Lokasi; Pekan Inanam, Kedai Runcit
Sumandak : Bos top up digi ada ka?
Peruncit : Ada mao berapa?
Sumandak : RM10
Peruncit : ok
Selamba je Sumandak bagi duit note RM10 kat dia... tau ape dia cakap
Peruncit : Adik, ni RM10.50 la bukan RM10
Sumandak : Itu macam ka, bila masa ada 50 sen lagi
Peruncit : Dulu lagi sudah ada la adik.
Sumandak : Sape bagi arahan ada naik 50 sen
Peruncit : (senyum kambing je la jawapan dia bagi kat aku)
Ni berlaku kat Sumandak kawasan Inanam tu kalo nak dipikirkan lebih 5 ribu penduduk bayangkan 2 ribu je yang guna line DIGI prepaid confirm dia untung banyak.... Ape pun kes ni dah dicekup dek pihak berkuasa laporan terkini...
22/04/2009 3:55pm
KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama
KoMeN SuMandAK;
Harap-harap kat Sabah tu buatlah pemantauan segera cian kat kami rupanya dah kena TIPU BULAT-BULAT dek peniaga yang tamak haloba...... aduh ciannya...
3 ulasan:
Kawan saya sering merungut perkara yang sama. bukan 50 sen tetapi lebih cas menjadi RM2.00. Ini berlaku di bandar Sibu Sarawak, senang-senang saja mereka mengenakan cas yang berlebihan
Ni lah masalahnya dengan HEP kita ni... kalau tidak kena suruh, ndaklah mahu keluar dari bilik pejabat hawa dingin mereka tu....
Perkara ni berlaku disemua tempat, bukan saja dipekan Inanam..KENAPA HAL EHWAL PENGGUNA tak buat kerja ni....!!!
Nak kena tolak dari belakang baru nak jalankah..oii cik abang ooii..??
Salam
Taipingmali,
JomoSama Tuaran,
Keadaan ini semakin meruncing dan bukan niat kita nak menuding mana-mana pihak tak bekerja...kita hanya harapkan keadaan ini dapat ditangani segera kerana kesan amat sekali dirasai oleh kita sebagai PENGGUNA.
Catat Ulasan