Sumandak hingga hari ni tak paham dengan segelintir pemimpin di negara ini yang sering dan dengan 'sendirinya' juga mempertikaikan beberapa fasal 152 dan 153 yang dah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seolah-olah kemasukan mereka di dalam senarai kabinet adalah 'laluan emas' untuk mengubah perihal di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bukan juga Sumandak nak mencetuskan ISU PERKAUMAN tetapi yang jelas mengapa pencetus isu sebegini sering melibatkan kaum CINA dan INDIA.....adakah agenda tersembunyi mereka yang dah 51 tahun merdeka bersama......atau selama tempoh tersebut mereka dah tahu 'lombong emas' di mana.....atau mereka dah tahu tak perlu 'HIJRAH'; MALAYSIA adalah destinasi yang mampu menguatkan kedudukan mereka.....
Terlalu lantang kata-kata Sumandak seolah-olah Sumandak dah labelkan mereka sebagai seorang PENJENAYAH yang dah lakukan jenayah berat. Tetapi sape tak terguris hati.... terasa hati.... dan tersentuh hati.... bila mana kaum tertentu mempertikaikan apa yang menjadi tunjang PERPADUAN negara... tunjang kepada KEAMANAN negara dan tunjang kepada EKONOMI negara.......
Kenapa semua ini perlu berlaku.......adakah perlu; KITA dah jadi pemimpin; KITA punya kuasa bersuara untuk mempertikaikan PERLEMBAGAAN NEGARA.......perjuangan ini sering di
lakukan dengan BERALASKAN alasan demi KEBAJIKAN RAKYAT yang berbilang kaum.......atau yang sebenarnya ada udang di sebalik mee.........
Sedarlah kita capai MERDEKA macam mana.........Sumandak walaupun tak merasai detik bersejarah itu tapi yakin MELAYU, CINA dan INDIA berpegang tangan, berganding bahu dan sepakat dalam agenda MEMPERJUANGKAN ERTI KEMERDEKAAN.
Semangat MERDEKA bukan saja kita laungkan pada 31 OGOS 2008 tetapi perlu disemai setiap saat, waktu, detik, hari dan tahun di hati kita RAKYAT MALAYSIA...........

