Ahad, Oktober 31, 2010

Untuk Hidup Sanggup Jadi Anak Ayam Anwar

Pengikut kuat Tamrin, Cabang PKR Sandakan cukup kecewa dengan tindakan serta keputusan Tamrin bersama-sama Anwar berkempen di Parlimen Batu Sapi. Mereka berkata kalo sudah pemimpin atas tidak suka buat apa lagi pipi tersorong-sorong.. Walaupun Anwar pemimpin besar PKR tetapi sebagai pemimpin perlu jugak memahami kehendak ahli yang cukup setia dengan PKR Sabah selama ini.
"Kami sanggup bertumbuk pertahankan maruah Tamrin dari dimalukan terus oleh Ansari, tapi bila Tamrin ikut berkempen di Hotel Sanbay, Sandakan dengan Anwar seolah-olah Tamrin lupa penghinaan Ansari terhadap dirinya"... inilah kata-kata pengikut Tamrin yang cukup menjaga maruah diri walaupun Ansari rakan politik tapi maruah tetap maruah.. Jangan sesekali menghina orang Sandakan.
Pengikut Tamrin amat berharap Tamrin berfikir secara rasional memang semua ini adalah untuk parti tetapi cukuplah penghinaan yang dilakukan. Dan kenapa Anwar perlu pilih calon luar sedangkan anak tempatan Sandakan lebih dikenali dan didampingi pengundi Batu Sapi... KAMI PERLUKAN KEADILAN dan ANWAR kena bukti parti ini diperkenalkan untuk mencari KEADILAN rakyat MALAYSIA... Sabah pun rakyat Malaysia jugak.
Sungguh sinis kata-kata pengikut kuat Tamrin semasa ditemui di Hotel Sanday tadi.. apa pun Anwar seorang individu yang sungguh bijaksana dan sentiasa memastikan pengikutnya dengar cakap beliau.. Ternyata Tamrin tersungkur dari pertahankan maruah demi survial politik..

PKR dan SAPP hilang ahli di Parlimen Batu Sapi

Berita ni tanda apa di Parlimen Batu Sapi? Bukan setakat PKR tetapi SAPP turut berdepan dengan isu ahli keluar parti. Ni apa cerita? Teruk sangat ke kepimpinan PKR dan SAPP hingga ahli keluar parti.

HARAPAN TERAKHIR UNTUK CINA DI SABAH


"Saya adalah harapan terakhir masyarakat Cina di Sabah". Kata-kata ni cukup membuktikan Yong Teck Lee bukan pemimpin yang telus untuk menjaga kebajikan Parlimen Batu Sapi. Kalau ikutkan kata-kata YTL lebih kepada 'racist'.


Cukup orang Bumiputera Islam diupah membawa bendera SAPP semasa penamaan calon kononnya YTL dapat sokongan penuh daripada Bumiputera Islam. Sedih sungguh nasib Bumiputera Islam yang terdiri dari suku kaum Bajau, Suluk dan Bugis. Nasib mereka dibuat seperti barang mainan dibuai dengan mimpi yang tidak akan menjadi realiti.


Bila melihat keadaan ini, kita tak perlu beremosi sebab hanya buang masa saja untukmelayan lakonan YTL yang jelas memperbodohkan Bumiputera Islam. Sedarlah undi yang bakal diberikan kepada YTL bakal memusnahkan masa depan ANDA sebagai pengundi Batu Sapi. Ketahuilah siapa sebenarnya YTL dan perjuangannya hanyalah untuk kepentingan diri.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Anwar Kata Yong Bukan Saingan


Ketibaan Anwar Ibrahim ke Parlimen Batu Sapi memang dinanti-nantikan... ceramah Anwar memang sentiasa meriah dengan kata-kata yang cukup manis untuk membutakan mata dan memekakkan telinga sesiapa sahaja yang mendengari dan memandang beliau.
Sekali lagi hubungan persahabatan antara Anwar dan Yong tercalar dengan kata-kata Anwar dalam ceramah politiknyadi Parlimen Batu Sapi.... Adakah Yong berdiam diri melihat rakan seperjuangannya menelanjangkan dirinya... pasti kita nantikan episode jawapan balas dari Yong Teck Lee... tunggguuuuuuu pasti ade cerita lagi hangat di pasaran..

KITA SERUPA - SIAPA TIPU SIAPA????

