Kerja... kerja... dan kerja lagi sampai blog ni tak dapat nak dihiasi semula..
Sejak 10 April hingga 4 Mei 2011 banyak cerita sensasi yang Sumandak perolehi tapi tak la lalu nak muat turunkan bahan-bahan yang *&@$& nanti tak pasal-pasal kena tuduh blog SX...
Apa pun cerita Sumandak nak ucap TAHNIAH kepada KERAJAAN BN di SARAWAK sebab dapat 2/3 kerusi dan kekal bergaya untuk terus meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Banyak juga tuduhan yang bukan-bukan kat Taib sampai ada yang sanggup kata simpan bomoh oversea!!!! Kalah menang ni adat dalam pertandingan tapi apa pun tuduhan kepada TAIB sapa yang bole buktikan kata tidak bahawa PBB masih menjadi pilihan rakyat Sarawak.
Pengundi Cina di sekitar bandar memang sah akan pilih DAP.. bagi mereka apa pun kesusahan keperitan untuk membangunkan infrastruktur atau prasarana di kawasan bandar pasti BN akan majukan juga jadi pilih siapa pun sik da hal.... Sumandak akan tunggu untuk 6 bulan terdekat ni adakah pembangunan Sarawak yang dijanjikan oleh DAP dapat dilaksanakan seperti jambatan di Batu Kawah.. bukan main lagi calon DAP cakap BN letak 2 tiang biasa untuk dapat undi...