Isnin, November 01, 2010

AUTONOMI SABAH MAU DIAMBIL SEMULA OLEH YONG TECK LEE



Kembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah "SABAH FOR SABAHAN". Yong sedang perjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Sabah melalui kempennya.

Tapi semua ni ditolak oleh PKR sebab mereka ragui ketelusan Yong yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah. Kenapa baru sekarang mahu perjuangkan nasib rakyat sedangkan semasa pegang jawatan Ketua Menteri tidak pun beliau bersoalkan!!!

Tamrin Perlu ditolak- HIDUP ANSARI!!!


Wajah wanita ni cukup terkenal di kalangan ahli PKR Cabag Papar. Beliau cukup berpengaruh hingga mampu mencabar Tambrin jika menjadi Ketua PKR Sabah. Evelyn Gobile adalah srikandi PKR Sabah yang selama ini perjuangkan nasib KDM (Kadazan Dusun Murut).
"BUANG TAMNRIN HAJI JAINI DALAM MASA DUA MINGGU, JIKA TIDAK KAMI AKAN KELUAR PKR"
Kenapa Evelyn menyokong kenyataan akhbar Sylvester Balun, Ketua PKR Cabang Papar. Pastinya Evelyn cukup mengenali siapa Tamrin dan mungkinkah ini antara sebab Tamrin tidak dicalonkan sebagai calon Parlimen Batu Sapi..
Banyak juga cerita dalam PKR yang jelas Evelyn tidak akan berani membuat sebarang kenyataan kepada umum bila rasa perjuangan dalam PKR mula goyah dan tidak yakin dengan kepimpinan yang dilantik.

Mana Jeffery Kitingan dan Christina Liew menghilang

Hanya tinggal kenangan perjuangan yang tak kesampaian dalam PKR Sabah.


Tinggal 3 hari lagi mahu mengundi di P.185 Batu Sapi, bayang-bayang Christina lIEW berkempen untuk Ansari ndak bah jugak kelihatan. Mungkinkah Christina sibuk dengan syarikat guamannya atau ada sesuatu yang berlaku di Kota Kinabalu sehingga ndak dapat tolong Ansari.

Jeffery Kitingan pulak sebelum penamaan calon sudah bah batarus tarang ndak dia berkempen di Batu Sapi.. dia mao tolong Nurul Izzah tanding di sanaaaaaaaa KL. Aik susah jugak ni macam ... apa bah sudah jadi sama PKR Sabah ni..


Dengar dari orang kanan Jeffery, bila Tambrin dilantik Christina dan Jeffery hilang kepercayaan dengan PKR Sabah apa lagi Pusat sebab mereka yang bekerja keras utk PKR di Sabah tapi orang lain pula yang dapat kuasa dan pangkat..


Kecian sungguhba perjuangan Jeffery patutpun membawa dirinya ke KL

Ahad, Oktober 31, 2010

Untuk Hidup Sanggup Jadi Anak Ayam Anwar

Pengikut kuat Tamrin, Cabang PKR Sandakan cukup kecewa dengan tindakan serta keputusan Tamrin bersama-sama Anwar berkempen di Parlimen Batu Sapi. Mereka berkata kalo sudah pemimpin atas tidak suka buat apa lagi pipi tersorong-sorong.. Walaupun Anwar pemimpin besar PKR tetapi sebagai pemimpin perlu jugak memahami kehendak ahli yang cukup setia dengan PKR Sabah selama ini.
"Kami sanggup bertumbuk pertahankan maruah Tamrin dari dimalukan terus oleh Ansari, tapi bila Tamrin ikut berkempen di Hotel Sanbay, Sandakan dengan Anwar seolah-olah Tamrin lupa penghinaan Ansari terhadap dirinya"... inilah kata-kata pengikut Tamrin yang cukup menjaga maruah diri walaupun Ansari rakan politik tapi maruah tetap maruah.. Jangan sesekali menghina orang Sandakan.
Pengikut Tamrin amat berharap Tamrin berfikir secara rasional memang semua ini adalah untuk parti tetapi cukuplah penghinaan yang dilakukan. Dan kenapa Anwar perlu pilih calon luar sedangkan anak tempatan Sandakan lebih dikenali dan didampingi pengundi Batu Sapi... KAMI PERLUKAN KEADILAN dan ANWAR kena bukti parti ini diperkenalkan untuk mencari KEADILAN rakyat MALAYSIA... Sabah pun rakyat Malaysia jugak.
Sungguh sinis kata-kata pengikut kuat Tamrin semasa ditemui di Hotel Sanday tadi.. apa pun Anwar seorang individu yang sungguh bijaksana dan sentiasa memastikan pengikutnya dengar cakap beliau.. Ternyata Tamrin tersungkur dari pertahankan maruah demi survial politik..

PKR dan SAPP hilang ahli di Parlimen Batu Sapi

Berita ni tanda apa di Parlimen Batu Sapi? Bukan setakat PKR tetapi SAPP turut berdepan dengan isu ahli keluar parti. Ni apa cerita? Teruk sangat ke kepimpinan PKR dan SAPP hingga ahli keluar parti.

HARAPAN TERAKHIR UNTUK CINA DI SABAH


"Saya adalah harapan terakhir masyarakat Cina di Sabah". Kata-kata ni cukup membuktikan Yong Teck Lee bukan pemimpin yang telus untuk menjaga kebajikan Parlimen Batu Sapi. Kalau ikutkan kata-kata YTL lebih kepada 'racist'.


Cukup orang Bumiputera Islam diupah membawa bendera SAPP semasa penamaan calon kononnya YTL dapat sokongan penuh daripada Bumiputera Islam. Sedih sungguh nasib Bumiputera Islam yang terdiri dari suku kaum Bajau, Suluk dan Bugis. Nasib mereka dibuat seperti barang mainan dibuai dengan mimpi yang tidak akan menjadi realiti.


Bila melihat keadaan ini, kita tak perlu beremosi sebab hanya buang masa saja untukmelayan lakonan YTL yang jelas memperbodohkan Bumiputera Islam. Sedarlah undi yang bakal diberikan kepada YTL bakal memusnahkan masa depan ANDA sebagai pengundi Batu Sapi. Ketahuilah siapa sebenarnya YTL dan perjuangannya hanyalah untuk kepentingan diri.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Anwar Kata Yong Bukan Saingan


Ketibaan Anwar Ibrahim ke Parlimen Batu Sapi memang dinanti-nantikan... ceramah Anwar memang sentiasa meriah dengan kata-kata yang cukup manis untuk membutakan mata dan memekakkan telinga sesiapa sahaja yang mendengari dan memandang beliau.
Sekali lagi hubungan persahabatan antara Anwar dan Yong tercalar dengan kata-kata Anwar dalam ceramah politiknyadi Parlimen Batu Sapi.... Adakah Yong berdiam diri melihat rakan seperjuangannya menelanjangkan dirinya... pasti kita nantikan episode jawapan balas dari Yong Teck Lee... tunggguuuuuuu pasti ade cerita lagi hangat di pasaran..

KITA SERUPA - SIAPA TIPU SIAPA????

Yong berjuang untuk Sabah for Sabahan manakala Ansari pula berjuang untuk bawa nasib rakyat Batu Sapi dari terus dianiaya. Yang hairannya Yong dan Ansari asyik fikir kebajikan rakyat Sabah tapi.......
1. Yong Teck Lee semasa jadi Ketua Menteri Sabah tidak meluluskan geran tanah untuk kampung-kampung tradisi Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak pula diluluskan..
2. Ansari kena tumbuk oleh pengikut kumpulan Tamrin sejurus dia diumumkan calon PKR kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sandakan. Tamrin ni orang kuat PKR tapi napa Ansari mereka tolak......
3. Yong Teck Lee robohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah ini terbiar disebabkan tidak mempunyai geran.....
4. Ansari pemimpin utama PKR Sabah, tapi kenapa setiap kali pilihan raya umum di kawasan ini Ansari bertanding kalah adakah orang Tuaran rasa Ansari tidak sesuai jadi pemimpin mereka.....
RASANYA PARLIMEN BATU SAPI nak bagi SIAPA?!!!!