Yong berjuang untuk Sabah for Sabahan manakala Ansari pula berjuang untuk bawa nasib rakyat Batu Sapi dari terus dianiaya. Yang hairannya Yong dan Ansari asyik fikir kebajikan rakyat Sabah tapi.......
1. Yong Teck Lee semasa jadi Ketua Menteri Sabah tidak meluluskan geran tanah untuk kampung-kampung tradisi Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak pula diluluskan..
2. Ansari kena tumbuk oleh pengikut kumpulan Tamrin sejurus dia diumumkan calon PKR kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sandakan. Tamrin ni orang kuat PKR tapi napa Ansari mereka tolak......
3. Yong Teck Lee robohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah ini terbiar disebabkan tidak mempunyai geran.....
4. Ansari pemimpin utama PKR Sabah, tapi kenapa setiap kali pilihan raya umum di kawasan ini Ansari bertanding kalah adakah orang Tuaran rasa Ansari tidak sesuai jadi pemimpin mereka.....
RASANYA PARLIMEN BATU SAPI nak bagi SIAPA?!!!!

Siapa Tipu Siapa - Ansari Sahabat Yong Teck Lee


Satu perkara yang perlu orang Batu Sapi tahu... Ansari dan Yong ni adalah kawan.. istilah musuh tiada dalam kamus politik mereka... Ada beberapa kecurigaan kempen yang dilakukan oleh pengikut kuat SAPP dan PKR.

1. Peristiwa menaikkan bendera dan memasang poster calon P.185 Batu Sapi.. (gambar ada tangkap tapi dilarang atas keselamatan blogger) SAPP dan PKR menggunakan orang yang sama tampal poster dan naikkan bendera sepanjang Jalan Batu Sapi. Pergerakan mereka cukup bijak dilakukan pada 3 pagi hingga 4 pagi...

2. Jentera kempen PKR jumpa pengundi Batu Sapi guna ayat ni "Kami bukan musuh atau lawan UMNO tapi kami mahu lawan PBS, jadi pilihlah PKR untuk ksejahteraan semua".

TAMRIN DALANG ANSARI JATUH!!!!


TAMRIN dikatakan suspek utama menyebabkan calon PKR (ANSARi) jatuh untuk kali kedua dari jambatan semasa berkempen di P.185 Batu Sapi. Pemerhati politik sekitar Parlimen Batu Sapi melihat kes ini ekoran daripada pergaduhan di Lapangan Terbang Sandakan yang mana berlaku bergaduhan antara Tamrin dan Ansari.
Rasanya Tamrin tidak akan berdiam diri membiarkan ANSARi selesa berkempen di Batu Sapi. Anwar apa lagi pasti menjadi BURUNG UNTA menyembunyikan kepala dan tidak akan memihak mana-mana sebab kedua-dua adalah orang KUAT PKR di Sabah.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kenangan Yong bersama PKR - PKR tetap ditipu!!!!

Yong bersama M.D Mutalib seorang penulis bebas dan kini pengarang Sabahkini.net yang berani mendedahkan kelemahan pemimpin tak kiralah pemimpin BN mahupun Pembangkang.. Yong pasti adakan perbincangan yang cukup sulit sebab Mutalib hanya layan cerita-cerita kontroversi untuk pemimpin Sabah.
Tetap tinggal dalam kenangan.. Ritual membakar lilin pasti buat Yong terkenang ketika itu SAPP rakan sepolitik DAP-PKR-PAS... tapi demi kerusi P.185 Batu Sapi, Yong lupakan dulu kenangan indah bersama Pakatan Rakyat.


batu sapi: new PKR anthem!

Sesuatu yang pasti menyengat kepada penyokong kuat ANwaR pastikan ANDA menghayati klip video ni hangat di pasaran.

YONG TECK LEE TIPU RAKYAT SABAH!!!

Mantan Ketua Menteri Sabah- Yong Teck Lee kini calon SAPP P.184 Batu Sapi
Yong ni memang mesra rakyat.. senyuman dia sampai ke telinga (perumpamaan).. bila orang pandang pasti 'sejuk mata memandang'.. bila ada musibah pasti dia menghadirkan diri lebih-lebih lagi Bumiputera Islam. Atas keprihatinan Yong dia terpilih menjadi Ketua Menteri tapi kebetulan jugaklah kouta SAPP untuk jadi Ketua Menteri Sabah.
Yong tubuhkan SAPP selepas perang mulut dengan Pairin-PBS untuk dia mencari peluang jadi KETUA, sedangkan pada masa itu Yong pegang jawatan Timbalan Presiden PBS... Yong tahu untuk jadi Ketua Menteri dia kena buat satu parti baru di Sabah. Yong 'terpaksa' jadi pengkhinat kepada PBS dan tertubuhlah SAPP pada tahun 1994 yang ketika itu masih lagi jadi parti di bawah komponen Barisan Nasional.
Bila dia terasa ati dengan Pak Lah yang ketika itu Perdana Menteri, Yong buat undi tidak percaya terhadap PM. Dan tercatatlah sejarah 17 September 2008, Yong bawa SAPP keluar dari BN. Selepas peristiwa itu Pak Lah buat kenyataan yang jelas kepada media massa, "Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)". Antara tuntutan besar yang YONG kemukakan kepada PM ialah jawatan SENATOR..

