Rabu, April 29, 2009

CEgAh viRUs sELeSeMa BaBi


CEGAH ATAU KITA GALAKKAN LAGI PERUSAHAAN LADANG BABI...
LU PIKIR LA SANDIRI...

FAKTA :


29/04/2009 : (Berita BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Kementerian Luar (Wisma Putra) telah meminta semua pejabat kedutaannya di luar negeri memantau secara berterusan dan memaklumkannya mengenai perkembangan terbaru wabak selesema babi.


Kenyataan Wisma Putra hari ini berkata pejabat kedutaannya di luar negeri juga diminta menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di negara berkenaan dan pelawat yang berkunjung ke sana supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi pesanan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


"Seramai 60 rakyat Malaysia yang tinggal di Mexico di mana wabak itu mula tercetus dan lima lagi yang berada di negara-negara Amerika Tengah dilaporkan selamat dan bebas daripada wabak itu," katanya.


Ia menyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan penularan wabak selesema babi antara manusia ke manusia dan meningkatkan amaran influenza pandemik ke Fasa 4.


Susulan amaran WHO itu, Wisma Putra menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang pergi ke luar negara atau pulang ke Malaysia supaya mengambil beberapa langkah pencegahah.


Antara langkah tersebut ialah mengelak hubungan dengan mereka yang disyaki sebagai pembawa virus Swime Influenza A (H1N1) dari negara atau kawasan yang terjejas dalam usaha memantau situasi serta membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan risiko tinggi.


Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dinasihatkan berdaftar dengan pejabat kedutaan di tempat berdekatan dan mematuhi amaran perjalanan, jika perlu.Katanya Wisma Putra bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Wabak Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam memantau dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia.


Orang awam diminta melaporkan kepada Bahagian Konsular Kementerian Luar di talian 03-888-74000 jika mereka mengetahui atau dimaklumkan mengenai sebarang kes wabak itu yang menimpa kawan, saudara mara atau rakan sekerja mereka yang kini berada di luar negara.--


BERNAMA

2 ulasan:

Awanama berkata...

Salam..

Ini blog orang indon ka?

Sandiri tu apa?

sumandak bayu berkata...

Kalo nak tau indon ke tak tengok la 'ID' jan sedap je labelkan orang INDON nilah kalo dalam negara sandiri pun ndak tau yang kita ni banyak bahasa/dialek... agak-agak la bro...jan sedap jari je menaip tu.....

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"