Siapa Tipu Siapa - Ansari Sahabat Yong Teck Lee


Satu perkara yang perlu orang Batu Sapi tahu... Ansari dan Yong ni adalah kawan.. istilah musuh tiada dalam kamus politik mereka... Ada beberapa kecurigaan kempen yang dilakukan oleh pengikut kuat SAPP dan PKR.

1. Peristiwa menaikkan bendera dan memasang poster calon P.185 Batu Sapi.. (gambar ada tangkap tapi dilarang atas keselamatan blogger) SAPP dan PKR menggunakan orang yang sama tampal poster dan naikkan bendera sepanjang Jalan Batu Sapi. Pergerakan mereka cukup bijak dilakukan pada 3 pagi hingga 4 pagi...

2. Jentera kempen PKR jumpa pengundi Batu Sapi guna ayat ni "Kami bukan musuh atau lawan UMNO tapi kami mahu lawan PBS, jadi pilihlah PKR untuk ksejahteraan semua".

TAMRIN DALANG ANSARI JATUH!!!!


TAMRIN dikatakan suspek utama menyebabkan calon PKR (ANSARi) jatuh untuk kali kedua dari jambatan semasa berkempen di P.185 Batu Sapi. Pemerhati politik sekitar Parlimen Batu Sapi melihat kes ini ekoran daripada pergaduhan di Lapangan Terbang Sandakan yang mana berlaku bergaduhan antara Tamrin dan Ansari.
Rasanya Tamrin tidak akan berdiam diri membiarkan ANSARi selesa berkempen di Batu Sapi. Anwar apa lagi pasti menjadi BURUNG UNTA menyembunyikan kepala dan tidak akan memihak mana-mana sebab kedua-dua adalah orang KUAT PKR di Sabah.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kenangan Yong bersama PKR - PKR tetap ditipu!!!!

Yong bersama M.D Mutalib seorang penulis bebas dan kini pengarang Sabahkini.net yang berani mendedahkan kelemahan pemimpin tak kiralah pemimpin BN mahupun Pembangkang.. Yong pasti adakan perbincangan yang cukup sulit sebab Mutalib hanya layan cerita-cerita kontroversi untuk pemimpin Sabah.
Tetap tinggal dalam kenangan.. Ritual membakar lilin pasti buat Yong terkenang ketika itu SAPP rakan sepolitik DAP-PKR-PAS... tapi demi kerusi P.185 Batu Sapi, Yong lupakan dulu kenangan indah bersama Pakatan Rakyat.


batu sapi: new PKR anthem!

Sesuatu yang pasti menyengat kepada penyokong kuat ANwaR pastikan ANDA menghayati klip video ni hangat di pasaran.

YONG TECK LEE TIPU RAKYAT SABAH!!!

Mantan Ketua Menteri Sabah- Yong Teck Lee kini calon SAPP P.184 Batu Sapi
Yong ni memang mesra rakyat.. senyuman dia sampai ke telinga (perumpamaan).. bila orang pandang pasti 'sejuk mata memandang'.. bila ada musibah pasti dia menghadirkan diri lebih-lebih lagi Bumiputera Islam. Atas keprihatinan Yong dia terpilih menjadi Ketua Menteri tapi kebetulan jugaklah kouta SAPP untuk jadi Ketua Menteri Sabah.
Yong tubuhkan SAPP selepas perang mulut dengan Pairin-PBS untuk dia mencari peluang jadi KETUA, sedangkan pada masa itu Yong pegang jawatan Timbalan Presiden PBS... Yong tahu untuk jadi Ketua Menteri dia kena buat satu parti baru di Sabah. Yong 'terpaksa' jadi pengkhinat kepada PBS dan tertubuhlah SAPP pada tahun 1994 yang ketika itu masih lagi jadi parti di bawah komponen Barisan Nasional.
Bila dia terasa ati dengan Pak Lah yang ketika itu Perdana Menteri, Yong buat undi tidak percaya terhadap PM. Dan tercatatlah sejarah 17 September 2008, Yong bawa SAPP keluar dari BN. Selepas peristiwa itu Pak Lah buat kenyataan yang jelas kepada media massa, "Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)". Antara tuntutan besar yang YONG kemukakan kepada PM ialah jawatan SENATOR..

Ansari Jatuh Untuk Kali Ke-2

Jambatan yang pertama buatkan ANSARi terjatuh... ni nampak sangat ANSARi cari jambatan usang untuk dilalui...




Jambatan ke-2 yang buat ANSARi terjatuh lagi.. kali ni silap langkah jambatan masih utuh tapi boleh pula runtuh bila dia guna.... betulkah ni tragis untuk ANSARi atau ada udang sebalik batu!!!

JATUH LAGI!!!!!!...... aik takkan tragedi jatuh jambatan berlaku 2 kali??? Tengok keadaan jambatan kukuh ja.. aku pernah tingal di kawasan macam ni pun ndak la pernah mengalami kejadian macam ni... atau ada yang sengaja nak buat cerita... teruk sangat ka jambatan di kampung ni?


Tengok saja bah permukaan jambatan dia cantik lagi ndak pun berlubang-lubang pastu yang hairan dibulatan garis oren tu kenapa ada wayar berselerak disana.. macam kena potong ja wayar tu untuk kukuhkan jambatan ke rumah orang kampung... takkan tuan rumah sanggup pula biarkan jambatan dia rosak sampai tahap macam tu... agak2 la...


Kalau mao jatuh lagi carilah papan jambatan yang berlubang n nampak usang ni masih bagus lagi bah.. ni macam mao kasih malu orang Sabah ja... Atau ANSARi ni banyak dosa sampai jambatan tu pun ndak dapat tampung berat DOSA yang dia BUAT... nauzubillah... cian tuan rumah kena cari lagi duit baiki jambatan ke rumah dia!!!!

Pasti Yong dan Ansari Gentar Dengan Ibu Tunggal


Pasti Linda berjuang untuk meneruskan agenda mendiang suaminya.. tapi ada suara sumbang yang keluar dari mulut ANSARi untuk LINDA lebih menumpukan hal-hal rumah tangga sebab kerja itu lebih sesuai selepas ketiadaan suami yang disayangi.
ANSARi cukup perihatin dengan nasib LINDA hingga kehidupan masa depan LINDA beliau turut fikirkan.. memang sesuai jika pengundi Batu Sapi pilihn ANSARi sebagai wakil rakyat Parlimen Batu Sapi.. Tapi adakah salah seorang ib tunggal menceburi bidang lain selain bidang suri rumah tangga... adakah jahil sangat kaum IBU untuk menjadi bakal pemimpin negara... adakah ini maksud tersirat ucapan ANSARi...
Seharusnya ANSARi fikirkan kenapa Yong Teck Lee mahu bertanding dikerusi Parlimen Batu Sapi... bukankah selama ini Yong telah bersetuju atas dasar survivel politik PKR akan diberi laluan mudah untuk tawan kerusi PARLIMEN...

Khamis, Oktober 28, 2010

PeranakSamaTuaran.: Siapa Tipu Siapa...YTL.

PeranakSamaTuaran.: Siapa Tipu Siapa...YTL.: "Yong Teck Lee secara sahnya akan bertanding sebagai calon SAPP di Batu Sapi. Walaupun telah membuat pakatan dengan PKR/DAP, beliau tetap jug..."

Siapa Tipu Siapa????

Linda pilihan Paul untuk kali terakhir sebelum Paul meninggalkan dunia yang penuh dengan pertaruhan... pastinya Paul juga inginkan keamanan bukan satu pembohongan yang dibawa oleh Yong Teck Lee.


