Sabtu, Februari 28, 2009

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO ~ Malaysiakini


BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.


BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.


Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.


Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.


Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,


BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!


SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :
Panglima Perang CyberYang Dipertua Blogger Pembela Negara.
28 Februari 2009

PenDeDaHan CuBaAN UnTuk MenGeliRukan UmAt ISLam


DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ...
Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali
leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlaludgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati -hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kitadan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam.
Sekian.
.
SILA SEBARKAN RISALAH INI Sumber: Blog Garamanis)

Edisi Petang : Resolusi edisi pagi telah disahkan dan Artikel Kalimah ALLAH untuk sebaran sahabat BPN -Malaysiakini


Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.


Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.


Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.
Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?

Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.

Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.

Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")

Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.

Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.
Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.

Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.
Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.

Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.

Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Khamis, Februari 26, 2009

Edisi Pagi : Tahniah semua !! Hakim 'PAS' sudah sah menarik diri -Malaysiakini

Tahniah kepada semua sahabat atas kejayaan mendedahkan siapa sebenar hakim yang akan menjadi Hakim kepada petisyen durhaka bekas MB Perak yang jelas sebenarnya ingin mencabar kedudukan Sultan Perak yang telah melantik MB Zamry menggantikan Nizar Jamaludin yang tidak boleh diharap.

Maaf jika anda tidak bersetuju dengan statement saya bahawa Nizar tidak boleh diharap kerana jelas sekali beliau dengan rela mengikut satu persatu kehendak DAP dan PKR atas nama 'censensus' walhal ia adalah satu bentuk domninasi halus DAP yang menjadi parti terbesar memenangi kerusi Perak dalam Pakatan Rakyat.

Cuma satu saja permintaan saya kepada sahabat BPN agar tidak bongkak jika ada kejayaan seperti Nizar tempoh hari kerana jika kita bongkak maka Allah akan mencabut kembali kuasa atau nikmat yang diberi kepada kita sekarang ini seperti perpaduan blogger bawah logo BPN yang baru sahaja diizinkanNYA berlaku selepas kekalahan pejuang agama pada PRU yang lalu.

Selepas ini kita perlu semakin tangkas ke hadapan dan banyakkan masa kita di alam siber demi melawan fitnah kotor mereka. Kerana masa terhad dan berharga itu perlu dikorbankan untuk perjuangan ini dan saya dan anda semua adalah blogger separuh masa yang terikat dengan komitmen kerja dan sebagainya.

Namun ia tidak boleh menjadi alasan kerana kita tentu tidak akan dapat menangis darah lagi jika ketuanan agama, bangsa dan negara kita direbut dan dihakis oleh mereka mereka yang percaya bahawa perkara tersebut tidak relevan dan perlu dibuang dari teras pemerintahan negara kita. Kita kena sedar mereka semakin giat dan berani sehingga Sultan dan Mufti sendiri sudah diaib dan dihina sesuka hati.

Ayuhlah sahabat semua kita bulatkan tekad kita dan naikkan semangat kita membela nasib agama kita negara kita dan bangsa serta Raja kita dengan menggiatkan lagi usaha menerang dan juga menyerang setiap patah kata kata tidak beradab dan tidak bermoral dari pihak 'sebelah sana'

Kita kena sedarkan blogger yang lain agar bersama sama kita membela perjuangan ini dan mari kita satukan hati hati kita agar tidak ada niat selain Mardhatillah yakni keredhaan Allah dan juga agar nikmat Islam akan terus menjadi teras keamanan dan juga ketenangan di negara kita yang turut dirasai oleh warga bukan Islam yang lain.

Pastikan kita habis berjuang sekuat tenaga yang ada demi bangsa agama dan negara..........

Rabu Februari 25, 2009

Hakim tarik diri
dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff
Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang
difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan
serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama
sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said
bagi Pejabat Peguam Negara.
Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan
sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan
beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun
lepas.
Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat
undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi
Zambry.
sumber : Mstar
Hasil Nukilan@Blog : PanglimaPerangcyber jom jenguk...

KoMen SuMandak:

MasA Untuk copy paste je dari blog Pang5... bila dah bz ni Sumandak hanya mampu buat macam ni je la kat... ape pun maci Pang5 keizinan buat KOPI SUSU..... TAHNIAH KAT AHLI BPN.....

