Jumaat, Mac 27, 2009

Jawah Gagal Semasa Dalam BN Apatah Lagi Sebagai Wakil PKR

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Dato' Sri James Jemut Masing menyifatkan pemilihan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang sebagai calon PKR bagi kerusi N.29 adalah 'berita baik' kepada BN.

Ini kerana menurut beliau, penduduk Lubok Antu telah 'masak' siapa sebenarnya Jawah dan sudah tahu calon yang mereka akan pilih sebagai wakil untuk membawa kemajuan dan pembangunan bagi kawasan berkenaan. Selain itu, ia juga kerana rakyat telah mengetahui sejauh mana kemampuan beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Jawah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu selama lima penggal bagaimanapun, tidak banyak membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan berkenaan. Beliau mendakwa semasa beliau (Jawah) masih dalam Kerajaan dan ada sumber kewangan untuk membantu rakyat, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Apatah lagi sekarang sebagai calon pembangkang. Jadi, rakyat harus pandai memilih siapa sebenarnya yang patut menjadi wakil mereka.

Masing juga mendakwa Jawah mendapat tajaan daripada pihak tertentu untuk menjadi calon pembangkang menentang calon BN, Malcolm Mussen Lamoh.

Sumber: Utusan Sarawak, 25 Mac 2009

Sabtu, Februari 28, 2009

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO ~ Malaysiakini


BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.


BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.


Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.


Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.


Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,


BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!


SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :
Panglima Perang CyberYang Dipertua Blogger Pembela Negara.
28 Februari 2009

PenDeDaHan CuBaAN UnTuk MenGeliRukan UmAt ISLam


DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ...
Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali
leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlaludgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati -hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kitadan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam.
Sekian.
.
SILA SEBARKAN RISALAH INI Sumber: Blog Garamanis)

Edisi Petang : Resolusi edisi pagi telah disahkan dan Artikel Kalimah ALLAH untuk sebaran sahabat BPN -Malaysiakini


Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.


Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.


Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.
Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?

Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.

Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.

Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")

Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.

Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.
Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.

Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.
Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.

Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.

Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.

Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Khamis, Februari 26, 2009

Edisi Pagi : Tahniah semua !! Hakim 'PAS' sudah sah menarik diri -Malaysiakini

Tahniah kepada semua sahabat atas kejayaan mendedahkan siapa sebenar hakim yang akan menjadi Hakim kepada petisyen durhaka bekas MB Perak yang jelas sebenarnya ingin mencabar kedudukan Sultan Perak yang telah melantik MB Zamry menggantikan Nizar Jamaludin yang tidak boleh diharap.

Maaf jika anda tidak bersetuju dengan statement saya bahawa Nizar tidak boleh diharap kerana jelas sekali beliau dengan rela mengikut satu persatu kehendak DAP dan PKR atas nama 'censensus' walhal ia adalah satu bentuk domninasi halus DAP yang menjadi parti terbesar memenangi kerusi Perak dalam Pakatan Rakyat.

Cuma satu saja permintaan saya kepada sahabat BPN agar tidak bongkak jika ada kejayaan seperti Nizar tempoh hari kerana jika kita bongkak maka Allah akan mencabut kembali kuasa atau nikmat yang diberi kepada kita sekarang ini seperti perpaduan blogger bawah logo BPN yang baru sahaja diizinkanNYA berlaku selepas kekalahan pejuang agama pada PRU yang lalu.

Selepas ini kita perlu semakin tangkas ke hadapan dan banyakkan masa kita di alam siber demi melawan fitnah kotor mereka. Kerana masa terhad dan berharga itu perlu dikorbankan untuk perjuangan ini dan saya dan anda semua adalah blogger separuh masa yang terikat dengan komitmen kerja dan sebagainya.

Namun ia tidak boleh menjadi alasan kerana kita tentu tidak akan dapat menangis darah lagi jika ketuanan agama, bangsa dan negara kita direbut dan dihakis oleh mereka mereka yang percaya bahawa perkara tersebut tidak relevan dan perlu dibuang dari teras pemerintahan negara kita. Kita kena sedar mereka semakin giat dan berani sehingga Sultan dan Mufti sendiri sudah diaib dan dihina sesuka hati.