Untuk siapa Yong Teck Lee berjuang... adakah untuk rakyat Sabah atau untuk kepentingan diri. Dulu masa dia menjadi Ketua Menteri Sabah memang mudah didampingi, mesra rakyat tapi sayang sejuta kali sayang bila Yong mula menjadi tamak.. menuntut sesuatu yang tak pasti sesuatu yang jelas adalah hak Bumiputera.
Sekarang PKR baru kenal siapa Yong.. mula-mula keluar daripada BN dan menjadi YB BEBAS sanggup berjanji dengan PKR untuk pastikan mana-mana kerusi DUN hanya SAPP sahaja yang akan bertanding dan manakala kerusi Parlimen pula SAPP akan beri laluan kepada PKR.. Ternyata MoU antara SAPP-PKR meleset sebab ingin test kuasa Yong sanggup tikam PKR...
"Sabah for Sabahan" tulah semboyan SAPP sepanjang PKR P.185 Batu Sapi... kalo di dengar ceramah Yong Sumandak pun rasa nak juga pangkah SAPP tapi bila fikir punya fikir YONG sanggup gadai maruah untuk kepentingan diri mmmmmbaik pilih PKR walaupun parti IMPORT.. apa pun Yong telah menipu.. menipu siapa ANDA fikirlah sendiri!!!!

Rabu, Ogos 11, 2010

Salam Ukhwah - Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam RAMADHAN Al-Mubarak...

Bulan yang mulia ini kita panjatkan doa kepada Illahi dengan izin kurnianya KITA sekali lagi dapat menyambut bulan yang penuh dengan keinsafan, kesedaran dan kemuliaan.. Kita perbanyakan amal dan sedekah demi mendapat kerahmatan-Nya..
Hindarkanlah sikap DHAJAL yang bole memakan diri kita sendiri.. hindarkan hasutan syaitan wal hal dalam bulan mulia ni kita tahu segala bentuk syaitan telah diIKAT.. Jika kita masih bersifat sedemikian rupa sememangnya Imam Al-Ghazali adalah benar menyatakan hati manusia ni ada satu sikap yang tak boleh dihindarkan iaitu SIKAP KEBINATANGAN... kata-kata ini cukup menyakitkan hati KITA kerana pantang JADAH untuk kita sebagai manausia disamakan dengan sikap BINATANG... lebih-lebih lagi jika ia melibatkan binatang yang paling HINA sekali...
Di bulan yang mulia ini Sumandak terpanggil untuk mencatatkan satu n3 yang rasanya dapat kita renungi bersama.
1. Untuk kita menegur kesilapan orang adalah wajar kita berdepan dengan diri orang tersebut walaupun pangkat or umur dia tinggi dari kita dan elakkan kita mengaibkan individu tersebut di khalayak ramai tak kiralah dengan ape jenis bentuk medium sekali pun yang kita gunakan
2. Janganlah kita sesekali bertindak menindas orang yang kurang berupaya kerana semua yang ada di muka bumi ini adalah bersifat sementara hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kekal..
3. Sentiasalah kita berfikir dengan positif nescaya hidup kita akan sentiasa bahagia tanpa sebarang penyakit HATI yang sentiasa menyesatkan kita....
4. Tak Salah untuk kita mendengar pandangan orang lain dan hanya diri kita yang akan membuat keputusan dan pastinya keputusan itu adalah yang terBAIK.
Kita renungi bersama nescaya hidup kita sentiasa diduga.. Teguhkan imankan INSYA ALLAH hidup kita diRAHMATI-NYA

Rabu, Jun 16, 2010

AnWar KeKAL Kedudukan TemPat No.1 KeraJaan Pakatan Rakyat

Bila ada yang iktiraf Anwar untuk kekal ditempat no.1 dalam Kerajaan Pakatan Rakyat rasanya ape pula reaksi pemimpin DAP???

Selasa, Jun 15, 2010

PAS daH Mula Tunjuk KeTAKUTAN PRU-13

Sumandak hairan sungguh dengan pemikiran pengikut PAS yang asyik fikirkan pilihan raya je... boleh tak fikirkan macam mana nak jaga kebajikan rakyat.. kat Kelantan skang ni masalah air kenapa tak pandai2 selesai kecian kat rakyat banyak bergantung dengan sumber air perigi... Adakah ini jugak faktor ekonomi hingga berlaku penghijrahan orang Kelantan ke negeri yang berhampiran dan tak ketinggalan juga mereka turut berada di Sabah... Tak kisah pun yang penting WELCOME TO SABAH.... kami ni terima tetamu dari mana2 je asal tau adab kami...

Disebabkan kebimbangan PRU ke-13, satu pertuduhan yang cukup tak wajar dilakukan oleh pengikut TEGAR PAS dari Negeri Sarawak dengan artikel yang bertajuk Berita gempar! Sila ambil perhatian dakwaan Pemuda PAS Sarawak tentang sindiket didalangi UMNO.
Diharap artikel blog ini dipantau pihak BERKUASA kerana ia AMAT mencemarkan IMEJ PARTI UMNO yang jelas dikatakan DALANG dalam sindikit ini.... Artikel ini telah dikesan oleh Rajahmas.blogspot.com dan tanggungjawab Sumandak untuk mewar-warkan isu ini kepada UMUM demi IMEJ BERSIH UMNO!!!!

Isnin, Jun 14, 2010

Syurga Bole DITENTUKAN oleh PAS


Relevenkah pemimpin parti boleh menentukan seseorang (umat Islam) masuk syurga!!!

Arak LULUS di KelanTan



Sape-sape nak niaya arak jom g Kelantan sana da mudah dapat lesen... yang JUDI tu lum lagi la tunggu GREEN LIGHT dari TOK GURU

muzik video LAGENDA BUDAK SETAN

OST Lagenda Budak Setan

Lirik Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (Ost Lagenda Budak Setan )

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Komen Simandak: Puitis sunguh lirik ini.........

Jumaat, Jun 11, 2010

Anwar Marah Bila Malaysia Guna Khidmat APCO

Bila Pak Anwar menyalak di Parlimen hubungan APCO-Malaysia telah mencetuskan kekeliruan di kalangan kita di Malaysia apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar:-

FAKTA

APCO WORLDWIDE

TAHUN PENUBUHAN : 1984
BIDANG : Syarikat komunikasi Global
IBU PEJABAT : Washington DC
CAWANGAN : Serata dunia termasuk United Kingdom dan Malaysia
JENIS PERKHIDMATAN : Bidang media seperti penambahbaikan penyampaian maklumat dengan menggunakan medium terbaru dan lebih berfokus kepada maklumat pekerjaan, pelaburan asing, pelajaran dan perkhidmatan penghantaran kepada umum (dunia).

Turut beri perkhidmatan dengan memberi latihan sperti peningkatan kebolehan komunikasi, mentebarluaskan maklumat-maklumat tentang kegiatan Kementerian kepada pihak media, rakyat, stakeholders dan sekali gus beri perkhidmatan bagaiaman sesebuah kerajaan meningkat serta mengukuhkan komunikasi di peringkat antarabangsa.

Sesuatu yang perlu kita ketahui walaupun 28 sesi latihan dalam bidang-bidang komunikasi dengan penglibatan 140 pegawai awam dari 14 kementerian telah berjaya APCO jalan dengan namun semua ini tidak bertentangan dengan ajaran agama dan memudaratkan rakyat di Malaysia.

Sabda Nabi SAW “Ilmu itu adalah harta mukmin yang hilang, maka perolehilah di mana juag kamu jumpa” Nabi SAWA turut bersabda “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China”.

Sumber: JASA, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Khamis, Jun 10, 2010

Kenapa Israel TAKUT dengan PALESTIN??!!!!