KaRPaL NaK JaDi KaPArAT


MP Bukit Gelugor ni asyik je nak dapat publisiti murahan.... ops bukan lagi murahan tapi PUBLISITI LELONGAN....mula-mula dia nak MENDERHAKA kat SULTAN... pastu tarik diri sebab TELUR kat pasar ABIS kena LELONG...... Skang nak BUAT TUDUHAN MELULU kat PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA... ni ape nak jadi ni..... dah tak ada isu ke nak bawa kat DEWAN RAKYAT..... sudah-sudah la tu jaga je kebajikan rakyat di BUKIT GELUGOR nanti ada lagi pula Pilihan Raya Kecil satu lagi di kawasan BUKIT.......
Sedap je dia bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKTA 82) di bawah seksyen 57 Bab 3 Kesalahan-Kesalahan Berhubungan Dengan Kawasan-Kawasan Keselamatan ...... m.s 63...
57. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan senjata api, amunisi dan bahan letupan.
(1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah, yang mana beban membuktinya adalah di atas orang itu, dalam mana-mana kawasan keselamatan membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya-
(a) apa-apa senjata api tanpa kebenaran yang sah baginya; atau
(b) apa-apa amunisi atau bahan letupan tampa kebenaran yang sah baginya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati.

Seksyen ni memang dah nyata lagikan bersuluh maknanya tapi yang Sumandak ndak paham ni PEMUDA UMNO yang dipanggil CILAKA... (sebutan pun ndak betul bikin malu ja jadi rakyat MALAYSIA) dorang ni dah disabit KESALAHAN ke sampai dia ngan BERANINYA buat tuduhan TERBUKA...... hish ndak baik ba buat macam tu..... JAN dia terkena ngan SAMAN MALU dah la.... alamak tersasul pula Sumandak......ape pun LU PIKIR LA SANDIRI... negara kita ni DEMOKRASI kalo KARPAL yang memang nak KARAM dah terima 100 laporan polis ape lagi.....ko buat ja saman kat 100 orang tu ok ape ndak perlu MELALAK DI DEWAN RAKYAT.... PASAL PELURU TU biar je POLIS siasat (alamak KARPAL ni percaya ke ngan POLIS MALAYSIA).... ni pun LU PIKIR LA SANDIRI....
Orang Melayu cakap cakap siang-siang kena pandang-pandang kalo cakap malam-malam GUNA LA LAMPU SULUH.....

Sabtu, Februari 21, 2009

KeBOdOhan Vs KePintaRan SpeAKer DUN PeRAk

MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulanIPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.
Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.
Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Berita Penuh klik disini
KoMen SuMandak:
Ape hal la Speaker ni buat kecoh... nak tanya kalo ni dah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ape pula beliau nak jawab:-
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak kepada Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan negeri Perak.
Perkara 7: Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat....
Perkara 12: Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar....(Baginda Sultan punya kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan di negeri ini).
Jadi rasanya ape lagi Speaker ni nak riuh rendah macam ayam bertelur riuh sekampung padahal hanya sebiji telur je keluar hahahahah.....

AmARan Kat WarTaWAn - TIan ChUa

Apa hal la mangkuk yang berjenama 'TIAN CHUA' ni nak smash kepala orang sesuka ati... ni ke pemimpin PKR yang ada 'INTEGRITI'... sedap ja mulut nak smash kapla orang....kalo wartawan tu Melayu... aik berangkali dia tolong bayar fitrah orang tu kot... kalo wartawan Cina or India... heheh Sumandak kena tanya kat kaum ni la bole ke sesuka ati orang smash kepala dorang....

Berita penuh: Betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?... if you ask me again, I smash your head

Isu ni dah menjadi buah mulut.... buah pinggang.. buah jantung.... dalam mana-mana blog.. jadi sesuai la wartawan bertanya betul atau tidak... kalo la dia ni PEMIMPIN BERINTEGRITI jawab je la ngan baik tak payah emosional...sedangkan ANWAR pun bijak menyusun kata bila dia dituduh kes LIWAT.....skang ni imej dia masih diagung-agungkan walaupun ramai 'BAPUK' puji kat abang ANWAR ni bijak sembunyikan identiti.....(ops talabih sudah)

TIAN CHUA kena ingat... hang dapat publisiti dalam arena politik melalui wartawan karang dorang boikot baru terhegeh-hegeh.....wartawan pun cari makan... tolong la layan mereka seadanya... dah lah kes pukul wartawan penerajunya PAKATAN RAKYAT..... sudah-sudah la tu.... asyik nak aniaya ja WARTAWAN....

Selasa, Februari 17, 2009

KeS EliZ; LoNtar BaTU SeMBUnyi TanGan

Buletin Tv3 hari ni dah papar beberapa kenyataan pemimpin BN pasal kes Elizabath yang 'terANIAYA' dengan pendedahan visual lucah semasa beliau sedang diulit 'mimpi indah'. Sumandak hairan juga ada yang sanggup tuduh pula BN punya konspirasi untuk jatuhkan ECXO Selangor ni.....

Sumandak dah buat servay di pasaran blog ni hasilnya:-

  1. Blogger Pakatan Rakyat Sebar Fitnah (artikel dari GOMO)
  2. Aku Mau Bukti (artikel dari Kingdom Of Heaven)
  3. Eli dan DSAI : kita serupa (artikel dari Taipingmali)
  4. Eliza... kenapa tidor ter'kangkang' (artikel dari abe MIE)
  5. Catatan Petang : Sah ! Anwar tidak kisah moral Elizabeth Wong - Malaysiakini (artikel dari PanglimaPerangCyber)
  6. Full story of Eliza (plus with nude pic?) <artikel dari al-banjari>
  7. Elizabeth Wong Proven Herself....... <artikel dari Malaysia Waves>
  8. Foto Bogel ADUN Bukit Lenjan..... <artikel dari sanggahtoksag0>
  9. Kenyataan Akhbar Zulkifli Nordin.... <artikel dari Zulkifle Noordin>
  10. Isu Bogel - Pas tah moh campur..... (artikel dari 916)

Rasanya kalo dah 10 blog dimuatkan untuk isu ni aje... cukup kot... kalo nak buat asignment pun kena ada sekurangnya lebih 5 ke 8 rujukan baru artikel kita berkualiti.....APE pun LU PIKIR LA SANDIRI... bodo sangat ke BN nak buka aib pemimpin lain sedang PM pernah kata hal PERIBADI jan dok jaja menjadi isu POLITIK.....

Isnin, Februari 16, 2009

Gambar Elizabeth Wong dan teman lelakinya - Malaysiakini



  • Hari ini dan sejak semalam ramai mencari cari gambar Elizabeth Wong (EW) yang dikatakan bogel dan separa bogel ( versi lain ) dan disebar oleh bekas teman lelakinya.



  • Beliau yang juga seorang blogger adalah Exco Pengerusi Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Kerajaan Selangor bawah Pakatan Rakyat.



  • Teressa Kok mempertahankan beliau dari meletak Jawatan sebagai Exco.
    BN mendesak EW meletak jawatan seperti kes Chai Soi Lek sebelum ini.



  • Azizah Presiden PKR menuduh beliau menjadi mangsa 'serangan' dari pihak tertentu


Soalnya, Adakah ini taktik mengalih isu oleh PR yang semakin malap dek derhaka Raja?
Demi memuaskan hati anda yang sungguh sungguh mencari gambar tersebut maka ini ada gambar beliau dan teman lelaki satu parti dengannya ...


KoMen SuManDak:


Hari ni terlalu banyak benda yang nak selesaikan jadi Sumandak hanya dapat buat lawatan kat blog ahli-ahli BPN dan hasilnya hanya mampu buat 'copy' dan 'paste'. Sumber bagi info di atas ni dari panglimaperangcuber.blogspot.com.


Bila baca je berita ni, rasa nak percaya ada juga... tak nak percaya ada juga sebab fakta dia jelas sekali... rasanya Azizah dan Teresa nak biarkan ke Elizabeth ni berhenti macam CHAI SOI LEK..... JAWAPAN TERLETAK KAT RAKYAT SELANGOR....
Orang kata HIDUP kita macam RODA.... Ape pun nasib Elizerbeth diharap dapat dibela... kan kita rakyat MALAYSIA.. tatap ba juga ko dikesiankan....

Sabtu, Februari 14, 2009

7 ApRiL PiLiHanRayA; 29 Mac PenAmaAN CaLON


P59 BUKIT GANTANG

Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%

1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)

Majoriti: 1,566Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851
Penyandang: Datuk Tan Lian Hoe (BN)(Majoriti: : 6,702 undi)

N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)
Sejarah Politik Malaysia diukir lagi apabila PRK bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini. (Klik berita Penuh)

BiLa TiTAh SuLTAn SeLangOr Dah KelUar

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR13 Februari 2009
KoMen SUmaNdaK;
Ba ape lagi KarPAL dan Kunco-kunconya jawab la kalo korang anak jati MALAYSIA.....

TiNdaKan KaRpaL SiNgh BeRSiFaT PeriBAdi BuKan PenDirIan PAKATAN RAKYAT -PeMUda PAS

ALOR SETAR 14 Feb. - Pemuda PAS menganggap tindakan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah di mahkamah, lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata parti itu tetap konsisten dengan dasar mereka dalam mempertahankan institusi DiRaja dan akur dengan perlembagaan.

“Tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Pemuda PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. - Bernama
KoMen SuMandAk:
Sumandak perhatikan selama ni tindak tanduk Pemuda PAS sering bertentangan dengan keputusan DAP....dulu DAP siap bagi 'WARNING' kat mana-mana parti komponen PAKATAN RAKYAT kalo tak sokong atau bersatu; baik jan ada dalam PAKATAN RAKYAT... jadi bila dah ada kenyataan AKHBAR macam ni... rasanya ape pula tindakan PRESIDEN PAKATAN RAKYAT......

KENALI SABAH ; Berita wilayah Sabah@1 papar pembangunan dilaksana k’jaan

KOTA KINABALU: Siaran berita wilayah Sabah@1 yang dilancarkan Isnin lepas memberi ruang yang lebih luas kepada rakyat Sabah untuk melihat paparan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau yang juga Exco Penerangan Negeri berkata, ia juga akan membolehkan kepelbagaian budaya dan bangsa ditonjolkan untuk tatapan semua lapisan masyarakat, sekaligus mengukuhkan perpaduan kaum di negeri ini.

Katanya, berita wilayah selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam melalui siaran TV1 itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar berusaha membantu rakyat Sabah terutama dalam bidang teknologi maklumat.

“Saya berharap dengan pemaparan berita yang lengkap akan dapat membantu memperjelaskan program atau dasar kerajaan dan menangkis apa juga tomahan yang dilemparkan pihak pembangkang
kononnya BN tidak membawa apa-apa pembangunan.

“Sebenarnya kerajaan telah melaksanakan banyak projek pembangunan termasuk infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan sekolah. Semuanya boleh dipaparkan dalam berita wilayah Sabah
untuk tontonan seluruh rakyat,” katanya. (
Klik berita penuh)
KoMen SUmanDak:
SuKaBenar hati SUmanDak bila melihat usaha Kementerian Penerangan akan memaparkan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Sabah melalui siaran Sabah@1 yang akan bersiaran selama 30 minit. Jadi tak ada lagi lah kejahilan rakyat Malaysia terutamanya yang amat menyanjungi PAKATAN RAKYAT mengatakan bahawa orang Sabah ni adalah orang INDONESIA....

TanGGUh LaGI PeNSIANgaN

12 Februari 2009, Mahkamah Persekutuan menangguhkan lagi keputusan untuk menentukan sama ada kerusi P.182 Pensiangan perlu dikosongkan sebagaimana keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 September... (klik untuk berita penuh)
KoMen SuMandak:
Ape pun keputusan daripada Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Joseph Kurup perlu sentiasa menjaga kebajikan rakyat Pensiangan dan tidak ada istilah beliau 'direhatkan'. Sehingga ke hari ini juga Sumandak bersyukur kerana rakyat khususnya di kawasan ini sentiasa peka akan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada mereka.

Selasa, Februari 10, 2009

Artikel Untuk Sebaran Sahabat BPN - Isu Nizar Enggan Letak Jawatan MB

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Isnin, Februari 09, 2009

BiLa AnWaR MenJADI PeNASiHat NIZaR

Selepas keadaan politik Perak menjadi tak menentu, Anwar sekali lagi menjadi HERO dalam Pakatan Rakyat...dengan yakin dan pasti Anwar setiap 'saat' mendampingi NIZAR untuk membuat keputusan dan tindakan di saat-saat genting....
Antara nasihat-nasihat yang cukup bernas dan diterima pakai oleh Nizar:-
  1. Mengadakan demonrrasi jalanan (tapi sedih hanya ahli PAS je sanggup berpanas di atas permukaan jalan raya).
  2. Nizar dengan melantik Karpal sebagai peguamnya akan menyaman Sultan Perak (walaupun tahu akibat menderhakai Sultan).
  3. Nizar tidak akan sekali-kali meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun mendapat titah daripada Baginda.
  4. Nizar akan terus menetap di kediaman rasmi MB Perak selagi Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan.

Nizar telah membina imej seorang pemimpin Melayu di negeri Perak atas tiket PAS. Nizar menjadi idola di kalangan ahli PAS kerana berjaya menjadi MB. Namun mampukah Nizar bertahan apabila mengikari arahan Baginda?.... Mampukah Anwar terus menjadi penasihat Nizar sedangkan kini bahana yang diterima hanya kepada parti PAS dan pemimpin PAS dan tidak kepada Anwar.

Karpal telah memberi amaran tegas kepada sesiapa yang membuat laporan Polis ke atas beliau akan menerima balasan mengikut Undang-Undang yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mampukah Karpal berdiri sendiri, sedangkan pemimpin DAP kini mula menjauhi beliau.....

Inikah parti yang rakyat inginkan.....Sandiwara ANWAR kini kian terbongkar.... kalo dalam episode KOREA mahupun INDONESIA; pembongkaran sifat sebenar ANWAR akan disiarkan dalam episode ke 1,000. Tapi jika rakyat yakin dan pasrah WAJAH sebenar ANWAR akan dilihat tanpa menunggu eposide seterusnya....

Sabtu, Februari 07, 2009

WaJaH SeBeNAR AnWAr - Isu LoMpAT KATAk di SaBah

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim is the one who started the so-called "frog hopping culture'" in Sabah politics.

Parti Bersatu Sabah (PBS) Vice-President Herbert Timbon Lagadan said it was well known that Anwar was the mastermind of the PBS' slim majority government's downfall in 1994.

"I wish to remind Anwar that he is reaping what he had sown in 1994. He was the one who started the 'frog hopping culture' in politics and caused the downfall of PBS government 15 years ago 'by hook or by crook'," he said. (berita penuh)

Sumber: Daily Ekspress 7 Feb 2008
KOmeN SuMandak:
Nilah masa untuk menunjukkan WAJAH SEBENAR ANWAR..... sedarlah rakyat Sabah sape yang dah membuatkan kita jadi macam ni... sejarah tak pernah membuat 'AUTA' tetapi sejarah memberi JAWAPAN TEPAT untuk buktikan siapa PENGKHIANAT dalam negara kita......

PAS bUat BaNTahAn SoRang-SorANg

Sekali pandang macam orang tengah buat 'latihan keselamatan'... tapi 2 kali pandang masyallah ni kah yang dikatakan oleh PEMUDA PAS yang selama ni dorang nak buktikan DEMOKRASI dalam PAKATAN RAKYAT.... terima ja lah hakikat kerajaan Perak dah berubah....
Nampak korang je (PAS) bersungguh-sungguh buat demontrasi jalanan.....ni mana rakan-rakan lain takkan dah lari bawa BENDERA masing-masing....

Mufti: Tidak taat kepada raja adalah derhaka - malaysiakini


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.
''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.''
Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

"Raja Adil, Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah"
Sumber;Perisik Rakyat 7 Feb 2008
kOmEN sUmANDaK;
Sedih bila Sumandak melihat komen yang cukup menghina maruah seorang Mufti hanya disebabkan perubahan pucuk pimpinan di negeri Perak.. 41 komen yang dipetik dari http://perisik-rakyat.com/.
Inikah wajah sebenar bloggers yang 'lontar batu sembunyi tangan'... kalo nak sangat kebenaran tu berpihak kepada korang tunjukkan diri; orang kata BERANI KERANA BENAR.......
Dalam ape pun ajaran agama tak pernah mengajar penganutnya menghina seseorang sehingga begini aib.... insaflah... kerana ANDA juga sedang diNILAI......