Ansari Jatuh Untuk Kali Ke-2

Jambatan yang pertama buatkan ANSARi terjatuh... ni nampak sangat ANSARi cari jambatan usang untuk dilalui...




Jambatan ke-2 yang buat ANSARi terjatuh lagi.. kali ni silap langkah jambatan masih utuh tapi boleh pula runtuh bila dia guna.... betulkah ni tragis untuk ANSARi atau ada udang sebalik batu!!!

JATUH LAGI!!!!!!...... aik takkan tragedi jatuh jambatan berlaku 2 kali??? Tengok keadaan jambatan kukuh ja.. aku pernah tingal di kawasan macam ni pun ndak la pernah mengalami kejadian macam ni... atau ada yang sengaja nak buat cerita... teruk sangat ka jambatan di kampung ni?


Tengok saja bah permukaan jambatan dia cantik lagi ndak pun berlubang-lubang pastu yang hairan dibulatan garis oren tu kenapa ada wayar berselerak disana.. macam kena potong ja wayar tu untuk kukuhkan jambatan ke rumah orang kampung... takkan tuan rumah sanggup pula biarkan jambatan dia rosak sampai tahap macam tu... agak2 la...


Kalau mao jatuh lagi carilah papan jambatan yang berlubang n nampak usang ni masih bagus lagi bah.. ni macam mao kasih malu orang Sabah ja... Atau ANSARi ni banyak dosa sampai jambatan tu pun ndak dapat tampung berat DOSA yang dia BUAT... nauzubillah... cian tuan rumah kena cari lagi duit baiki jambatan ke rumah dia!!!!

Pasti Yong dan Ansari Gentar Dengan Ibu Tunggal


Pasti Linda berjuang untuk meneruskan agenda mendiang suaminya.. tapi ada suara sumbang yang keluar dari mulut ANSARi untuk LINDA lebih menumpukan hal-hal rumah tangga sebab kerja itu lebih sesuai selepas ketiadaan suami yang disayangi.
ANSARi cukup perihatin dengan nasib LINDA hingga kehidupan masa depan LINDA beliau turut fikirkan.. memang sesuai jika pengundi Batu Sapi pilihn ANSARi sebagai wakil rakyat Parlimen Batu Sapi.. Tapi adakah salah seorang ib tunggal menceburi bidang lain selain bidang suri rumah tangga... adakah jahil sangat kaum IBU untuk menjadi bakal pemimpin negara... adakah ini maksud tersirat ucapan ANSARi...
Seharusnya ANSARi fikirkan kenapa Yong Teck Lee mahu bertanding dikerusi Parlimen Batu Sapi... bukankah selama ini Yong telah bersetuju atas dasar survivel politik PKR akan diberi laluan mudah untuk tawan kerusi PARLIMEN...

Khamis, Oktober 28, 2010

PeranakSamaTuaran.: Siapa Tipu Siapa...YTL.

PeranakSamaTuaran.: Siapa Tipu Siapa...YTL.: "Yong Teck Lee secara sahnya akan bertanding sebagai calon SAPP di Batu Sapi. Walaupun telah membuat pakatan dengan PKR/DAP, beliau tetap jug..."

Siapa Tipu Siapa????

Linda pilihan Paul untuk kali terakhir sebelum Paul meninggalkan dunia yang penuh dengan pertaruhan... pastinya Paul juga inginkan keamanan bukan satu pembohongan yang dibawa oleh Yong Teck Lee.


Untuk siapa Yong Teck Lee berjuang... adakah untuk rakyat Sabah atau untuk kepentingan diri. Dulu masa dia menjadi Ketua Menteri Sabah memang mudah didampingi, mesra rakyat tapi sayang sejuta kali sayang bila Yong mula menjadi tamak.. menuntut sesuatu yang tak pasti sesuatu yang jelas adalah hak Bumiputera.
Sekarang PKR baru kenal siapa Yong.. mula-mula keluar daripada BN dan menjadi YB BEBAS sanggup berjanji dengan PKR untuk pastikan mana-mana kerusi DUN hanya SAPP sahaja yang akan bertanding dan manakala kerusi Parlimen pula SAPP akan beri laluan kepada PKR.. Ternyata MoU antara SAPP-PKR meleset sebab ingin test kuasa Yong sanggup tikam PKR...
"Sabah for Sabahan" tulah semboyan SAPP sepanjang PKR P.185 Batu Sapi... kalo di dengar ceramah Yong Sumandak pun rasa nak juga pangkah SAPP tapi bila fikir punya fikir YONG sanggup gadai maruah untuk kepentingan diri mmmmmbaik pilih PKR walaupun parti IMPORT.. apa pun Yong telah menipu.. menipu siapa ANDA fikirlah sendiri!!!!

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"