Isnin, Mei 31, 2010

Amalan KIASU perlu KiTa LaKsANakAn DeMi MeMarTaBatkan NegARa

Hari ini persoalan Sumandak dah terjawab bila terbaca artikel di Berita Harian "Semangat Kebangsaan Rakyat Masih Rendah".. memang inilah yang berlaku di kalangan generasi muda kita dan tidak ketinggalan juga yang berusia pertengahan.. Sumandak pernah melawati Singapura memang semangat kebangsaan mereka cukup TINGGI... dan tak pernah nak mengalah kepada bangsa @ negara lain demi memastikan mereka mendapat HAK yang sewajarnya..
Tapi sayang seribu kali sayang... segelintir rakyat kita tidak belajar untuk menyimpan semangat kebangsaan. Ape yang mereka tahu hanya merungut... membidas pelbagai isu dan akhirnya mereka antara penyumbang meruntuhkan imej negara kepada dunia luar... Bila keadaan ini semakin meruncing banyak impak yang kita rasai.. paling teruk adalah ekonomi kerana keyakinan pelabur asing makin berkurangan bila rakyat di negara ini sendiri memberi gambaran yang negatif...
Bagi Sumandak tak ada salah untuk membuat teguran tapi baik berpadah-padah dan guna saluran yang betul... Cuba tanya dengan rakyat Indonesia walaupun mereka ramai berhijrah tetapi nama untuk memburukkan negara mereka amat jauh sekali berbanding kita walaupun negara Indonesia sering dilanda permasalahan di peringkat global... Kita lihat juga dengan rakyat Thailand walaupun pergaduhan hingga ada mengorbankan nyawa tetapi rakyat mereka masih menjaga imej negara mereka... Tanya cucu 7 generasi Mahsuri kenapa tak nak mengubah warganegara Thailand kepada Malaysia... sebab semangat kebangsaan yang diterapkan di peringkat sekolah rendah cukup tinggi hingga tahu berterima kasih kepada NEGARA yang dia duduki...
Sedih bila kita lihat bendera Jalur Gemilang di BAKAR.... di TERBALIK untuk menunjukkan protes kepada pemerintahan kerajaan pada hari ini... ada juga yang KURANG AJAR mereka cipta lagu NEGARAKU dan hanya ucapan MAAF beliau diterima semula dalam kelompok NEGARABANGSA MALAYSIA... bilalah RAKYAT MALAYSIA sedar bahwa kita takkan dapat bertahan lama bila SEMANGAT CINTAKAN NEGARA semakin RAPUH ditelan MASA.... kita renungi bersama

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"