FAKTA :
Rabu, April 29, 2009
CEgAh viRUs sELeSeMa BaBi
FAKTA :
Jumaat, April 24, 2009
FAIRUS MAngSa KeTamAkaN PoLitiK
Rabu, April 22, 2009
Naik kadar 50 sen prabayar kena DENDA
Lokasi; Pekan Inanam, Kedai Runcit
Sumandak : Bos top up digi ada ka?
Peruncit : Ada mao berapa?
Sumandak : RM10
Peruncit : ok
Selamba je Sumandak bagi duit note RM10 kat dia... tau ape dia cakap
Peruncit : Adik, ni RM10.50 la bukan RM10
Sumandak : Itu macam ka, bila masa ada 50 sen lagi
Peruncit : Dulu lagi sudah ada la adik.
Sumandak : Sape bagi arahan ada naik 50 sen
Peruncit : (senyum kambing je la jawapan dia bagi kat aku)
Ni berlaku kat Sumandak kawasan Inanam tu kalo nak dipikirkan lebih 5 ribu penduduk bayangkan 2 ribu je yang guna line DIGI prepaid confirm dia untung banyak.... Ape pun kes ni dah dicekup dek pihak berkuasa laporan terkini...
KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama
HaK ADUN la Kalo NaK LeTAk JawaTan - AZIZAN
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dah kata hak seseorang ADUN atau ahli Parlimen untuk letak jawatan yang dipegang mereka kerana tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai perkara ini sewaktu dilantik.
Sumber: Utusan Malaysia 22/04/09
- Saya akan pastikan kebajikan, hak dan suara rakyat terpelihara.
- Saya akan memastikan kawasan ini dibela baik dari aspek ekonomi, politik hingga la sosial.
- Suka hati saya lah nak letak jawatan tanpa sebarang sebab munasabah.
- Suka hati saya lah nak buat ape walaupun rakyat dah bagi peluang dan ruang untuk jaga hak, suara dan kebajikan mereka.
- Suka hati saya lah mungkir janji dengan ape yang saya dah janjikan kat rakyat semasa kempen sebab kita hidup DEMOKRASI...
- Sanggupkah kita khianati setiap undi yang kita perolehi daripada rakyat...
- Sanggupkah kita mensia-siakan duit rakyat semasa kempen PRU atau PRK
- Sanggupkah kita membiarkan generasi muda kita melihat dan belajar sikap TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dari seorang pemimpin dengan jelas dah hilang dari RADAR KEPIMPINAN
Selasa, April 21, 2009
KeNaPa FiLipiNa BERAbis Nak TunTUt SaBah?
Sumandak cukup bangga ada Speaker yang arif lagi bijaksana dengan kenyataan yang jelas pada ADUN LIKAS selepas mengemukakan usul yang entah ape-ape....
“Walau bagaimanapun pada pandangan saya, usul tersebut tidak perlu disegerakan sehingga menangguhkan perjalanan mesyuarat (persidangan ) hari ini, atas sebab-sebab tertentu,” katanya ketika menolak usul yang dikemukakan oleh Adun pembangkang itu..
Juhar berkata, pertama isu itu(tuntutan Fili-pina ke atas Sabah) lebih wajar ditangani oleha Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar disebabkan hal ehwal perhubungan antarabangsa di bawah bidang kuasa kementerian di Kerajaan Pusat.
Kedua katanya. jika masalah itu (tuntutan Filipina ke atas Sabah) dibincangkan dalam persidangan DUN Sabah, ia seolah-olah kita, Kerajaan Negeri dan Kerjaan Malaysia mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah.
“Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia yang berdaulat yang diiktiraf oleh Pertu-buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Klik untuk berita penuh.....Filipina tuntut Sabah : Sumber New Sabah Times
SAiFuL BuKTIkaN KeAkrabAN BerSAma AnWar
100 Juta Unit SaHaM PErCUMA

100 JUTA UNIT Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) diberi kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara kita..... ia adalah selari dengan langkah yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). (Klik berita penuh: Utusan Malaysia)
KoMen SuMandaK;
Sape yang dapat merealisasikan RMK-9???.... oleh tu jangan la kita dok asyik nak PRK je baik kita fikirkan macam mana nak tingkatkan hidup penduduk miskin dan miskin tegar. Sabah pun sedang berusaha untuk 'mensifarkan' penduduk miskin tegar menjelang 2010. Insyallah usaha ini menjadi kenyataan.
