Sabtu, Februari 14, 2009

KENALI SABAH ; Berita wilayah Sabah@1 papar pembangunan dilaksana k’jaan

KOTA KINABALU: Siaran berita wilayah Sabah@1 yang dilancarkan Isnin lepas memberi ruang yang lebih luas kepada rakyat Sabah untuk melihat paparan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau yang juga Exco Penerangan Negeri berkata, ia juga akan membolehkan kepelbagaian budaya dan bangsa ditonjolkan untuk tatapan semua lapisan masyarakat, sekaligus mengukuhkan perpaduan kaum di negeri ini.

Katanya, berita wilayah selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam melalui siaran TV1 itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar berusaha membantu rakyat Sabah terutama dalam bidang teknologi maklumat.

“Saya berharap dengan pemaparan berita yang lengkap akan dapat membantu memperjelaskan program atau dasar kerajaan dan menangkis apa juga tomahan yang dilemparkan pihak pembangkang
kononnya BN tidak membawa apa-apa pembangunan.

“Sebenarnya kerajaan telah melaksanakan banyak projek pembangunan termasuk infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan sekolah. Semuanya boleh dipaparkan dalam berita wilayah Sabah
untuk tontonan seluruh rakyat,” katanya. (
Klik berita penuh)
KoMen SUmanDak:
SuKaBenar hati SUmanDak bila melihat usaha Kementerian Penerangan akan memaparkan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Sabah melalui siaran Sabah@1 yang akan bersiaran selama 30 minit. Jadi tak ada lagi lah kejahilan rakyat Malaysia terutamanya yang amat menyanjungi PAKATAN RAKYAT mengatakan bahawa orang Sabah ni adalah orang INDONESIA....

5 ulasan:

Shitsurei Shimashita berkata...

BULI BAH KALAU KO- pembangunan gimana dimaksudkan tu liau?
kdg2 pelik tengok berita
TV1 - smuanya baik tp TV3 slalu juga keluar yg kurang baik.

org skrg mo ketelusan bah, idak mo lg penipuan. Org2 dia ja yg kaya, rakyat dibantu ikut suka aja.

gimana aku tau- bapak mentua aku org UMNO Penampang. penah jd ketua cawangan lagi.

sumandak bayu berkata...

Sejahtera Shitsurei...

Ni lah kita mau kasi seimbang kalo kita asyik ceta buruk ja jadi rakyat Malaysia ndak tau pula bahawa kita dah menikmati pembangunan oleh kerajaan sedia ada.....

TV1- nak buktikan pembangunan yang dah dibagi ngan rakyat.

TV3- dorang dok cari mana yang mau dibaiki...

Ndak ka seimbang... jan ba pikir negatif ni la kesimbangan dalam dunia media massa kita....

Kalo ndak silap aku kekayaan orang UMNO di Penampang disebabkan dorang sebelum jadi ahli UMNO memang bah sudah berniaga (era PBS lagi)... jadi bila bertambah ekonomi dorang tu kira rezeki la... takkan kita mao salahkan UMNO lagi... AGAK2 la ba liau...

Shitsurei Shimashita berkata...

sa tidak salahkan UMNO, sa bercakap ttg segelintir org dalamnya. byk ketirisan dalam UMNO/BN bah. PR lum lagi sa nampak coz baru lagi dan hingga sekarang masih amalkan sikap terbukja pada kritikan dan pandangan.

cuba tgk masa permilihan bahagian, sapa yg bangkang atau tidak setuju kena boo. Kemudian yg da duit buli menang tiada duit kalah mcm yg terjadi dgn Allahyarm Dato Razali (MP KT)

kita mo semua rakyat Malaysia maju, org skrg pikir jika sapa yg jd kerajaan adalah tanggungjawab membangunkan, menolong, menyediakan pa yg patut utk rakyat. Rakyat pula akan sokong dan bantu kerajaan pula sebagai balasan.

Tp jgn ungkit2 kata rakyat tak bersyukur, bukan rakyat x bersyukur liau tapi semacam yg tdk kena dgn setiap pembangunan. Pembaziran terlampau (laporan audit negara namun tindakan hanya di ambil ke atas ikan bilis) kalo di jepun menteri dah kerana gagal menjalankan tanggungjawab/amanah.

tuan salah paham ttg kekayaan itu~ sa maksudkan org2 dia tu pak menteri dan konco2nya saja. Kalo org kita kaya kerana kerja yg betul ngapa mo bising2. Sa bangga tgk org kita maju terutamanya org Islam. tentu tuan pernah dgr lagu Aku Mahu Kaya~karya ustaz Asri.

Pa yg sa tulis hanyalah pandangan sa.

sumandak bayu berkata...

Sejahtera Shiturei,

Cukup telus perjuangan mu Shiturei jika itu la pandangan kamu dalam arena politik kita.. Man cukup bangga sebab anak belia kita dah bijak membuat analisis kepimpinan SYABAS....

Tapi kebijaksanaan kita jan sekali-kali dipergunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab... dunia kita skang ni terlalu licik.... baju kita tau warna ape yang dorang guna tapi ati tetap kita tak bole jangka....

Hanya dengan keikhlasan sahaja yang dapat membuktikan kita berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Cuma Man tertanya2 juga nape ketirisan dalam Pakatan Rakyat tak dihebohkan sangat... jadi adil tak perkara ni... sekadar berkongsi info ngan liau...

Tanpa Nama berkata...

bulih ba kalau kau umandak. orang orang macam ko la yang suka mengembangkan apa yang minta dikembang kembang. tidak taulah ko sekolah tinggi ka tidak, atau sekolah tinggi pun, mangkali ko belajar di luar negeri, apa pun tidak tau pasal di sini, atau ko belajar di maktab saja, atau memang pengampu dari dulu, atau ko memang jenis pengampu? apa pun, sekarang semua orang tau mana intan mana kaca, tapi selalunya orang susah membuat pilihan kerana kuku itu sudah jadi besi. obulih ko no oiiii.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"