Jika kita melihat kepada gambarajah di atas jelas kedudukan Israel cukup kukuh tapi mengapa sehingga hari ini Israel TAKUT dengan Palestin. Apa yang ada dengan palestin hingga mereka sanggup buat sekatan hampir 4 tahun kepada GAZA.
Dengan populasi penduduk Palestin seramai 4 juta mereka kini hidup seolah-olah dalam penjara terbuka. Walaupun rakyat Palestin nampak langit, laut dan kawasan bukit bukau namun pergerakan mereka cukup terhad hanya melibatkan 6,335 kilometer persegi (termasuk Wilayah Tebing Barat dan Gaza).
Dari segi pendapatan perkaita penduduk Palestin ni da jelas menujukkan kehidupan mereka cukup miskin dan terkini laporan Dr Hafizi Mohd Noor, Pengarah PAVE (Palestine Centre Of Excellence) di bawah artikel beliau "Dunia tidak akan biar penduduk Gaza menderita" menyatakan 80% rakyat Gaza hidup di bawah paras kemiskinan. Lebih 80% kanak-kanak di gaza mengalami pula dengan kukurangan zat makanan. Kadar kematian menjadi 1:1 (satu kematian setiap hari) akan dikatakan akan terus meningkat ekoran sekatan yang dilakukan oleh KEZALIMAN REJIM ZIONIS ISRAEL.
Adakah semua ini hanya disebabkan Gaza ditadbir oleh HAMAS (Karakat-ul Muqawwamah al-Islamiyah). HAMAS tolak semua perjanjian damai yang dipersetujui dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebab HAMAS rasa perjanjian ini penuh dengan penipuan yang bakal dilakukan oleh Israel.
Sampai bila kerakusan Israel ingin melihat rakyat GAZA tumbang satu persatu dibumi Palestin!!!

Rabu, Jun 09, 2010

Wajar Strukturkan Semula SUBSIDI!!!!










Isu cadangan untuk meneliti semula pemberian subsidi oleh kerajaan menjadi isu hangat mulai 27 Mei 2010 setelah tindakan Dato’ Seri Idris Jala memaklumkan kepada umum bahawa Malaysia bakal MUFLIS jika subsidi diteruskan menjelang tahun 2019.

Pelbagai reaksi yang kita lihat malah ada yang menuding bahawa kenyataan Dato’ Seri Idris bertentangan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri hingga beliau menerima pula cemuhan negatif yang mampu menjejaskan reputasi beliau sebagai CEO Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU).







Sumandak sempat menghadiri satu majlis “Taklimat Rasionalisasi Subsidi” yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Seri Idris Jala. Setelah mendengar dan meneliti setiap fakta yang disampaikan oleh beliau barulah Sumandak faham kenapa dan harus subsidi negara kita wajar distrukturkan semula.

FAKTA


“For the last 10 years, we (Malaysia) have been running a fiscal deficit
which has been growing progressively from RM 5 billion in 1998, to a record high of RM 47 bilion in 2009. This was due to the fact that Government expenditure including subsidies has been escalating, whereas Government revenue has not kept pace as our economy/ GDP grew at only 3% per annum.”

“…Malaysia is one of the world’s highest subsidized countries with 4.7%
of GDP compared to Indonesia 2.7%, Philippines 0.2% and OECD countries at 1.5% on average”

“To be clear……IF we continue with the same trends as in the past over
10 years; based on an annual increase of 12%, our debt will reach 100% of GDP in 2019 (astaggering RM1,158 trillion) and we could POTENTIALLY go BANKRUPT
then”……


Bagi mengelak ramalan yang dijangka Dato’ Seri Idris, ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan lagi dan beliau turut menyentuh usaha Kerajaan Persekutuan sememangnya sudah membuktikan dengan peningkatan ekonomi 10.1% bagi suku keempat 2010 dan meletakkan Malaysia ditangga ke-10 di peringkat antarabangsa.


Malah Dato’ Seri Idris turut menekankan,



“Government will conduct 12 laboratories on National Key Economic Areas (NKEAs) to recommend ways for us increase the our economic growth (GNI per capita) from USD 7000 to USD 15,000 by the year 2020. This will help to potentially increase Government revenue in the next 10 years”….


Dan inilah juga hasil kajian pendapat awam yang turut diperolehi PEMANDU sehingga tercetusnya pengumuman cadangan untuk memansuhkan SUBSIDI;-


FAKTA


Kajian ini telah diadakan sehari sebelum majlis Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi;-

Melalui perkhidmatan MAXIS (mesej pesanan ringkas – SMS)

(Jumlah Responden: 190,152)
115,246 (61%) bersetuju Subsidi distrukturkan semula
123,557 orang (67.5%) setuju subsidi dikurangkan Kerajaan dalam had masa 3 -5 tahun


Pada Hari Terbuka Makmal Rasional Subsidi dilakukan sendiri oleh PEMANDU
(Jumlah Responden: 1,899 orang)
1,712 orang (90%) setuju subsidi perlu dikurangkan

Satu artikel yang dihasilkan oleh Sulaiman Mahbob [Pakar Ekonomi merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)] boleh dijadikan pengukur kepada keadaan rakyat Malaysia menerima subsidi hingga kini sukar untuk kerajaan beri penerangan dan penjelasan lanjut bila ada cadangan untuk memansuhkan subsidi;-


“Kini amalan subsidi menjadi satu budaya di Malaysia dan isu ini sukar dirungkai kerana rakyat kita mengambil kira subsidi dalam perkiraan perbelanjaan tetap mereka”.


“Terdapat juga tekanan ke atas sumber hasil kerajaan kerana dasar untuk mengurangkan kadar cukai secara langsung. Selain itu, ketidaksediaan masyarakat menerima cukai barangan dan perkhidmatan (GST) begitu lama menyukarkan usaha meningkatkan hasil.”


“Rakyat gemar jika kadar cukai dikurangkan, namun mereka meminta ditambah subsidi, sambil meminta lebih banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Sebab itulah adanya tekanan ke atas pengurusan kewangan kerajaan.”


“…. Kita masih perlukan subsidi dan subsidi itu hendaklah berasaskan keperluan asasi yang mendesak seperti makanan, pendidikan asas dan kesihatan.”


Daripada artikel Sulaiman (Penstrukturan semula pemberian subsidi) jelas menunjukkan bahawa jika subsidi bakal distrujkturkan semula Kerajaan Persekutuan ada dasar subsidi yang akan berteraskan kepada 3 perkara utama antaranya;-


1) Apakah sektor atau kegiatan yang perlu diberikan subsidi?
2) Siapakah golongan sasaran yang layak untuk menerima subsidi manakala yang lain akan membayar mengikut harga pasaran.
3) Perlu ada satu jangka masa dalam setiap subsidi yang distrukturkan oleh kerajaan

Akhirnya barulah Kerajaan Persekutuan berupaya mengkaji impak dan cost benefit yang akan dipastikan ke atas setiap subsidi utama.

Rabu, Jun 02, 2010

KrNoLoGi FloTila PemBebasan GAZA

Sumber; Utusan Malaysia 1 Jun 2010

  • Flotila pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza merupakan satu gerakan bagi mewujudkan kesedaran global terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza, ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis Israel.
  • Wilayah Gaza telah dikepung Israel selama hampir 3 tahun selepas tentera rejim zionis menyerang Gaza dari Disember 2008 hingga Januari 2009.
  • Segala pintu masuk sempadan di Gaza telah disekat oleh Israel termasuk Mesir membina tembok di sempadan Gaza bagi menghalang pergerakan penduduk Gaza keluar masuk.
  • Namun, gerakan membantu penderitaan penduduk Palestin telah bermula sebelum itu lagi pada 2006 apabila Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) menggerakkan penghantaran bantuan kemanusiaan secara kecil-kecilan menggunakan bot-bot kecil di bawah kempen Pembebasan Gaza.
  • Pada 16 Mei,2003 salah seorang ahli ISM, Rachel Aliene Corrie telah terbunuh setelah dirempuh jentolak milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Ketika itu Corrie menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ bagi menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.