Sumandak masih lagi ingat kenyataan akhbar Guan Eng selepas PRU ke-12, kesukaran dia meminimumkan miskin tegar kat Pulau Pinang... kalo jadi lagi PRK DUN Penanti kita tengok pula ape lagi bahan kempen yang dia nak bawa.....kalo dah kebajikan rakyat pun dia dah sukar nak bawa nikan lagi nak memajukan Pulau Pinang ops.... Pulau Pinang dah sedia maju sebelum ni, Pakatan Rakyat hanya ambik nama je hasil usaha BN selama ni...... ALAMAK SUMANDAK dah TALABIH pula...
Isnin, April 20, 2009
MAT SABU NaK KeNA TANGkaP - BeRita HanGat DiPASaRan
MOHAMAD SABU, 53, DAN SEMBILAN PENYOKONGNYA ZAMARUL AINI ABDUL MALEK, 37; ZAINAL AZRUN ZAINAL ABIDIN, 35; ABDUL RAHIM MAT ARIFF, 58; MD LAZIM OSMAN, 50; MOHD BIYAMIN ISHAK, 44; FAUZI SAHARAT, 44; ABDUL RAZAK RAMLI, 42; MOHD SUBRI MOHD SAID, 42; DAN MOHAMAD SALLEH, 47; DIDAKWA MENGHALANG SUPT MOHD NASIR SALLEH DARIPADA MENYERAHKAN WARAN TANGKAP YANG DIKELUARKAN MAHKAMAH MAJISTRET JALAN DUTA, KUALA LUMPUR TERHADAP PEMIMPIN PAS ITU.
http://www.malaysiakini.com/news/102749
sumber: BlogAbAngTuah
‘MiTaTaBaNG‘ bah kita - PAIRIN

Namun perubahan masa dan cabaran hidup yang penuh dengan ranjau kini wujud pula budaya kurang sihat. Dan ia disedari oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA), Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Beliau menyarankan kepada rakyat Sabah untuk membudayakan semula semangat “mitatabang” (bekerjasama) bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
“Semangat mitatabang ini masih utuh di kalangan masyarakat kita dan semangat ini perlu dipertahankan. Kalau dulu, semangat mitatabang dapat dilihat dalam konteks menyediakan makanan di mana setiap keluarga membawa makanan masing-masing untuk dinikmati bersama semasa mengadakan Pesta Kaamatan.
“Kini, semangat mitatabang terserlah melalui kerjasama serta sokongan dalam pelbagai bentuk termasuk memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan Pesta Kaamatan,” katanya.
Sumber: New Sabah Times 20/04/09 (Klik untuk berita penuh)
KoMen SuManDAk:
Datuk Pairin bukan sahaja ingin mewujudkan semangat MITATABANG untuk menyambut PESTA KAAMATAN menjelang Mei ini tetapi beliau memberi maksud tersirat kepada rakyat Sabah untuk berjuang dalam satu suara, satu tenaga, satu usaha sebagaimana saranan PM ingin membawa RAKYAT MALAYSIA dalam 'ONE MALAYSIA'.
Tidak ada ertinya sebuah negara yang penuh dengan onar kerana hanya ingin memuaskan nafsu serakah individu atau kumpulan tertentu demi kepentingan politik sendiri. Rakyat akan menderita kerana terlalu banyak isu politik bakal menggugat pelabur asing untuk melabur di negara kita... sape yang rugi?
Dikalangan bloggers PAKATAN RAKYAT pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MEMAJUKAN NEGARA MALAYSIA... pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MENJAGA PERPADUAN NEGARA.... pernahkah mereka menjaga TATASUSILA semasa KEMPEN sebagai bloggers yang bertanggungjawab.... pernahkah mereka menggunakan BAHASA yang baik demi menCERMINkan BUDAYA KITA SABAGAI RAKYAT MALAYSIA....
Terlalu banyak persoalan yang mereka lemparkan kepada KERAJAAN BN.....dan persoalan ini ke semuanya sama seperti lagu BANGAU OH BANGAU........ tak ada kesudahan kita jawab mereka tetap akan soal.... jadi RAKYAT MALAYSIA nak ke menerima keadaan ini.....meh kita RENUNGI BERSAMA.
