Namun perubahan masa dan cabaran hidup yang penuh dengan ranjau kini wujud pula budaya kurang sihat. Dan ia disedari oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA), Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Beliau menyarankan kepada rakyat Sabah untuk membudayakan semula semangat “mitatabang” (bekerjasama) bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
“Semangat mitatabang ini masih utuh di kalangan masyarakat kita dan semangat ini perlu dipertahankan. Kalau dulu, semangat mitatabang dapat dilihat dalam konteks menyediakan makanan di mana setiap keluarga membawa makanan masing-masing untuk dinikmati bersama semasa mengadakan Pesta Kaamatan.
“Kini, semangat mitatabang terserlah melalui kerjasama serta sokongan dalam pelbagai bentuk termasuk memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan Pesta Kaamatan,” katanya.
Sumber: New Sabah Times 20/04/09 (Klik untuk berita penuh)
KoMen SuManDAk:
Datuk Pairin bukan sahaja ingin mewujudkan semangat MITATABANG untuk menyambut PESTA KAAMATAN menjelang Mei ini tetapi beliau memberi maksud tersirat kepada rakyat Sabah untuk berjuang dalam satu suara, satu tenaga, satu usaha sebagaimana saranan PM ingin membawa RAKYAT MALAYSIA dalam 'ONE MALAYSIA'.
Tidak ada ertinya sebuah negara yang penuh dengan onar kerana hanya ingin memuaskan nafsu serakah individu atau kumpulan tertentu demi kepentingan politik sendiri. Rakyat akan menderita kerana terlalu banyak isu politik bakal menggugat pelabur asing untuk melabur di negara kita... sape yang rugi?
Dikalangan bloggers PAKATAN RAKYAT pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MEMAJUKAN NEGARA MALAYSIA... pernahkah mereka membawa isu bagaimana hendak MENJAGA PERPADUAN NEGARA.... pernahkah mereka menjaga TATASUSILA semasa KEMPEN sebagai bloggers yang bertanggungjawab.... pernahkah mereka menggunakan BAHASA yang baik demi menCERMINkan BUDAYA KITA SABAGAI RAKYAT MALAYSIA....
Terlalu banyak persoalan yang mereka lemparkan kepada KERAJAAN BN.....dan persoalan ini ke semuanya sama seperti lagu BANGAU OH BANGAU........ tak ada kesudahan kita jawab mereka tetap akan soal.... jadi RAKYAT MALAYSIA nak ke menerima keadaan ini.....meh kita RENUNGI BERSAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan