Selasa, Mei 05, 2015

HALAMAN DAN CORETAN BAHARU

Sudah lama saya tidak beri coretan dalam laman blog ni sejak tahun 2012. Kira-kira hampir 3 tahun tidak menyentuh keyboard dan melawat-lawat blog2 rakan semaya.
Banyak juga perubahan yang dilihat.... dari satu perjuangan menjadi pecahan kecil... dari kecil sekarang GAH menjadi sebuah TEMBOK BESAR yang mampu gegarkan suara maya.
Namun dewasa ini semakin mengerunkan bila mula PERANG MINDA di dalam MAYA... Infografik dicipta indah untuk menjatuhkan individu atau kumpulan tertentu... pengunjung maya KELIRU di mana hendak mencari kesahihan ceta sebenar..
Peristiwa atau insiden di mana-mana mudah tersebar tanpa tunggu berita PERDANA atau akhbar media tradisional. Semua ini satu perubahan yang cukup membuktikan MALAYSIA MAJU JAYA DALAM LEBUHRAYA MAYA.
Pelbagai isu diketengahkan tetapi yang paling popular di Malaysia adalah isu POLITIK. Politik menjadi makanan setiap waktu kepada rakyat MALAYSIA tanpa mengira umur dan etnik. Akhirnya insiden MH370 juga dipolitikkan dengan pelbagai konspirasi sehingga syarikat penerbangan utama negara nyahmotivasi ekoran rakyat kita sendiri tidak yakin dengan kebolehan pilot dan orang kita dalam menyelesaikan isu ini.
Sekarang isu GST, satu isu yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.. Bermula dengan resit tulisan tangan kemudian isu topup (pra bayar telefon mudah alih). Akhirnya untuk resit KASTAM kata peniaga bole guna resit tulisan tangan yang telah dapat kelulusan mereka diguna sehingga penghujung bulan September 2015. Manakala Topup, Menteri KKMM berjanji akan bawa pilihan ke-3 kepada CEO Telco untuk memastikan kebajikan rakyat terbela... mudah-mudahan usaha ini dapat kurangkan rungutan rakyat. Hasil rungutan ada juga orang buat ceta politik....   mmmm. politik lagi pusingannya.
Tapi kalo di Sabah paling popular dan kini semakin hilang hala tujunya sebuah NGO yang dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia, Doris Jones antara individu WANTED bagi PDRM.. Tinggal di London tapi berjuang nasib orang-orang Sabah. Hairan bin ajaibnya kalo betul dia pejuang untuk rakyat Sabah marilah datang ke Sabah berjuang bersama SAPP yang selama ini kununnya sentiasa bela nasib rakyat sedangkan masa Yong Teck Lee jadi Ketua Menteri Sabah ada isu juga pasal tanah pesisir pantai sekitar Kota Kinabalu tapi alhamdulillah ada sudah tolong cover balik.
Semua ini berlaku dalam tempoh2 saya tidak lagi aktif dalam blog. Tapi sayang juga saya tidak dapat kongsi ceta-ceta Sabah dengan rakan maya. Insya allah saya akan kongsi ceta-ceta panas dan sensasi dari Negeri Di bawah Bayu..
Apa pun bulan ni adalah BULAN KAAMATAN.... kepada rakan-rakan etnik Kadazan Dusun dan Murut... Selamat Menyamnbut Hari Menuai dan semoga kita bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian di Sabah yang semakin mengancam anakbangsa kita untuk terus lahir dengan jati diri yang tinggi.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"