Jumaat, April 24, 2009

FAIRUS MAngSa KeTamAkaN PoLitiK


Cukup menjadi pengajaran bagi seorang pemimpin yang muda yang diperlakukan seperti Mohammad Fairus, ADUN Penanti, semalam dah terbukti mantan YB ni dah tak bersalah... fail dia dah kena tutup oleh SPRM.. tapi sayang sungguh beliau bertindak terlalu awal hingga sanggup melepaskan 3 jawatan penting (Timbalan Menteri 1, EXCO dan ADUN Penanti.




Sebenarnya nilah mainan politik individu atau kumpulan tertentu untuk menjatuhkan Fairus...sememangnya akan ada individu atau kumpulan yang bertepuk tangan dan bakal menadahkan tangan sebab tak lama lagi 3 jawatan ni akan diisi....


Bukan itu aje, rupa-rupanya nilah salah satu gak bukti jenis politik dalam parti KeADILan Rakyat bila dorang nampak Mohamad Fairus ni tak boleh menghasil sesuatu dorang tendanglah macam bola... tapi tendangan mereka ni jenis PANELTI punya... ape tidaknya dorang kena jatuhkan pemain dulu kat kotak D baru dapat PANELTI....bukan alang-alang lagi kalo nak jatuhkan pemain... kalo kena jatuhan tak mencederakan lutut pemain ok gak tapi kalo macam kes dah jatuh ditimpa tangga lagi PARAH tu siap kita kena sediakan doktor pakar jiwa (tenangkan jiwa yang merana).


Ape pun kita doakan Mohamad Fairus tenang hadapi semua onar politik PKR sebab kejatuhan ANDA ada gak hikmah dia.. rakyat nampak nilah corak kepimpinan di bawah jagaan Anwar Al-Juburi.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Fairus boleh menarik balik perletakkan jawatan Wakil Rakyat pada SPR... jadi ADUN BEBAS ke, masuk UMNO lagi molek.. biar meleleh air liur PAKATAN PEMBANGKANG....

sumandak bayu berkata...

Ape pun keputusan Fairus kita doakan KESEJAHTERAAN dia sebagai umat Islam kita tak pernah nak doakan saudara seagama kita ke arah yang tak baik.. itulah sebaik2nya...

Insyallah Fairus akan bangkit dengan semangat baru dan bakal menjadi pemimpin muda yang lebih BERKARISMA.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

1. Secara peribadi saya melihat isu Fairus ini tidak lebih sekadar kita dapat melihat sikap ketidakjujuran untuk menjadi pemimpin.

2. Kita harus percaya bahawa Tuhan itu maha adil dan saksama dan kita semua telah ditunjukkan hasil daripada pemimpin yang tidak jujur, parti politik yang tidak jujur serta niat pihak-pihak yang tidak jujur di dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Ajin b. Gagah berkata...

Wah.. kalau Sumandak ini seorang ahli politik maka akan aman lah Malaysia ini. InshaAllah..

Namun dalam dunia realiti, banyak perkara yang berkait paut dengan politik agak ganas dan brutal. Membuat kita kekadang terasa dingin dan ‘ confuse’ untuk mengikuti hal-hal semasa.
Seakan-akan banyak perkara yang tidak adil dan lari dari kebenaran.

However, dalam kes politik Fairus ini, banyak rahsia di sebaliknya. Sama ada PKR ke, DAP ke atau factor yang lain melibatkan kejatuhan politik Fairus ini, kita pun tak tahu dengan jelasnya. Semacam lain yang tersurat, lain pula tersirat.
Kita difahamkan bahawa punca-punca kes ini ada kaitan dengan corruption, tekanan dalaman dan sebagainya.

Apa yang jelas kita tahu beliau sendiri yang menarik diri selaku ADUN dan ahli councilor kerajaan Pulau Pinang. Atas alasan untuk melanjutkan pengajian beliau.

Lepas itu, beliau sendiri juga yang berusaha untuk menarik balik perletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Penanti dsn.
Hal-hal yang lain tidak jelas.

Namun kes pergolakan politik Fairus dan Penanti ini belum selesai. Maseh ada hari esok untuk dinantikan.
Salam

sumandak bayu berkata...

Salam solymone,

Lama tak dengar kabar.... kalo Sumandak jadi ahli politik bukan setakat aman rasanya hidup kita macam kat ceta disney land heheheh..

Bukan nak buat lawak.. cuma ada kalanya kita tak perlu jadi ahli politik untuk menilai mahupun memberi pandangan.....cukup sekadar kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia...

Kita bebas tentukan pilihan kita dalam ape jua bidang tapi sanggupkah kita membelakangi hati nurani kita.. sampai bila kita nak menganiaya orang... hidup kita seperti RODA... ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah...

HIDUP kita ada hukum karmanya....jadi ape pun segala perbuatan kita adalah tanggungjawab kita demi masa depan anak dan cicit kita...

Senjaliza berkata...

Penelitian awal menampakkan bahawa Angkatan Muda KeADILan sanggup dan tergamak menjatuhkan kepimpinan mereka sendiri demi "pangkat:, Kedudukan" dan pastinya habuan dari pangkat itu. Dengan budaya politik demikian, akan mampukah organisasi mereka menjadi tonggak kestabilan dan keamanan negara pabila pemimpin yang bersikap terlalu berahi dengan kuasa, kedudukan dan pangkat hatta pemimpin sendiri "dibantai" dan tidak dihormati. BUKANKAH niat mereka sekadar mengheret suasana Pilihanraya Kecil terus berlarutan terutama di kawasan yang mereka mempunyai "advantages". "Matlamat memang tidak meghalalkan cara" tetapi kecicikan DSAI telah menghalalkan cara ini-mengheret PRK hingga ke PRU13...maka terheretlah wang rakyat untuk bina lorong kaki dan basmi kemiskinan menjadi wang perbelanjaan PRK @ Permainan Rakus Kuasa..! Allahuwallam.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"