    Sempena nama Rachel Corrie, delegasi Malaysia daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza menaiki kapal yang menggunakan nama Rachel Corrie.
  • Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama Rachel Alience Corrie, ahli Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang terbunuh pada 16 Mei 2003 yang menyertai penduduk Palestin membentuk ‘benteng manusia’ menghalang IDF memusnahkan rumah seorang ahli farmasi rakyat Palestin, Samir Nasrallah.
  • Menurut The New York Times, Corrie merupakan seorang pelajar Evergreen State College. Beliau telah mengambil cuti setahun untuk mengembara ke Genting Gaza dan bertindak dengan rakannya sebagai ‘benteng manusia’.
  • Selepas insiden itu, ‘keghairahan’ Pergerakan Pembebasan Gaza bermula pada Ogos 2006 selepas sebahagian kecil ahli kumpulan ini memulakan gerakan tersebut.
  • Ia telah bermula perlahan-lahan sejak Israel menyerang Lebanon pada 2006 dan tewas kepada kumpulan pejuang kecil. Seterusnya melepaskan kemarahan ke atas rakyat Palestin terutamanya di Gaza.
  • Seorang lelaki dari Australia kemudian mencadangkan pelayaran sebuah bot dari New York ke Gaza sebagai protes kepada sekatan Israel di Gaza dan idea itu kemudian berkembang kepada flotila (konvoi) kapal-kapal yang memulakan pelayaran pada Mei 2009 tetapi gagal memasuki Gaza setelah bot-bot kecil mereka dirempuh oleh kapal-kapal tentera Israel.
  • Sejak itu, masyarakat dunia terus menyalurkan derma kepada flotila ini untuk misi kali ini lebih 700 aktivis pro-Palestin menyertai ‘Flotila Pembebasan’ yang melibatkan Sembilan kapal termasuk tiga dari Malaysia, yang ditaja oleh PGPO.
  • Pada Julai 2009, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad telah melawat Pergerakan Pembebasan Gaza di Cyprus.
  • Melalui PGPO, Tun Mahathir Berjaya mengumpul lebih 300,000 euro (RM1.2 juta) untuk Pergerakan Pembebasan Gaza bagi membeli kapal kargo dan dua kot penumpang yang digunakan dalam pelayaram kali ini.
  • Kini mereka mempunyai empat buah bot iaitu InsaniYardim Vakfi (IHH), Ship to Gaza Greece, Ship to Gaza Sweden dan The International Committee to Lift the Siege on Gaza dan akan bergabung dengan bot daripada European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) dalam pelayaran yang dinamakan sebagai ‘Flotila Pembebasan’.

FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI " FLOTILA GAZA"

1. Serangan komanda Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza di perairan antarabangsa awal hari ini meragut nyawa 19 aktivis pro-Palestin dan mencederakan 30 orang lain dan cetus kemarahan global.

2. Serangan melibatkan kappa Mavi Marmara dari Turki yang dihalang memasuki gaza selepas cuba meredah sekatan laut Israel.

3. Mavi Marmara, kapal penumpang berdaftar di Turki itu membawa kira-kira 600 orang, dua kapal kargo dan tiga lagi bot lain.

4. Flotila Gaza ini terdiri daripada Sembilan kalap termauk dua lagi bot Turki, dua dari Greek, sebuah dari amerika syarikat, tiga dari Malaysia termasuk kapal Rachel Corrie seberat 1,200 tan yang sedang dalam perjalanan dari Ireland untuk menyertai flotila.

5. Penganjur adalah pakatan Flotila Pembebasan, terdiri daripada Pergerakan Bebeskan Gaza, Kempen Eropah Menamatkan Kepungan Gaza, Insani Yardim Vakfi (Turki), Ship to Gaza (Greece), Ship to Gaza (Sweden) dan Jawatankuasa Antarabangsa Mansuh Sekatan Gaza.

6. Lebih 700 aktivis terlibat dalam flotila ini, kebanyakan mereka daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktiviti dan individu dari pelbagai negara, agama dan cara hidup.

7. Separuh daripada aktivis itu adalah rakyat Turki sementara baki dari negara-negara lain.

8. Aktivis penting termasuk beberapa anggota parlimen negara Eropah, penulis dan wartawan. Bekas Ketua Biskop Baitulmaqdis dari Greek, Monsignor Hillarion Capucci, pemimpin penduduk Arab di Israel, Sheikh Raed Salah dan koresponden Al-Jazeera , Abbas Nasser yang menelefon dari tempat persembunyian satu daripada kapal sebelum telefonnya mati tiba-tiba.

9. Flotila membawa kira-kira 10,000 tan bantuan kemanusiaan, termasuk perubatan, makanan, pakaian, rumah sedia bina, taman permainan kanak-kanak, alat tulis, batang besi dan simen.

10. Tidak ada sebarang senjata dibawa sama ada pisau cukur, pisau atau pisau lipat.

11. Misi Flotila adalah untuk menyampaikan bantuan kepada 1.5 juta penduduk gaza yang terkepung, dengan anggaran 80% daripada mereka bergantung kepada bantuan luar.

12. Gaza dikepung Israel sejak pergerakan Hamas merampas kuasa pada 2007.

13. Sebelum ini aktivis pro-Palestin melanggar embargo rejim Zionis sebanyak lima kali, dengan 3 lagi cubaan gagal sejak pelayaran pertama pada Ogos 2008.

14. Flotila ini bertujuan meningkatkan kesedaran antarabangsa ke atas kesengsaraan Gaza.
Sumber : Utusan Malaysia 1 Jun 2010

Isnin, Mei 31, 2010

IdRIs JaLa BaKaL DiKenAli deNgAn PeManSuHan SuBSiDi


Bila kita lihat jumlah subsidi Kerajaan Malaysia kepada rakyat memang cukup banyak jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang paling hampir dengan kita. Dan perbandingan 3 kali ganda dari Filipina dan 55 kali ganda dari Switzerland adalah satu keadaan yang cukup mewajarkan rakyat Malaysia harus bersyukur kepada Kerajaan Pemerintah pada hari ini kerana sanggup pula menanggung defisit yang tinggi demi memastikan rakyat khususnya golongan yang mempunyai pendapatan rendah dibantu.

Jadual sebelah kiri ini dengan jelas menunjukkan defisit yang kerajaan tanggung dan hasil daripada kajian Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri menjelang 9 tahun akan datang kerajaan bakal menangung defisit sebanyak RM1,158 bilion. Ada tak mana-mana pemerintah negara yang sedang membangun sanggup mengambil risiko ini sedangkan jelas ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya berpendapatan rendah.

Rajah di atas adalah komponen yang terkandung di dalam subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. RM42.8 bilion bukan satu jumlah yang kecil dan memadai jika rakyat mengetahui bahawa kerajaan BN telah berusaha untuk membantu malah membela nasib rakyat. Inilah cadangan yang diberikan oleh Idris Jala untuk pihak Kerajaan Malaysia mempertimbangkan PEMANSUHAN SUBSIDI secara berperingkat demi mengurangkan tanggungan defisit kerajaan menjelang 2019.

Pemansuhan subsidi secara berperingkat dilihat wajar apabila subsidi yang diberikan oleh Kerajaan BN turut dinikmati kepada golongan yang lebih berkemampuan baik melalui subsidi bahan api (petrol, gas & elektrik), bayaran tol, bekalan makanan (gula, tepung dan minyak masak). Dan jika ia dilaksanakan Sumandak pasti dan yakin Kerajaan BN akan mengenal pasti terlebih dahulu kumpulan sasar yang AMAT MEMERLUKAN SUBSIDI...dan tidak sesekali membiarkan rakyat menderita ekoran menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi. Malaysia juga telah belajar melalui tindakan dan kesan yang diterima oleh Greece yang kini terpaksa menggunakan sumber negara 100% demi membayar defisit.
Sumber : Jami' ah Shukri, "Pemansuhan pelbagai subsidi tidak deritakan rakyat": Berita Harian (31 Mei 2010).