Ahad, April 19, 2009
Edisi Khas : Resolusi 6 / 2009 BPN - Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang
KELAMBU DI BAKAR SEBAB MARAHKAN NYAMUK SEEKOR.........BERBALOI KE?
Titah Sultan Azlan cukup beri pengertian kepada kita sebagai RAKYAT MALAYSIA... mari kita renungi bersama demi KEMAKMURAN, KESEJAHTERAAN dan PERPADUAN yang telah kita kecapai lebih 50 tahun negara kita MERDEKA....
Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.
Klik untuk berita penuh: TITAH SULTAN AZLAN
GUAN ENG@PAKATAN RAKYAT PROVOK BN
Mana satu yang btoi ni? Oh lupa pula Guan Eng ni DAP dan PKR lain parti dorang ni nampak je sebulu tapi tak sependapat. Ape pun PAKATAN RAKYAT jan la paksa BN letak calon kat DUN Penanti.... kami nak tengok gak KEHEBATAN KORANG kat sana. Bila lagi nak tunjukkan kuasa PAKATAN RAKYAT....
Sudah-sudahlah nak provok BN untuk letakkan calon kat sana bukan ape...... sesuai ke juga calon BN diletak kat sana... rakyat dia dah bulat2 bagi muka kat Pakatan Rakyat.... takkan isu rasuah seorang pemimpin PKR mampu gugat KEPERCAYAAN RAKYAT PENANTI kat parti ni... hish jan ba bagitu bagi la peluang g menangkan PAKATAN RAKYAT... dorang ni satu je silapnya tak buat 'skrin test' atau ayat yang sesuai buat saringan calon yang bersih dan tak bersih.... jadi skang ni GUAN ENG kena la BERSIHKAN calon PKR nanti ada lagi yang SUKA HATI letak jawatan... just nak futher study.....
Calon BN ramai gak lanjutkan pelajaran tapi tak lah sampai nak letak jawatan.... jadi AGAK-AGAK la ye....Inngat duit rakyat jangan dibazirkan hanya nak PRK je.....
Khamis, April 16, 2009
60 HaRi BaKAl MenYaKsiKan PRK DUN PENANTI
Fairus letak jawatan sebab ape? Terlalu banyak sangat ceta hingga versi original dah hampir lupus dek cara ahli PKR canangkan isu ni...... selepas ni bukan sahaja berita yang bakal kita nantikan di media elektronik tetapi kat dalam blog pasti akan lebih ramai menjadi bloggers SEGERA...... untuk mencanangkan KEHEBATAN PKR...
Yang TerHANGAT di pasaran ialah kita akan melihat kedudukan FAIRUS semasa tempoh berkempen kalo dia nak bersihkan namanya adakah dia akan muncul untuk menjelaskan kedudukan semasa menjadi ahli ADUN PENANTI. atau membiarkan saja sebab masih setia menjadi AHLI PKR (SEUMUR HIDUP)...
Ape pun, Sumandak akan melihat setiap detik bersejarah DUN PENANTI..... bukan ape kerusi ni bolehlah dikatakan sedikit panas sebab kita bakal melihat bagaimana PKR bakal mempertahankan kedudukan mereka daripada tuduhan RASUAH.....calon yang bakal PKR pilih kenalah BERSIH seberSIH CLOROX kalo masi ada warna mmmmm........... GUAN ENG DAN ANWAR dapat MALU........
Selasa, April 14, 2009
PKR semasa di Batang Ai
Di samping itu, risalah dan cakera padat yang penuh dengan pembohongan itu juga memberitahu Kerajaan telah bertindak mengusir penduduk Rumah Nyawin di Bintulu. Inikah bentuk kepimpinan yang baik untuk rakyat? PKR sanggup menggunakan taktik politik sampah yang dibawa dari kediaman masing-masing bagi memecahkan perpaduan rakyat Sarawak, agar mereka juga ikut menderhaka kepada pemimpin sendiri.
Para pengundi Lubok Antu dinasihati agar tidak terpengaruh dengan isi kandungan risalah, cakera padat yang mengandungi elemen-elemen negatif. Mujurlah rakyat Sarawak tidak mudah terpedaya dengan pembohongan besar PKR yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang keadilan. Itulah wajah sebenar PKR yang hanya tahu memfitnah dan membohong untuk mendapatkan kuasa.
SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa
SiLIk SiLIk do mATo NU
ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"