KeJATUhan PKR MuLa TerSerLaH

TUJUH = LAPAN
Sumber: http://jentayuabaka.blogspot.com/ pada 7 Feb 2009 jam 2.43 pm.

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 1:39 AM . Saturday, February 7 6 Komen
( Lintas Langsung dari Kuala Kangsar )

1. ALHAMDULILLAH, bersyukur kepada Allah SWT akhirnya YAB Menteri Besar Datuk Dr. Zambry selamat mengangkat sumpah.

2. DYMM Paduka Seri Sultan Perak & Raja Nazrin sangat gembira dengan kerajaan baru di negeri baginda sultan. Perubahan ini merupakan Kemenangan kepada Raja-Raja Melayu terutama Raja Perak apabila Bekas MB Nizar yang dikontrol oleh Puak-puak DAP mengikut apa jua kehendak konco-konco DAP seperti isu 999 tanah, Mempersoal Hak & Kuasa Raja Melayu, dan YANG TERBARU MEREKA MAHU MENYAMAN RAJA MELAYU !

3. BEKAS MB Nizar yang memohon Derhaka kepada Sultan memang pun menderhaka kerana tidak menerima Titah DYMM Paduka Seri Sultan supaya meletakkan jawatan. Sebelum itu pun, Bekas MB Nizar kelam-kabut mengumumkan pembubaran DUN Perak Tanpa merafak sembah kepada Raja Perak. Nasib Baik dia tidak tinggal di Johor!

4. INTIPATI kepada peristiwa ini ialah PERINGATAN kepada DAP bahawa Negara ini ada Raja. Negara ini bukan setakat ada Mahkamah, Perlembagaan dan Undang-Undang tetapi ada satu INSTITUSI yang sudaha lama diamalkan sejak Zaman Melaka lagi iaitu INSTITUSI RAJA.

5. Berdasarkan pemerhatian penulis di Kuala Kangsar 2 3 hari ini, yang menentang sangat sehingga menghalang laluan kereta kerabat DiRaja Perak ialah orang-orang luar, bukannya orang Perak.

6. YB DAP Fong Po Kuan menyatakan partinya sedang mengalami Kemelut Dalaman yang besar. YB Hee Yit Foong adalah Revolusi yang memulakan penghijrahan YB-YB DAP di Kedah & Selangor tidak berapa lama lagi.

7. Manakala YB Jamaludin & YB Mohd. Osman menjadi Pemangkin kepada rakan-rakan YB PKR mereka di Kedah & Selangor untuk berhijrah dan menubuhkan Kerajaan Baru .

8. Seperti kata Bekas MB Nizar, tindakan melompat adalah Demokratik sebagaimana semasa dia menerima YB Bota menyertai Bota 11 hari yang lalu. Maka Penghijrahan YB PKR/DAP di Kedah & Selangor samalah tafsiran Bekas MB Nizar sebagai Demokratik...bukan begitu.

9. Kerajaan Baru di Kedah & Selangor dijangka berlaku menjelang April. Sekurang-kurangnya 7 YB PKR/DAP di Kedah bakal Berhijrah dan 8 di Selangor.

10. Semuanya berlaku kerana selepas hampir 12 bulan memerintah mereka saling curiga-mencurigai, berebut kuasa, dan memerintah ikut kehendak masing-masing ( tidak mentadbir mengikut general orders )

11. Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Bloggers Pembela Negara ( BPN ) yang bersatu hati mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, & Tanah Air ini daripada diSingapurakan oleh DAP! Walaupun anggota BPN tidak mengenali antara satu sama lain, namun kejayaan di Perak juga banyak dibantu oleh BPN di alam maya, semoga Allah SWT memberkati.

12. Masya'Allah, bukan saja mereka nak menyaman Raja Perak tetapi ada pihak bercakap Sultan Perak " anjing " ! Kalaulah Dato Harun Idris masih ada...
KoMeN SuMAndAk:
KeBenAran SemAkin MengHampiri KIta....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"