Amalan KIASU perlu KiTa LaKsANakAn DeMi MeMarTaBatkan NegARa

Hari ini persoalan Sumandak dah terjawab bila terbaca artikel di Berita Harian "Semangat Kebangsaan Rakyat Masih Rendah".. memang inilah yang berlaku di kalangan generasi muda kita dan tidak ketinggalan juga yang berusia pertengahan.. Sumandak pernah melawati Singapura memang semangat kebangsaan mereka cukup TINGGI... dan tak pernah nak mengalah kepada bangsa @ negara lain demi memastikan mereka mendapat HAK yang sewajarnya..
Tapi sayang seribu kali sayang... segelintir rakyat kita tidak belajar untuk menyimpan semangat kebangsaan. Ape yang mereka tahu hanya merungut... membidas pelbagai isu dan akhirnya mereka antara penyumbang meruntuhkan imej negara kepada dunia luar... Bila keadaan ini semakin meruncing banyak impak yang kita rasai.. paling teruk adalah ekonomi kerana keyakinan pelabur asing makin berkurangan bila rakyat di negara ini sendiri memberi gambaran yang negatif...
Bagi Sumandak tak ada salah untuk membuat teguran tapi baik berpadah-padah dan guna saluran yang betul... Cuba tanya dengan rakyat Indonesia walaupun mereka ramai berhijrah tetapi nama untuk memburukkan negara mereka amat jauh sekali berbanding kita walaupun negara Indonesia sering dilanda permasalahan di peringkat global... Kita lihat juga dengan rakyat Thailand walaupun pergaduhan hingga ada mengorbankan nyawa tetapi rakyat mereka masih menjaga imej negara mereka... Tanya cucu 7 generasi Mahsuri kenapa tak nak mengubah warganegara Thailand kepada Malaysia... sebab semangat kebangsaan yang diterapkan di peringkat sekolah rendah cukup tinggi hingga tahu berterima kasih kepada NEGARA yang dia duduki...
Sedih bila kita lihat bendera Jalur Gemilang di BAKAR.... di TERBALIK untuk menunjukkan protes kepada pemerintahan kerajaan pada hari ini... ada juga yang KURANG AJAR mereka cipta lagu NEGARAKU dan hanya ucapan MAAF beliau diterima semula dalam kelompok NEGARABANGSA MALAYSIA... bilalah RAKYAT MALAYSIA sedar bahwa kita takkan dapat bertahan lama bila SEMANGAT CINTAKAN NEGARA semakin RAPUH ditelan MASA.... kita renungi bersama

Rabu, Mei 19, 2010

Datuk Bung kEKaL MP


Pagi-pagi lagi bila buka laman sesawang muka Datuk Bung Moktar dah terpapar macam artis dah mentang-mentang beliau mendapat isteri yang terkenal di DUNIA ARTIS MALAYSIA... bangga gak orang Sabah boleh kahwin ngan artis Malaysia (Tahniah Datuk)...

Cuma yang takazut sikit bila Datuk Bung dikenakan hukuman penjara 1 bulan dan Zizie pula didenda Rm1 ribu sebab gagal mengikut peraturan syariah untuk Datuk Bung berkahwin dan jadikan Zizie isteri ke-2 yang sah.


Maka ramailah buat persepsi hingga Datuk Bung kini antara MP yang Hangat di Pasaran... Sembang punya sembang maka keluarlah kenyataan yang menentukan kelayakan Datuk Bung sebagai MP gugur atau sebaliknya jika beliau tetap dikenakan penjara.







Perkara 48. Perlembagaan Persekutuan Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimene) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas...


Terima kasih Sumandak ucapkan kat Azaidi Abdullah, bila da ada fakta macam ni maka siapa2 pun yang terBACA kes Datuk Bung akan sedia maklum...

Selasa, Mei 18, 2010

BENARkah UNDI CiNA daH LARI!!!! BENARkah BN telah meMINGGIRkan PenGUndi Cina????

Isu ini telah lama dibincangkan lebih2 lagi selepas PRU ke-12, tsunami politik telah melanda Malaysia turut dikatakan satu keadaan yang mana wujud penolakan kaum cina terhadap Kerajaan BN.. demikian juga dengan adanya Pilihan Raya Kecil selepas PRU 12. Hampir 11 PRK dan hampir ke semua PRK ini telah dapat membuktikan tahap sokongan kaum Cina kepada BN memang merosot seperti yang berlaku pada PRK Bukit Gantang di DUN Kuala Sepetang dan PRK Hulu Selangor di DUN Kuala Kubu Baharu. Dan terkini PRK SIBU tidak ketinggalan turut mencatat sejarah pengundi Cina seolah-olah menolak kepimpinan BN. Hingga ada beberapa tajuk artikel Tsunami KINI MELANDA NEGERI SARAWAK.

3 minggu lepas Sumandak terbaca artikel Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Dr.Muhd Ridhuan Tee, kedua-dua tokoh ini berbangsa Cina… darah cina namun mereka tak pernah membelakangi Sejarah MALAYSIA yang memartabatkan orang Melayu yang sememangnya mempunyai hak istimewa di negara ini. Manakala agama Islam adalah agama rasmi di negara ini.

Semasa wawancara wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain dan Hafizahril Hamid di Univerisiti Malaya bersama Tan Sri Koo Kay Kim pada Jumaat yang lepas (2 Mei 2010 UM) Tan Sri telah menyatakan bahawa ada masyarakat Cina yang tidak begitu faham dengan senario politik dan apabila terdapat hak-hak istimewa orang Melayu dikemukakan mereka mulai tidak puas hati. Jika keadaan ini benar dan nyata apakah yang harus dilakukan oleh para pemimpin Cina khususnya parti dominan yang mewakili etnik ini iaitu MCA mahupun GERAKAN?

Tan Sri turut menyentuh, kemuakkan dan jemu dengan krisis kepimpinan MCA turut menjadi faktor penolakan kaum Cina untuk terus memberi sokongan kepada BN. Adakah perkara ini juga releven dan apa tindakan yang wajar dilakukan oleh MCA untuk menangani isu ini?
Sumandak akui jika kita memahami serta menghayati sejarah kita tidak mudah termakan dengan HASUTAN pihak tertentu yang sememangnya mempunyai kepentingan dan membelakangi keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi lebih setengah abad kita MERDEKA daripada PENJAJAH.. Tidak keterlaluan Sumandak katakan bahawa minda kita SUKA SANGAT DIJAJAH…. Buktinya sahaja ada segelintir daripada KITA tidak kira etnik suka MENDENGAR HASUTAN yang jelas membawa PADAH pada diri sendiri.. Kita tolak pembangunan kerana marah kononnya kerajaan bakal mencemari alam sekitar… kita tolak penggunaan BAHASA MALAYSIA sebab bahasa ini membuatkan diri kita TAK MODEN… kita tolak Pendidikan SEJARAH sebab kita nak utamakan Matematik dan Sains demi mengejar pendidikan setaraf dunia… apa pun tindakan kita sedikit sebanyak beri kesan kepada anak cucu cicit kita akan datang.

Demikian juga penolakan sokongan kepada Kerajaan BN disebabkan berbeza fahaman politik… kita tolak pemimpin yang jelas beri kita kemakmuran dan perpaduan negara. Kita bergaduh semasa bangsa dan agama sebab nak jaga survival politik yang jelas bersifat SEMENTARA (selagi ada kepentingan hubungan TERPAKSA dibuat). Kita fitnah dan hasut GENERASI MUDA untuk terus membenci KERAJAAN BN sedangkan sejak kita lahir hampir separuh kehidupan kita diTANGGUNG KERAJAAN dengan pelbagai subsidi… subsidi perubatan hospital, beras, minyak, buku teks, yuran sekolah dan banyak lagi…

Kesimpulan yang jelas dan berfakta, KITA kurang memahami peranan sepenuhnya KERAJAAN MALAYSIA…. Tidak memahami senario politik negara, Tidak memahami betapa pentingnya untuk KITA terus mempertahankan PERPADUAN DAN KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA.