Ayuhlah sahabat semua kita bulatkan tekad kita dan naikkan semangat kita membela nasib agama kita negara kita dan bangsa serta Raja kita dengan menggiatkan lagi usaha menerang dan juga menyerang setiap patah kata kata tidak beradab dan tidak bermoral dari pihak 'sebelah sana'

Kita kena sedarkan blogger yang lain agar bersama sama kita membela perjuangan ini dan mari kita satukan hati hati kita agar tidak ada niat selain Mardhatillah yakni keredhaan Allah dan juga agar nikmat Islam akan terus menjadi teras keamanan dan juga ketenangan di negara kita yang turut dirasai oleh warga bukan Islam yang lain.

Pastikan kita habis berjuang sekuat tenaga yang ada demi bangsa agama dan negara..........

Rabu Februari 25, 2009

Hakim tarik diri
dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff
Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang
difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan
serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama
sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said
bagi Pejabat Peguam Negara.
Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan
sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan
beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun
lepas.
Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat
undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi
Zambry.
sumber : Mstar
Hasil Nukilan@Blog : PanglimaPerangcyber jom jenguk...

KoMen SuMandak:

MasA Untuk copy paste je dari blog Pang5... bila dah bz ni Sumandak hanya mampu buat macam ni je la kat... ape pun maci Pang5 keizinan buat KOPI SUSU..... TAHNIAH KAT AHLI BPN.....

KaRPaL NaK JaDi KaPArAT


MP Bukit Gelugor ni asyik je nak dapat publisiti murahan.... ops bukan lagi murahan tapi PUBLISITI LELONGAN....mula-mula dia nak MENDERHAKA kat SULTAN... pastu tarik diri sebab TELUR kat pasar ABIS kena LELONG...... Skang nak BUAT TUDUHAN MELULU kat PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA... ni ape nak jadi ni..... dah tak ada isu ke nak bawa kat DEWAN RAKYAT..... sudah-sudah la tu jaga je kebajikan rakyat di BUKIT GELUGOR nanti ada lagi pula Pilihan Raya Kecil satu lagi di kawasan BUKIT.......
Sedap je dia bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKTA 82) di bawah seksyen 57 Bab 3 Kesalahan-Kesalahan Berhubungan Dengan Kawasan-Kawasan Keselamatan ...... m.s 63...
57. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan senjata api, amunisi dan bahan letupan.
(1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah, yang mana beban membuktinya adalah di atas orang itu, dalam mana-mana kawasan keselamatan membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya-
(a) apa-apa senjata api tanpa kebenaran yang sah baginya; atau
(b) apa-apa amunisi atau bahan letupan tampa kebenaran yang sah baginya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati.

Seksyen ni memang dah nyata lagikan bersuluh maknanya tapi yang Sumandak ndak paham ni PEMUDA UMNO yang dipanggil CILAKA... (sebutan pun ndak betul bikin malu ja jadi rakyat MALAYSIA) dorang ni dah disabit KESALAHAN ke sampai dia ngan BERANINYA buat tuduhan TERBUKA...... hish ndak baik ba buat macam tu..... JAN dia terkena ngan SAMAN MALU dah la.... alamak tersasul pula Sumandak......ape pun LU PIKIR LA SANDIRI... negara kita ni DEMOKRASI kalo KARPAL yang memang nak KARAM dah terima 100 laporan polis ape lagi.....ko buat ja saman kat 100 orang tu ok ape ndak perlu MELALAK DI DEWAN RAKYAT.... PASAL PELURU TU biar je POLIS siasat (alamak KARPAL ni percaya ke ngan POLIS MALAYSIA).... ni pun LU PIKIR LA SANDIRI....
Orang Melayu cakap cakap siang-siang kena pandang-pandang kalo cakap malam-malam GUNA LA LAMPU SULUH.....

Sabtu, Februari 21, 2009

KeBOdOhan Vs KePintaRan SpeAKer DUN PeRAk

MB Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulanIPOH: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.
Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.
Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Berita Penuh klik disini
KoMen SuMandak:
Ape hal la Speaker ni buat kecoh... nak tanya kalo ni dah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ape pula beliau nak jawab:-
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memberi kuasa mutlak kepada Sultan sebagai penentu kuasa pemerintahan negeri Perak.
Perkara 7: Sultan memerintah mengikut undang-undang dan dikehendaki berlaku adil terhadap semua rakyat....
Perkara 12: Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar....(Baginda Sultan punya kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan di negeri ini).
Jadi rasanya ape lagi Speaker ni nak riuh rendah macam ayam bertelur riuh sekampung padahal hanya sebiji telur je keluar hahahahah.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"