat untuk lepaskan stress belajar (main game).

Kepada M.D Mutalib sudah-sudahlah membuat dhajal tumpukan kepada kes yang ANDA sedang hadapi... bersihkan nama.... ANDA adalah penulis berani...berani cetus kontroversi tapi saying sejuta kali saying keberanian ANDA hanya dapat digunakan dalam masa yang cukup singkat.... Pepatah Melayu ada menggunakan gajah mati tinggalkan tulang...manusia mati tinggalkan nama.... Jadi kalo ANDA sungguh bijaksana fikirkan setiap perlakuan kita..... Hidup hanya sementara dan kehidupan kita juga macam roda.... Kita wajar untuk renungi bersama.


Ini yang Sumandak hendak buktikan wujud dendam yang cuba sekali lagi mengaibkan RAIS oleh MUTALIB.




Penulis Blog Didakwa Fitnah Rais Diberi 14 Hari Kemuka Pembelaan
02/06/2011




KUALA LUMPUR 2 JUN : Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana didakwa memfitnah beliau diberi tempoh 14 hari oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membela diri.


Pesuruhjaya Kehakiman Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tempoh itu yang berkuatkuasa 30 Mei bagi Ahmad Mutalib Mohamed Daud mengemukakan keterangan pembelaan, demikian menurut peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais.




Hakim Amelia, yang sebelum itu menemui Norhani dan Michelle Yesudas, peguam yang mewakili Ahmad Mutalib, turut menetapkan 30 Jun ini bagi pengurusan kes.


Pada 10 Feb lepas, Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Jan lepas dalam laman blognya dihttp://sabahkini.net.




Alamat berdaftar Ahmad Mutalib ialah di Kota Kinabalu.


Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel-artikel yang disiarkan itu berniat jahat dan memfitnah beliau sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional di dalam dan luar negara serta memalukan dan memberi tekanan kepada beliau.




Sumber:http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5967&menu=&mid=




















SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"