Sumandak tabik dengan generasi Y yang sentiasa mendapat info terus daripada DUNIA TANPA SEMPADAN tapi sayang sekali kepakaran mereka pula tidak diguna sebaik yang boleh… mengapa tidak generasi ini menghayati sepenuhnya sejarah negara terlebih dulu dan bandingkan dengan keadaan yang melanda negara KITA pada hari ini… buat perpandingan secara berfakta usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dan kerajaan Pakatan. Nilai dengan akal fikiran yang LEBIH WARAS.. insya allah ANDA akan mendapat jawapannya.

Seperti dalam penulisan artikel Dr. Ridhuan (kembalikan Kekuatan 2 Mei 2010 UM0) bahawa beliau sanggup berdepan dengan cemuhan bangsa sendiri kerana lantang mengemukakan persepsi yang bersifat fakta mengenai tahap sokongan kaum Cina di negara ini demikian juga pemimpin yang mewakili kaum ini. Dan ada satu perenggan yang benar2 menyentuh emosi Sumandak;-

“Saya sayangkan bukan Melayu seperti mana saya sayangkan diri sendiri kerana
mereka adalah juga ahli keluarga dan saudara mara saya. Lagipun mereka juga
makhluk Allah SWT. Menghina mereka bermakna menghina makhluk kejadian Allah.
Rasullah SAW sendiri begitu lunak dengan bukan Islam sehingga dakwah terbesar
luas, tetapi bertegas dalam mempertahankan Islam daripada dihina atau percubaan
untuk merosakkannya”…

Jumaat, Mei 14, 2010

PRK Sibu Serawak Maju Bersama Barisan Nasional

Nilah pembangunan yang diharapkan kepada semua RAKYAT Malaysia... JOM TENGOK VIDEO ini.


Buku Teks Sains dan Matematik BI tukar ke Bahasa Malaysia

Bole tak kita katakan PPSMI ni gagal??.. ape pun setiap dasar Kerajaan pasti beri impak positif dan negatif kepada rakyatnya.. Yang baiknya cuba tanya budak mur 8 tahun dia da pandai jawab dengan menggunakan Bahasa Inggeris.... tak ke KITA BANGGA gak... tapi ape pun perubahan kita sambut dengan baik sebab setiap dasar dah dikaji jika diubah maknanya adalah yang SANGKUT dan MASIH PERLU DIBAIKI.

Sehingga kini ada 40 JUDUL buku Sains dan Matematik yang telah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk pelajar sekolah rendah dan kini ANDA bole dapat dipasaran.

10.1 PERATUS NAIK - MALAYSIA BOLEH

Hari ni hampir semua surat khabar di Malaysia paparkan keadaan ekonomi yang cukup memberangsangkan. 10.1% kenaikan bagi suku keempat 2010 berbanding suku keempat tahun 2009 hanya mencapai 4.4%... Jauh tu naik dia.. BANGGA Sumandak...

Kenaikan ini disebabkan semua sektor turut berkembang antaranya:-
Pembuatan 16.9%
Pekhidmatan 8.5%
Pembinaan 8.7%
Perlombongan 2.1%
Pertanian 6.8%
pelaburan Domestik 5.4%
Jumlah Eksport 19.3%
Jumlah Import 27.5%

Pengembangan peratus bagi semua sektor ekoran daripada sokongan permintaan domestik dan pemulihan ekonomi dunia. Alhamdulillah kita bakal menikmati keadaan ekonomi yang baik bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.

Bila keadan seperti ini dijangka akan berlaku pengurangan difisit yang membawa makna dan keadaan subsidi akan dikaji semula.. Ape pun YAB Perdana Menteri dah katakan jika ada pengurangan subsidi ia akan dikaji dengan lebih teliti kerana ia bersangkut paut pula dengan aspek pemulihan ekonomi negara kita jika berada dilandasan yang betul.

Satu lagi fakta: Jika berlaku pengurangan subsidi akan berlaku pula penggunaan pertumbuhan penjimatan untuk pelaburan yang lebih produktif agar rangsangan ekonomi kita dapat disuntik dengan sebaik yang mungkin...

Inilah usaha kerajaan untuk meningkatkan EKONOMI MALAYSIA... SYABAS dan TERUSKAN BERI PERKHIDMATAN CEMERLANG KEPADA RAKYAT..

Khamis, Mei 13, 2010

PENGHINAAN YANG MELAMPAU PAKATAN RAKYAT KEPADA PENDUDUK BUMIPUTERA SARAWAK

Sumandak cukup terasa sangat bila ada jentera parti pembangkang menggunakan isu kehidupan adat resam BUMIPUTERA SARAWAK sebagai alat pengukur mengapa dan kenapa perlunya mereka mengundi PAKATAN RAKYAT.

Agak2 la bila nak berkempen di negeri SARAWAK dan SABAH... isu ni terlalu sensitif jangan hanya inginkan populariti murahan sampai mulut tu macam tak bagi insuran. Kalo setakat kemenangan BN di Batang Ai tu mampu membuatkan PAKATAN RAKYAT marah kepada penduduk BUMIPUTERA SARAWAK jangan la sentuh corak kehidupan KAMI!!!!...

Sebaik2 manusia itu biarkan kita tidak sekali2 menghina MANUSIA CIPTAAN TUHAN...

Rabu, Mei 12, 2010

Nizar Menghasut ,Fitnah & Membakar Sentimen Perkauman

Dalam subjek PENDIDIKAN di negara Malaysia, Rakyatnya dididik untuk tidak sekali-kali menjadi PENGHASUT BANGSA / KAUM kerana ia adalah satu tindakan BODOH dan TIDAK WAJAR sebagai pemegang warganegara MALAYSIA.

Demi kepentingan politik semata-mata NIZAR PENGKHIANAT BANGSA dengan ANGKUH dan BODOH SOMBONG beri ceramah yang tak sepatutnya kepada masyarakat CINA.... sayang seribu kali sayang bila ada anak MELAYU yang sanggup BERKATA seperti ini... Melainkan darah MELAYU dalam badan dah tak TULEN lagi... tapi ingatlah dimana KAKI DIPIJAK..

Selasa, Mei 11, 2010

LOMPAT PARTI DENGAN CARA TERHORMAT

Sumber Gambar : Media Cyber

Sedar tak ANDA semua setiap kali Pilihan Raya tak kira la Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil akan ada individu atau kumpulan yang bakal digelar KATAK... sama ada menjadi KATAK TERHORMAT atau sebaliknya... Sebab utama menjadi KATAK lebih menyentuh kepada KRISIS DALAMAN PARTI...


Tidak terkecuali jugak PRK P.212 SIBU turut menyaksikan Jee Chang Peng, 42 Ketua Pemuda PKR SIBU keluar parti tapi sayang seribu kali sayang dia keluar parti tdak menyatakan pula nak menyertai parti yang mana satu atau pepatah Melayu berbunyi Keluar mulut Buaya masuk mulut Harimau... (satu lagi percaturan politik yang PENING nak diFIKIRkan)


Dengan pengumuman keluar parti, Chang Peng turut mendakwa akan membawa 70 orang (sahabat handai atau kaum keluarga) meninggalkan PKR... Kira banyak jugak tu 70 orang daripada jumlah tersebut disebar luaskan mungkin bole capai 100 lebih orang. Tapi Jumlah tersebut adakah pengundi tegar SIBU atau berada di luar lingkungan kawasan pilihan raya SIBU... (satu lagi isu yang perlu difikirkan)


Apa pun yang nak jadi KATAK TERHORMAT ini perlu memastikan perjuangan mereka bukan untuk kepentingan diri tapi berjuang untuk kesejahteraan RAKYAT kerana baik buruk kepimpinan kita bakal memberi KESAN YANG BESAR kepada ANAK CUCU CICIT KITA akan datang... Berjuang untuk NEGARA.. jangan bila tersepit BUANG NEGARA... ini lagi BAHAYA!!!!!

Isnin, Mei 10, 2010

Fatwa Penyokong PAS di Sibu

SIOT btoi la orang ni... kalo dijumpa bagus lontar BATU sama ni orang tarak ada guna punya.. ape ingat Allah s.w.t tu main turun2 g2 ja nauzubillah.... ada juga bala di bagi ni!!!!

AnWar HiNA SiBU


AnWar ni memang sorang pemimpin yang BIJAK dan PANDAI dalam ucapan... bila dia berucap ja mesti orang terlopong... ketawa.... tepuk tangan... tapi ayat2 dia POWERFULL terasa Sumandak dia cakap jalan Sibu macam tu... sebab di Sabah pun mcam tu jugak... agak2 la kalo da keadaan geografi berbukit bukau... kawasan payah... jalan raya dibina pun ndak sampai ba 2 tahun mesti berlubang sudah.... PALOI betoi!!!!!

TENGOK KEANGKUHAN ANWAR SENTUH JALAN RAYA SIBU :-

TERKINI!!!!! POLITIK PRK SIBU

Meh kita baca artikel ni pasti beri anda info sedikit pasal PRK SIBU...
Sumber : http://free2talk2me.blogspot.com/2010/05/pilihan-raya-kecil-p-212-sibu.html

Pilihan Raya Kecil P. 212 Sibu menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Robert Lau (SUPP), calon Pakatan Rakyat,Wong Ho Leng (DAP ) dan Narawi Haron (Bebas). Jumlah daftar pengundi yang layak mengundi bagi kerusi parlimen Sibu adalah seramai 54,695 pengundi .Mereka terdiri daripada 36,389 ( 66.7%) pengundi Cina, 12,050 (22.1%) pengundi Iban dan 5,740 (10.5%) pengundi Melayu. Peratusan pengundi ini jelas menunjukkan majoriti pengundi di sini adalah pengundi Cina. Faktor ini mungkin menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan seorang calon keturunan Cina sebagai calon untuk menawan kerusi parlimen Sibu.

Selasa, Februari 23, 2010

NIK AZIZ dan SPRM perlu BERSIHKAN NAMA!!!!!

Artikel dari GARAM MANIS

Blog Suara Rakyat melaporkan aktiviti rasuah kepimpinan PAS Kelantan yang dikaver line oleh SPRM sendiri:-

YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya.
Tuduhan tersebut ialah,

(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.

(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan itu sudah cukup untuk membuat Menteri Besar Kelantan dari Parti PAS itu merengkok di dalam penjara.

Sumber dalaman SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz.
Lagi detail boleh baca kat sini

Untuk rekod SPRM adalah Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia macam blogger saiko bodoh piang tulis kat sini.

KOMEN SUMANDAK :
SPRM DAN NIK AZIZ perlu jelaskan ISU NI kalo TAK HABIS..... HABIS KERAJAAN... dan sekali lagi SPRM diragui dalam menjalankan tanggungajawab mereka dalam menangani kes rasuah di negara ini...

WAJAR KERAJAAN AMBIK TINDAKAN SEGERA

Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah membanteras pekerja asing yang berniaga secara tidak sah di pasar-pasar di seluruh negara. Mengumumkan demikian, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan turut dikenakan ke atas peniaga tempatan yang bersekongkol dengan menyerahkan lesen mereka kepada warga asing.

Muhyiddin berkata, kemunculan peniaga warga asing di pasar termasuk di pasar malam telah menjejaskan perniagaan penjaja tempatan. ‘‘Mereka (pekerja asing) sepatutnya bekerja di sini dan bukannya menjalankan perniagaan, lebih-lebih lagi jika terdapat PATI yang turut berniaga,”
katanya.sumber: Utusan Malaysia

Komen Sumandak:

Isu ni dah BERLAMBAK sangat di SABAH... pergi ja la cari di kawasan TIMUR (SANDAKAN, LAHAD DATU & TAWAU) kes ni lagi banyak.. cuma banyak jugak yang dilindungi oleh orang tempatan.... ni yang sedihnya bila ORANG KITA sendiri melindungi mereka... secara tak langsung rezeki orang tempatan pun da mula diRAMPAS... pastu marah pula ngan PATI....

Rabu, Januari 27, 2010

Blog AduKaTarUNa da JaDi TumPuan BloGGErs... HEBAT...


Penat... Pening.... Keliru...... Muak.... Kecian... nilah sekarang Perasaan Sumandak kat blog AdukaTeruna... tapi rasa bangga gak ngan kawan-kawan dia yang sekarang berhempas pulas menerangkan situasi yang dialami Aduka... nilah kawan sejati dalam senang dan susah tetap bersama....TAHNIAH dan SYABAS....


Cuma Sumandak rasa terkilan gak kelantangan Aduka memakan diri hingga ke tahap ini... kenapa sebelum ini beliau tak fikir sebelum n3 artikel dia... ops Aduka ade menyatakan tajuk tu dia KUTIP dari blog yang dia layari... istilah COPY N PASTE... nilah bahaya kalo buat macam tu (jika btoilah) ape pun KITA hanya mampu menyaksikan kesudahan NASIB ADUKA dimuka pengadilan...


Baru je kelmarin petang Sumandak 'bertandang' kat blog AdukaTeruna... mmm 'followers' dia masa tu baru capai 295 orang skang dah mencapai 321... satu perkembangan yang cukup membanggakan.. Tapi persoalannya mereka jadi follower ni untuk MENYETUJUI tindakan ADUKA atau......?????

Secara luarannya Sumandak dapati Aduka punya bakat untuk hasilkan karya agung hingga terhasilnya enovel beliau yang bertajuk Lahanat Jebat... isi kandungan or sinopsis tidak pula Sumandak berpeluang untuk membacanya... mana2 rakan bloggers yang da baca tu meh la kongsi ngan Sumandak... Aduka sebenarnya punya bakat yang cukup UNIK... cuma sayang sejuta kali sayang terbabas dari landasan... mesti ade hikmahnya....insya allah...

Ape pun kepada rakan-rakan AdukaTeruna teruskan bagi beliau semangat dan nasihat yang lebih bernas dalam menempuhi HIDUP di kemudian HARI.... HAYATI semula RUKUN NEGARA... kita berjuang demi mempertahankan AGAMA, BANGSA dan NEGARA kita dengan berteraskan PERLEMBAGAAN sedia ada.... Aduka bijak memberi pandangan kritis kepada kepimpinan PAS dan beliau juga seharusnya lebih BIJAK untuk mengetahui PERLEMBAGAAN NEGARA...

Selasa, Januari 26, 2010

SenGal Ape YaNg SamPai NaK HIna SulTan.....

Sumandak ndak paham btoi la budak2 zaman skang nak jadi pemerhati bebas pun agak2lah ngan sensitiviti rakyat Malaysia... Nak sondol pun biarlah tetap menjaga tertib sebagai RAKYAT MALAYSIA....

Kalo dulu Sumandak hanya lihat kalo tak puas hati bawa kes ke Mahkamah... buat report POLIS... tapi skang ni kita berdepan dengan SIKAP GENERASI MUDA ORANG MELAYU sendiri yang suka hati membuta tuli buat artikel untuk SEDAPKAN HATI sebab rasa inilah DEMOKRASI MALAYSIA...

Kalo ADUKA ni tinggal kat CHINA confirm da kena tembak sebab hina RAJA... kalo kat AMERIKA SYARIKAT confirm hilang tanpa kesan... kalo kat MALAYSIA.... rakyat Malaysia akan tetap memaafkan KEJAHILAN beliau tetapi kenalah terima hukuman yang setimpalnya... Paling utama KESEDARAN DIRI.. bukan kerana dipujuk dek kawan2... disebabkan terdesak... tapi kerana tahu akan isu ni bakal membinasakan diri sendiri....

Orang Melayu kaya dengan budaya dan adat resam... pepatah orang tua kata BERANI KERANA BENAR... Aduka kena berdepan dengan isu ni walaupun ade gak ceta dia kena FITNAH!!!!!

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"